الثلاثاء، 18 ديسمبر 2012

Semoga Dia Mampu Berada Di Tempat Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bukanlah aku ingin berbangga dengan sahabat ini, namun rasa kagum menjentik naluriku untuk menulis sesuatu tentang dirinya, iaitu tentang akhlak insan yang begitu mencintai sunnah Rasullulah SAW. Kalau kamu masih ingat, aku pernah menulis sedikit tentang insan ini yang diberi nama Fittry, atau nama manjanya Mori pada sambutan hari jadinya yang lalu..

Kini, aku kembali menulis lagi untuk dia, namun bukan untuk sambutan apa2 hari istimewa melainkan kerana hatiku tersangat ingin melihat dia berada di tempat itu sebagai AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah..

Tarikh 21 Disember 2012 akan menjadi saksi pertarungan hebat calon2 yang bertanding dalam pilihanraya kampus, yang mana bakal menampilkan persaingan sengit yang mendebarkan. Dialah insan itu, yang aku pertaruhkan segenap kepunyaanku bahawa insan ini harus berada di tampuk pemerintahan tertinggi.


1) Pelindung kepada wanita

Dua tahun lalu ketika Mesir mengalami revolusi besar, saat semua orang berada dalam ketakutan, ketika semua orang asing ingin keluar meninggalkan Mesir termasuk mahasiwa mahasiswi melayu, berlaku satu peristiwa antara aku dan Mori, dan Tuhan Yang Esa menjadi saksi akan apa yg akan aku katakan ini.

Seawal 630 pagi, seramai 5 orang perempuan meminta kami untuk menjadi musyrif bagi menghantar mereka ke Mau'af Gadid (Stesen Baru) Ketika sampai di sana, mencari2 tramco dan bas malangnya tiada satu pun yang kosong.. Agak lama kami berkelana di situ, masing2 dilanda kebimbangan kerana tiket flight sudah menunjukkan mereka sangat terlambat..

Kemudian, datang beberapa pemuda arab berbincang dengan aku dan Mori. Katanya, mereka juga ingin ke Cairo Airport..Namun aku jadi sangsi kerana mereka tidak membawa apa2 bagasi.. Mungkinkah mereka berniat jahat kerana kami tersilap menyatakan bahawa semua yg akan ke Cairo adalah perempuan...


Mungkin sebab sudah kesuntukan masa, kawan2 perempuan bersetuju bergerak bersama pemuda2 arab itu. Kemudian Mori berbisik padaku 'Aku tak percaya kat arab ni, takpe kau balik dululah..biar aku ikut diorang...'

Nasib baik ada bas selepas itu yang datang menyebabkan tidak jadi berkongsi tramco bersama pemuda arab.. Ketika itu, aku jadi teringat kisah Khalifah Mu'tasim ketika menghantar bala tentera utk menyelamatkan seorang muslimah yang dipenjarakan di sebuah negeri bukan Islam.. Itulah Mori si penyelamat wanita zaman moden..Tidak memikirkan keselamatan diri sebaliknya lebih mengutamakan kaum hawa yang lebih memerlukan...

Erm itu baru dengan sahabat perempuan, terfikir...bagaimana pula ya dengan bakal isterinya sendiri...huhu pasti dia menjadi suami yang sangat menjaga... Siapa ya wanita bertuah itu yang bakal menghuni tempat di hati lelaki hebat ini.. (Sehingga kini, setahu aku hatinya masih belum berpunya, huhu sori Mori terbocor rahsia..)


2) Beragama serta berilmu - muslim doktor yang diperlukan ummah zaman ini

Tiba2, Dr Fathi mengumumkan akan mengadakan ujian bagi melihat keberkesanan kelas fiqh yang telah diadakan selama setahun lebih. Hati tiba2 berdebar, aduhai dah la selama ni pergi dengar kelas macam tu je, tak salin apa2 nota. Lagipun tak pernah dengar sebelum ni boleh ada exam dalam kelas syeikh macam tu.

Tiba hari ujian, terdapat beberapa lagi pelajar melayu yang mengikuti kelas itu, lelaki dan perempuan. Apabila keputusan diumumkan, ternyata Mori mendapat keputusan kedua tertinggi dengan hanya hilang satu markah. MasyaAllah aku jadi kagum padanya, kerana kelas itu sebenarnya sudah bermula sudah hampir dua tahun, masakan dia boleh mengingat dengan baik apa yang dipelajari.

Namun setelah muhasabah kembali, memang selayaknya dia mendapat keputusan setinggi itu lantaran peribadinya yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Tidak kira halangan yang mendatang, hujan atau kesejukan melampau, program2 lain bertembung, pasti dia mengatakan tidak pada semua itu kerana baginya kelas fardhu ain itu tiada gantinya dengan apa sahaja.


Pernah satu hari, kami bersama2 ingin menghadiri kelas Ustaz Akli di Mandarah. Jauh tempatnya, tapi disebabkan dah lama tak jumpa ustaz, kami teruskan. Mori seorang yang tidak boleh tahan lama kalau naik tramco duduk di seat belakang, cepat pening katanya. Lalu dia mengajakku membonceng motor bersamanya.

'Kau biar betul, jalan jammed teruk petang2 macam ni..lagipun kau bukan biasa bawak motor jauh2..' Namun dia berkeras..Pergilah kami berdua, sesat seketika, kononnya nak ikut jalan pintas, sekali masuk jalan mana entah.

Itulah Mori, cintanya pada ilmu agama kadang2 membangkitkan cemburu di hati ini, kerana seolah2 dia begitu sempurna seimbangkan antara ilmu medik dan agama, aku berazam menjadi sepertinya..insyaAllah, doa2kan..

Sejujurnya, aku melihat satu potensi yang ada dalam dirinya iaitu kekuatan untuk mengubah segala bentuk jahiliyah moden yang terdapat di hospital Malaysia. Ku lihat dia berupaya untuk melangkah lebih jauh, dengan semangat seorang pemuda yang begitu bencikan kezaliman, seolah2 aku dapat melihat satu persatu jahiliyah moden tumpas di tangannya...

(Aku sudah merancang dan berusaha, terbukti Dia menyediakan trek lain untukku..Sehingga kini, ku lihat banyak yang sedang berubah dari perancangan asal.. Takpelah, keyakinan kepada perancangan Allah adalah akidah yang sangat menenangkan hati.. Ya Allah, jangan engkau serahkan diriku ini padaku, aku tidak mampu menguruskannya..dan jangan Engkau serahkan diriku ini pada manusia lain, mereka akan mensia2kan aku..
Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق