الاثنين، 18 مارس 2013

'Tolong Jangan Tutup Keindahan Islam'

Bismillahirrahmanirrahim...

Perasaan sedang berperang dalam hati sendiri, isk nak pergi ke tak.. Esok exam, petang ni ada wacana perdana, sekarang pula sedang berlangsung pembacaan kitab Islam Syariatul Zaman wal Makan di universiti. Dah la yang bentang Ustaz Syafiq Sahimi, insan yang ku kagumi keikhlasan penyampaiannya, sangat menyentuh hati.. Ok study dulu..

Kemudian tengok orang share di facebook gambar, buat status2 tentang keindahan Islam yang sedang dibacakan secara live, isk tak boleh jadi aku nak pergi jugak! Turun rumah seorang diri, seram juga tengok housemate2 sedang tekun belajar, takpe2 balik nanti aku counter balik.. Sampai di universiti, harap2lah masih belum terlalu lambat..

'Jika urusan Islam tidak dapat dijalankan, maka politiklah yang akan digunakan untuk melaksanakannya..'


Di Malaysia, ceramah2 agama hanya dihadkan sampai jam 12 tengah malam, manakala masa disko dipanjangkan sehingga jam 5 pagi. Aduh senang sekali untuk melakukan maksiat kan, konsert2 hiburan dibanyakkan, percampuran lelaki perempuan tidak pernah diambil kira, lalu bertepuk tanganlah para syaitan di tengah2 mereka..

Terdetik di hati ini rasa bersyukur lantaran ditakdirkan Allah untuk lahir di bumi Kelantan dan menetap di sini. Masjid2 yang subur dengan majlis ilmu, bahkan para pimpinan kerajaan sendiri tidak jemu2 mengadakan tazkirah pada rakyat. Sejak dulu hingga ke hari ini, setiap pagi jumaat dataran Kota Bharu akan dipenuhi dengan lautan manusia, muslimin dan muslimat untuk mendengar pengisian2 yang disediakan oleh ustaz yang hebat2.. yang paling aku tidak sabar untuk dengar ialah tazkirah dari Tuan Guru Nik Aziz..

Walau suaranya perlahan, namun ucapan yang terbit dari hati nan bersih pasti kan menembus ke hati juga kan.. Walau beliau seorang ahli politik, namun kata2nya tidak berbaur politik tapi banyak mengingatkan hati2 yang lalai.. Demi Allah, hati jadi mudah tersentuh..(mungkin sebab itulah, kerajaan Kelantan masih tidak bertukar sehingga ke hari ini, dan aku harap..ia berkekalan ^_^ ) 

*sambung bacaan kitab...


'Sahabat terdahulu, terserlah kehebatan peribadi mereka melalui madrasah Al-Quran.. Ada seorang sahabat, dia jumpa Rasullullah kejap je, tak sampai setengah jam..dan mungkin hanya beberapa minit..namun bila dia pulang ke tempat asal, selepas beberapa bulan, selepas beberapa tahun, satu kampung memeluk Islam...'

Allah, terasanya... Check diri sendiri, sudah berapa sahabat kita yang bertambah iman mereka di sebabkan kita? Entah2 kita yang menjadi asbab kepada menurunnya iman mereka.. Kita bagi mereka dengar lagu2 lagha, kita cerita tentang keseronokan movie2 barat, dan kita ajak dia pergi jalan2 di pasar2 besar.. Allah, kenapa teruk sangat diri ni.. Itu belum lagi bertanya sudah berapa orangkah non-moslem yang convert to muslim disebabkan kita..sungguh, soalan itu terlalu jauh..

Lihatlah Saidina Uthman, matinya beliau disebabkan ditikam ketika sedang membaca Quran.. Bayangkan ya, di saat rumah sedang dikepung dengan pemberontak2 yang datang untuk membunuh, beliau tenang sahaja dan meneruskan membaca Al-Quran..tidak tahulah kemanisan apa yang sedang beliau rasakan.. (kalau kita sendiri, mungkin sudah memakai baju besi dan bersiap sedia untuk berperang)


'Belajarlah untuk bermuamalat dengan wahyu..kita hari ini mengeja Al-Quran, bukan membaca..kerana  Al-Quran itu andai benar2 dibaca dan dihayati, cahayanya bisa terbias di wajah setiap insan..dan ia dibuktikan oleh para salafussoleh terdahulu..'

Pandanglah setiap insan dengan pandangan dakwah, bukan dengan penuh kebencian dan syak wasangka.. Ini tidak, kita selalu memandang non-moslem sebagai musuh ketat, konon2nya mereka mempunyai niat jahat untuk menghancurkan Islam..kita hentam semuanya begitu.. Allah syeikh, sedangkan dalam ajaran Islam, itu terletak di kedudukan nombor tiga dalam bab cara2 memandang kepada non moslem..mana dua lagi perkara awal yang digariskan? Terus melangkau nombor tiga ya..tak baik macam tu, takut2 fikrah sebegitu hanya menjadi fitnah kepada Islam..

'Keindahan Islam terhijab oleh akhlak orang Islam itu sendiri..'

(Selepas imtihan nanti kami akan pindah rumah ke Cleopatra, waduh2 banyak sekali barang mau diangkat, dari rumah kosong ke rumah kosong..Tapi tak nak fikir banyak la, sekarang belajar dulu, kosongkan fikiran.. Entah apa yg sedang berlaku pada diri ini, kadang2 terasa diri terasing dari dunia sekeliling.. atau, mungkin hati ini yang sedang dipenjarakan.. wallahua'lam ^_^ )

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق