الأربعاء، 27 مارس 2013

Pabila Peringatan Allah Terasa Mendekat

Bismillahirrahmanirrahim...

Tiba-tiba aku terjaga, kesejukan malam yang menggigit memaksa diri untuk membuka mata mencari sesuatu bagi melindungi diri. Aku kini berada dalam tramco, dalam perjalanan pulang dari Kaherah. Erm manalah nak cari selimut kat sini, menyesal pun ada tak sediakan kelengkapan cukup sebelum bertolak pagi tadi.. Tengok jam, oh dah pukul 2.20 pagi, rasanya dah lebih 3 jam tapi kenapa tak sampai lagi... 

Berada di sebelahku, abg Mori macho merangkap AJKT Akademik sedang lena. Dan di sebelah lagi ialah pak cik driver yang menghisap rokok, dan asyik bercakap telefon sejak mula bertolak.. Tiba-tiba, aku perasan sesuatu, kenapa tramco ni slow bangat jalan.. Tengok speed dia, laa hanya 40 km/h..sedangkan arab selalunya bila drive kat highway memang macam ferrari walau kereta dah berusia 20 tahun. Jalan pun lengang, awat dia drive slow sangat ni..

Aku menjeling pada driver di sebelah, ya Allah dia bawak kereta sambil pejam mata! Tiba-tiba datang sebuah treler besar dari belakang yang cuba memotong tramco kami, dia terkejut lalu terus menekan minyak pecut meninggalkan treler jauh di belakang. Patutlah dari tadi aku perasan tramco ni sekejap ke kiri, kejap kanan, lepas tu tengah, rupa-rupanya pak cik ni tertidur..

Baru tengok cucu cicit Nabi dah jatuh hati, belum tengok Nabi lagi. Allahurobbi. Sayyid Yusuf Jamil nama dia, anak seorang ulama di Yaman Syeikh Jamil Halim Al Husaini...sang humaira ^_^

Astaghfirullah, aku jadi teringat peristiwa dua hari lepas yang berlaku di Zagaziq, kematian seorang sahabat lelaki tahun 4, kalau tak salah puncanya ialah cardiac arrest. Itu satu kematian yang wajib menjadi peringatan bagi yang masih hidup terutama orang2 muda yang merasa hidupnya masih panjang. Arwah langsung tidak memberi tanda2 kematian sebelumnya, dan hanya disedari ketika housemate mengejutkannya untuk pergi solat jumaat. Tau2, dia sudah tidak bernafas.

Allah, sungguh kematian itu adalah peringatan yang paling baik kepada yang masih hidup.. 

'Pak cik, hati2..'

Selepas itu aku tidak tidur dan mengejutkan Mori untuk sama2 berbual bagi mengawasi sekiranya pak cik driver tertidur lagi. Tramco sampai di Alex tepat jam 3 pagi, sejam setengah sebelum azan subuh berkumandang.


Kadang2, diri terlupa untuk muhasabah adakah kita benar2 bersedia untuk bertemu Allah, atau kita masih terhibur dengan 'mainan' dunia yang menggoda.. Sahabat2 di sini selalu mengingatkan, belajarlah kerana Allah, bukan kerana exam.. Kemudian kita balas 'inshaAllah'.. Namun sebenarnya di sudut hati yang paling dalam, adakah ia benar2 berlaku? 

'Dalam penatnya berjuang, hati lupa dinilai.. Lalu menjadilah ia debu berterbangan..'

 Jika Allah tidak mengejutkan aku kala itu, apa saja kemungkinan buruk boleh berlaku, dan mungkin sekali sekarang aku tidak dapat mengarang tulisan ini..terima kasih Allah..


**********

Malam tadi, majlis perpisahan dengan Ustaz Isahak, atau lebih mesra dengan panggilan Walid berlangsung.. Ya Allah beliau bukan siapa2 yang mempunyai pertalian darah denganku, hanya sebagai seorang Pengarah MARA Timur Tengah dan aku sebagai anak tajaan, itu sahaja. Namun demi Allah, hati ini terlalu mengasihinya..

pertama kali aku menyaksikan dewan CC penuh yg menyebabkan orang terpaksa duduk di tangga dan memenuhi kawasan tepi bagi meraikan kepulangan walid..

Mungkin tahun lepas diri memegang amanah sebagai pimpinan persatuan yang selalu mempunyai urusan menjadi salah satu asbab bertambah kasihku padanya. Aku menyedari sesuatu, bahawa sifatnya terdapat dalam kitab Jundullah karangan Said Hawa sebagai sifat yang dikasihi Allah iaitu memudahkan urusan orang yang meminta..

Sangat jarang orang yang bertemu dengannya akan pulang dengan tangan kosong walaupun jika dinilai dari sudut tugas, perkara itu langsung tidak termasuk dalam senarai tugasnya.. Pernah beliau berjaga sepanjang malam di tingkat bawah asrama MARA bagi memastikan keselamatan semua orang lantaran ketika itu ada demonstrasi besar yang sedang berlaku. Kerjanya tidak mengira waktu, yang pasti beliau sangat jarang berehat walau pada waktu malam.

Ah, tidak layak rasanya aku bercerita di sini tentang kebaikan Walid, kerana aku percaya terlalu ramai bahkan mungkin setiap mahasiswa di Iskandariah pasti mempunyai cerita sendiri untuk dikenang..

(Blog terlewat update dari waktu yg diri sendiri jadualkan lantaran urusan pindah rumah yang sedikit memenatkan.. Kini, hati merasa tenang berbanding sebelumnya..namun di situ ada juga kegelisahan yg cuba mengintai.. Isk boleh ke macam tu, kata tenang tapi gelisah? Erm boleh kot, bukan ke kegelisahan itu satu rahmat dari Yang Esa, supaya kita lebih cepat kembali padaNya sambil memohon dimudahkan urusan.. Habis, tenang bukan petanda rahmat? Err tak tau! Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق