Bismillahirrahmanirrahim...
“Dan
jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan
menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka
belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah
Al-An’am : 116)
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St.
Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol.
Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang'
kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol
dirayakan sebagai Hari Valentine” – Zulkifli Nordin (peguam di
Malaysia)
Mana mungkin tuhan tidak mengerti perasaan dan nafsu sang Adam dan Hawa, yg kerana itulah syurga dicipta..Biarlah hanya Dia yg tahu bahawa itu satu pengorbanan dan perjuangan perasaan.. |
Lalu ramailah anak dara yang menyerahkan segenap kepunyaan mereka kepada kekasih hati yang disangka akan menikahinya pada masa depan. Ya Allah sungguh aku jadi kasihan pada wanita itu, kerana dia telah tertipu dengan tipuan yang sejelas-jelasnya. Tidakkah dia tahu berapa ramai gadis yang telah terkorban dengan pujuk rayu yang sama oleh lelaki-lelaki buaya darat, benar mereka mungkin bukan laki-laki sama namun niat mereka hanyalah satu iaitu untuk merasa kenikmatan sementara.
Tolong ingatkan dia bahawa laki-laki adalah makhluk Allah yang sukakan cabaran. Mana mungkin mereka sanggup menerima wanita yang mudah diperoleh menjadi ibu kepada anak-anaknya. Dan kepada laki-laki pula, jangan rosakkan mana-mana wanita di atas muka bumi ini kalau engkau tidak mahu kakak, ibu atau anak perempuanmu dirosakkan oleh laki-laki jahat seperti engkau!
Kenapa
tidak cinta itu dipelihara, dijaga sungguh2 hanya untuk yang halal, bukankah
itu lebih membahagiakan?
Katakan tidak pada Valentine's Day..Angel Pakai Guchi siap pesan lagi : Valentine's Day? Its too mainstream. Really. Go for Nikah's Day instead. Its cooler, and halal too! |
Tidak disangkal, kadang2 hati mahukan cinta itu. Pabila melihat pasangan kekasih berasmara indah di hadapan mata, pasti hati juga terdetik menginginkan seperti itu. Lalu sang syaitan datang mengindahkan lagi situasi itu, memberi gambaran2 romantik yang bisa dilakukan andai diri sendiri berada di tempat itu. Saat itu, katakanlah kepada sang hati bahawa dirimu sedang bermujahadah memelihara kesucian cinta hanya untuk yang telah halal..
Kepada kamu yang saat ini merasa ragu dalam percintaan, berhentilah dan kembalilah mencari jalan pulang menuju Yang Esa. Ramai yang telah aku jumpa mereka yang berjaya meninggalkan sepenuhnya godaan cinta palsu. Benar mereka merasakan kesulitan di awalnya, tidak sedikit yang hari-harinya ditemani air mata, bahkan ada yang sudah memberi harapan kepada keluarga pasangan masing2, namun apabila tekad sudah membulat, matlamat sudah jelas, tiada yang mustahil, mereka hadapinya dengan penuh ketabahan walau hati perit menanggung derita.
Hasilnya, hanya mereka yang mengerti betapa nikmatnya berada dalam jagaan Allah di saat insan yang disayangi sedang membenci..
Lebih baik sang Adam dan Hawa masing2 merenung kekurangan diri, membaiki serta berdoa kpd Tuhan akan urusan jodohnya. Itu pun namanya usaha. Bukannya tuhan tidak tahu dan tidak faham, malah lebih faham dari kita sendiri. Kenapa masih mahu tarik tali pasal soal jodoh, kenapa hati masih mahu gelisah akan cinta monyet? Yakinlah kepada cinta halal yang didahulukan dengan akad nikah di hadapan wali, kerana hanya itulah bukti cinta yang akan membawa ke syurga..
(Tulisan di atas
adalah gabungan beberapa pelajar tahun 4 Universiti Iskandariah, yg menulis
hanya kerana satu alasan iaitu tidak mahu lagi melihat pemuda pemudi Islam
tewas dalam cinta nafsu..kerana setiap dari kita adalah pejuang
Allah..dan kerana kita adalah aset emas agama untuk menegakkan khilafah
Islam.. Ayuh katakan tidak pada Valentine! Wallahua'lam ^_^ )
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق