Azan isyak berkumandang, turun dari rumah melangkah kaki ke rumah seorang sahabat, tujuan asal untuk sama-sama study memandangkan imtihan yang kian hampir. 'Aku turun sekarang tau, nanti solat kat masjid dekat rumah kau, ok jumpa kat masjid..Assalamualaikum..' Suhu yang mulai rendah memaksa diri untuk mengambil sweater di dalam almari.
Selesai solat, sama2 berjalan ke rumahnya. Alhamdulillah waktu bersama sahabat itu sering kali menenangkan, apabila meluahkan segala masalah2 persatuan, masalah rumah, dan juga masalah hati. Biasalah, perkara seperti ini bukan boleh diberitahu kepada semua orang kan..
Malam itu kami belajar bersama, walau masing2 menghadap buku sendiri kerana department yang berbeza jadi tidak ada perbincangan akademik. 'Jom tidur sekarang, nanti sama2 bangun qiamullail nak..' Aku tersentuh dengan ajakan itu, jadi teringat kepada sebuah hadis ;
Tepat jam 4 pagi, alarm berbungi memecah kesunyian. Masing2 tidak mahu melangkah ke tandas : 'Kau pergilah ambil wudhuk dulu..sejuk ni ha..' 'Tak payah ngada, kau pergi dulu..aku tetamu je..' Kemudian, terlihat seorang sahabat membuka laptop lalu log in facebook.. Melihatkan itu, seorang lagi menegur ; 'Tak elok macam tu..bangun2 tidur terus cari facebook, dalam fikiran terus melayang kepada dunia..macam mana Allah tak cemburu..'
Gulp! Tersentap... 'Betapa kotornya hati itu, entah Allah sudah diletakkan ranking ke berapa dalam hati..' Sepatutnya biarlah dunia datang selepas segala urusan ukhrawi selesai dilakukan. Selepas qiamullail, solat subuh berjemaah dan mathurat, selepas itu jika mahu fikir dunia silakan.. Namun untuk sebelum itu, tahan dan banyakkan istighfar.
Jika datang juga, tepis jauh2..Luahkan dulu kepada Allah, tidak syak lagi Dia akan selesaikan segala masalah kita. Cukuplah dengan berserah, selepas itu usaha dan yakinlah dengan keajaiban tawakal.
Saat ini, barulah terkinja2 mencari dan membelek kembali sesuatu yang pernah dipelajari dahulu kala iaitu fiqh aulawiyat (keutamaan). Sering kali program persatuan bertembung dengan masa usrah. Lalu di sini, ambil masa seketika dan perhatikan yang mana lebih awla. Tidak sekali diri terpaksa ponteng program kerana menghadiri usrah selepas diperhatikan yang mana lebih besar manfaat dan lebih kecil mudharatnya.
Terkadang, kita terlalu berkejaran menganjurkan program, lalu kepenatan menguasai diri selepas itu. Kita terlupa bahawa jiwa juga memerlukan 'program' sendiri iaitu pengisian rohani. Apabila membaca dan mentadabbur ayat2 Allah di dalam usrah, berbincang isu semasa dan sesekali ada yang meluah perasaan di hati, maka di situ ada ketenangan tersendiri.
Di sini, ingin berpesan kepada semua sahabat, adik2, diri sendiri terutamanya, kemanisan berusrah itu datangnya dari Allah, kerana Dia yang memberi rasa kasih sayang dalam hati masing2. Namun dalam pada itu, kita sendiri yang harus menggerak dan mencorakkan bagaimana kita ingin usrah itu berjalan.
Ada yang terlalu mengharap kepada orang lain dan dia sekadar menunggu, maka usrah itu menjadi hambar dan tidak berjalan. Jangan seperti itu. Seperti juga perkahwinan, jika kita hanya menunggu respons dari pasangan untuk membahagiakan kita, tak ke manalah rumah tangga itu, akhirnya masing2 bermasam muka.
'Seandainya kelak negara kita ditakdirkan berperang (naudzubillah), mungkin orang2 seperti inilah terlebih dahulu lari meninggalkan medan perang..'
Semoga Allah memelihara kita daripada menjadi parasit kepada perjuangan Islam. Kita rasa dah selesa dah dengan perjuangan kita, konon2nya selalu membawa kebaikan kepada orang lain. Namun yang berlaku sebaliknya, ternyata kitalah yang melambatkan proses kemenangan Islam...
(Kini, kesibukan kembali mengejar..Ingatkan dah tiba ke hujung tahun makin boleh berehat, namun Dia tahu masa lapang boleh memperlahankan langkah kaki ini..lalu Dia beri lagi amanah walau dari unsur berbeza.. Sekurang2nya, ia mampu melarikan seketika fikiran ini.. Alhamdulillah syukran ya atas doa dari semua, kakak dan babynya beransur pulih..besar sungguh rahmat tuhan kali ni, alhamdulillah... ^_^ )

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)
Tepat jam 4 pagi, alarm berbungi memecah kesunyian. Masing2 tidak mahu melangkah ke tandas : 'Kau pergilah ambil wudhuk dulu..sejuk ni ha..' 'Tak payah ngada, kau pergi dulu..aku tetamu je..' Kemudian, terlihat seorang sahabat membuka laptop lalu log in facebook.. Melihatkan itu, seorang lagi menegur ; 'Tak elok macam tu..bangun2 tidur terus cari facebook, dalam fikiran terus melayang kepada dunia..macam mana Allah tak cemburu..'
Gulp! Tersentap... 'Betapa kotornya hati itu, entah Allah sudah diletakkan ranking ke berapa dalam hati..' Sepatutnya biarlah dunia datang selepas segala urusan ukhrawi selesai dilakukan. Selepas qiamullail, solat subuh berjemaah dan mathurat, selepas itu jika mahu fikir dunia silakan.. Namun untuk sebelum itu, tahan dan banyakkan istighfar.
Jika datang juga, tepis jauh2..Luahkan dulu kepada Allah, tidak syak lagi Dia akan selesaikan segala masalah kita. Cukuplah dengan berserah, selepas itu usaha dan yakinlah dengan keajaiban tawakal.
***************
Tiba2 terasa hati terasa berat melihat kertas yang tertampal di dinding. Aduhai kenapa ia harus dirombak semula... Setelah lebih setahun membina ikatan hati, kini segala2nya harus bertukar selepas Mentor Council mengumumkan pembubaran Smart Circle dan melancarkan nama2 ahli SC yg baru.
Allah syeikh, bagaimana mahu gambarkan, dalam hati kami sudah terlalu sayang antara satu sama lain. Seolah2 hati kami menjadi satu setiap kali bertemu, bait2 perkataan yang diluahkan mampu menyentuh hati yang lain, lalu suasana sekeliling menjadi saksi betapa indahnya ukhwah kerana Allah..
Aku sangkakan, hanya aku yang merasai kepedihan ini, ternyata sangkaanku salah...bahkan adik2 turut berkongsi kegusaran itu. Oh tuhan mungkinkah segala2 yang sedang berlaku ini diubah semula, mungkinkah rombakan ini hanya berlaku di dunia khayalan...kerana, kami tidak sanggup..menghadapi pedihnya perpisahan...

Dalam usrah kecil inilah melatih diri untuk menyusun kehidupan menjadi lebih teratur, terutama apabila menyedari dia menyertai lebih dari satu usrah, mempunyai amanah lain dalam persatuan dan dalam masa yang sama bergelar pula seorang mahasiswa perubatan yang dikelilingi buku2 tebal.
'Akademik adalah nombor satu..namun persatuan dan usrah bukanlah di tempat kedua dan ketiga..semuanya harus bergerak seiring..'
'Akademik adalah nombor satu..namun persatuan dan usrah bukanlah di tempat kedua dan ketiga..semuanya harus bergerak seiring..'
Saat ini, barulah terkinja2 mencari dan membelek kembali sesuatu yang pernah dipelajari dahulu kala iaitu fiqh aulawiyat (keutamaan). Sering kali program persatuan bertembung dengan masa usrah. Lalu di sini, ambil masa seketika dan perhatikan yang mana lebih awla. Tidak sekali diri terpaksa ponteng program kerana menghadiri usrah selepas diperhatikan yang mana lebih besar manfaat dan lebih kecil mudharatnya.
Terkadang, kita terlalu berkejaran menganjurkan program, lalu kepenatan menguasai diri selepas itu. Kita terlupa bahawa jiwa juga memerlukan 'program' sendiri iaitu pengisian rohani. Apabila membaca dan mentadabbur ayat2 Allah di dalam usrah, berbincang isu semasa dan sesekali ada yang meluah perasaan di hati, maka di situ ada ketenangan tersendiri.
Di sini, ingin berpesan kepada semua sahabat, adik2, diri sendiri terutamanya, kemanisan berusrah itu datangnya dari Allah, kerana Dia yang memberi rasa kasih sayang dalam hati masing2. Namun dalam pada itu, kita sendiri yang harus menggerak dan mencorakkan bagaimana kita ingin usrah itu berjalan.
Ada yang terlalu mengharap kepada orang lain dan dia sekadar menunggu, maka usrah itu menjadi hambar dan tidak berjalan. Jangan seperti itu. Seperti juga perkahwinan, jika kita hanya menunggu respons dari pasangan untuk membahagiakan kita, tak ke manalah rumah tangga itu, akhirnya masing2 bermasam muka.
*************
Kebelakangan ini, kerap kali timbul kontroversi panas dengan pandangan ustaz dan kerajaan yang mengecewakan ummah. Sang ustaz dengan fatwanya bahawa tiada jihad di Palestin dan kerajaan Malaysia dengan sokongannya terhadap kerajaan Basyar Laknatullah di Syria malah tidak membenarkan sebarang kutipan derma untuk mujahidin yang sedang berjuang.
'Seandainya kelak negara kita ditakdirkan berperang (naudzubillah), mungkin orang2 seperti inilah terlebih dahulu lari meninggalkan medan perang..'
Semoga Allah memelihara kita daripada menjadi parasit kepada perjuangan Islam. Kita rasa dah selesa dah dengan perjuangan kita, konon2nya selalu membawa kebaikan kepada orang lain. Namun yang berlaku sebaliknya, ternyata kitalah yang melambatkan proses kemenangan Islam...
(Kini, kesibukan kembali mengejar..Ingatkan dah tiba ke hujung tahun makin boleh berehat, namun Dia tahu masa lapang boleh memperlahankan langkah kaki ini..lalu Dia beri lagi amanah walau dari unsur berbeza.. Sekurang2nya, ia mampu melarikan seketika fikiran ini.. Alhamdulillah syukran ya atas doa dari semua, kakak dan babynya beransur pulih..besar sungguh rahmat tuhan kali ni, alhamdulillah... ^_^ )
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق