Bismillahirrahmanirrahim...
Malam ini, hati terasa ingin membangkit kembali kenangan masa silam yang telah ditinggalkan, bukan untuk dikesali tapi untuk memikirkan keajaiban perjalanan hidup yang Allah aturkan.
Dulu, aku selalu keliru antara profession seorang guru atau doktor sehinggakan selepas mendapat result spm pun hati ini masih ragu antara dua. Lalu itulah, tiba masa yang ditetapkan, Allah mendatangkan dalam mimpi seorang ustaz yang meminta aku memilih Mesir sebagai destinasi seterusnya.
Dan kini, ketika aku berasa gelisah menghadapi kerenah arab mesir, kadang2 mimpi itulah yang menjadi penguatku sebagai peransang untuk meneruskan langkah. Dalam mimpi, ustaz tidak meminta supaya aku memilih menjadi doktor, kerana sememangnya ada lagi tawaran lain yang menawarkan kedoktoran iaitu Universiti Malaya.
Aku tidak pasti bagaimana diriku sekarang sekiranya 4 tahun lepas aku menjadikan UM sebagai pilihan pertama. Mungkin Allah lebih mengetahui bahawa aku mudah menerima culture shock bila berada di sana, sentiasa keluar malam mencari wayang untuk menghabiskan masa lapang. Atau setiap hari keluar bermain futsal sehingga mengabaikan tanggungjawab belajar yg akhirnya menyebabkan pembelajaran terkandas. (Nasib baik kat sini court futsal tidak seindah Malaysia)
Jika diimbas pula kenangan sebelum result spm keluar, masih jelas di ingatan betapa tidak keruannya diri ini melihat satu persatu sahabat pergi lebih awal melangkah ke menara gading, masing2 menggunakan result trial dan trek pantas. Masa tu rasa kesunyian dekat rumah, jadi takut pun ada, yelah sahabat2 seangkatan ramai yg dah pergi.
Jika diimbas pula kenangan sebelum result spm keluar, masih jelas di ingatan betapa tidak keruannya diri ini melihat satu persatu sahabat pergi lebih awal melangkah ke menara gading, masing2 menggunakan result trial dan trek pantas. Masa tu rasa kesunyian dekat rumah, jadi takut pun ada, yelah sahabat2 seangkatan ramai yg dah pergi.
Lalu, mungkin disebabkan tidak sabarnya diri, aku meminta kepada Allah supaya aku juga menerima tawaran itu, walhal diri kurang berminat pun untuk ambil engineer..tapi tu lah, fikir asal dapat masuk universiti awal pun cukuplah. Bersungguh2 minta dengan Allah, izinkanlah aku menerima tawaran ke UTM....
Boleh dikatakan dalam setiap sujud aku meminta Allah memperkenankan hasrat itu, semangat naa.. Tunggu punya tunggu sampai ke akhir tak dapat, walhal ada lagi kawan yang resultnya setara menerima tawaran itu. Kecewa memang kecewa namun tidaklah sampai membelakangkan Allah.. Hinggalah lepas keluar result SPM, mohon kedoktoran, alhamdulillah patutlah Dia tahan keinginanku sementara waktu, rupa2nya Dia sediakan aku untuk trek yang lain.
Mengingatkan semua yang berlaku, rasa mahu sujud lama2 pada Allah, sungguh diri tak mampu untuk menzahirkan betapa bersyukurnya menjalani perjalanan yang telah diaturNya. Itu kisah 4,5 tahun lepas, sekarang bukan macam dulu dah bila berdoa, di akhirnya perlu tambah '...berilah jalan keluar terbaik bagiku...' Kadang2 rasa takjub pada kekuatan perancangan Allah, seumpama sedang menonton sebuah drama kehidupan.
'Bila mana seseorang itu berubah, jangan diungkit kisah silamnya kerana kita tidak pernah tahu betapa peritnya dia meninggalkan kisah itu..'
Ramai yang pernah merasakan ini kan, bersusah payah melawan perasaan sendiri agar tidak lagi berada di landasan hidup yang dirasakan salah. Adakalanya beberapa hati terluka disebabkan itu, sahabat2 lama menjauhkan diri, yang bercinta merasakan peritnya melepaskan kekasih hati, namun semua itu masih dilakukan hanya kerana tidak ingin diri dimurkai Allah..
Hebatkan insan ciptaan Allah, di bahagian mana pun dia andai hati ingin kembali pada Yang Esa, mungkin dialah insan yang lebih baik dari manusia2 lantaran istighfar dan taubat berterusan yang dilakukan..kerana dia tahu dia punya Allah yang maha pengampun..kerana dia sedar dia pernah tersalah langkah..
(Ada sahabat terasa dgn perbuatanku..mungkin selaput dosa yg menutup hati ini kian menebal, lalu terbias melalui akhlak yang salah..susah ya bila melakukan kesalahan pd insan, tdk tahu sejauh mana kita telah dimaafkan, atau mungkin sekali kesalahan itu masih tersimpan kemas di hatinya.. Wallahua'lam)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق