Bismillahirrahmanirrahim...
Kini, musim pilihanraya kampus
menjelang lagi. (Sengaja guna istilah kampus walaupun di sini lebih dikenali
sebagai muhafazah). Kelihatannya calon2 yang bertanding semuanya dari kenalanku
yang rapat. Alhamdulillah mereka sanggup untuk meneruskan perjuangan
memartabatkan Islam walau dalam hati masing2 mungkin terasa berat.
Aku pernah berada di tempat mereka
tahun lepas, aku mengerti sekali apa yang sedang mereka rasakan saat ini.
Jawatan itu bukan untuk dipinta, kerana amanah yang bakal digalas tak
tertanggung nantinya. Namun jika telah diamanahkan, dan jika melepaskannya akan
menyebabkan tempat itu diisi oleh orang yang tidak sepatutnya, maka saat itu
terimalah demi Islam..
Kalau dulu di sekolah, banyak
sekali jawatan yang dipegang dalam satu2 masa. Cuba ambil sebanyak yang boleh
kerana merasakan diri mampu. Aduhai jiwa remaja itu sering menipu.. Kini
apabila menjejak kaki ke dunia universiti, hati nan waras mula berfikir, bahawa
amanah itu bukan sekadar minat memimpin malah satu ujian yang bisa meruntuhkan.
Berlarilah ke mana pun, andai perancanganNya telah menetapkan,
maka kamu tetap akan dipilih. Teringat masa first year dulu, dah tekad dalam
hati kat sini tak mahu pegang apa2 jawatan, mahu belajar cukuplah, jadi doktor
cemerlang kononnya. Namun itulah, Dia lebih mengenali hambaNya lalu selangkah
demi selangkah mula bergerak dalam persatuan.
Dan sehingga kini, semua itu tak pernah dikesali, malah bersyukur
sangat2 kerana Allah izin dapat menimba pengalaman. Refleks akhlak diri sebagai
seorang hamba, kadang2 mood yang tidak elok harus disembunyikan oleh senyuman
di wajah, kadang2 menerima beberapa taklifan dalam satu2 masa. Maka ketika itu,
Allah ajar lagi bagaimana untuk merancang kehidupan, agar semuanya berjalan
seiring dan tidak hanya mementingkan sesetengah perkara sahaja terutama tidak tertinggal bahagian akademik.
Terkesima dengan peribadi Amirul Mukminin Umar al Khattab tatkala
berdepan dengan Raja Hurmuzan. Raja Parsi yang sering membunuh utusan Islam
malah pernah membunuh seorang sahabat nabi yang mustajab doanya (aku lupa
namanya tapi beliau adalah sepupu kepada Anas bin Malik)
Namun apabila ditawan oleh tentera Islam dan dibawa berjumpa
dengan Saidina Umar, kamu lihatlah kebesaran jiwa sahabat besar itu dalam
mempamerkan akhlak mulia. Sebelum dihukum pancung, Hurmuzan meminta segelas air
untuk diminum lalu Saidina Umar membenarkan. Hurmuzan meminta lagi 'Aku
meminta jaminan keselamatan sehinggalah aku selesai menghabiskan minuman ini..'
Sekali lagi Saidina Umar membenarkan.. Tiba2 Hurmuzan menjatuhkan
gelas itu tanpa meminum airnya. Rupa2nya itu satu muslihat. Dia tidak minum air
tersebut maka selagi itu Saidina Umar juga tidak membunuhnya. Setelah mendengar
pendapat Anas bin Malik dan pengislaman Hurmuzan, Saidina Umar tidak membunuh
raja jahat itu.
Walaupun ada ahli sejarah mengatakan Hurmuzanlah yang mengupah Abu
Lukluk untuk membunuh Umar, namun yang ingin dikatakan di sini lihatlah bagaimana
akhlak seorang pemimpin Islam yang digeruni seluruh dunia dalam menepati janji.
Tapi dewasa ini, aku bingung melihat pemimpin2 negara Islam yang
seolah2 tidak mengerti halal haram. Disangkanya kerajaan itu miliknya, maka
segala harta negara adalah milik mutlak baginya, milik kroni2nya dan milik
semua orang yang menyokongnya. Dilantik ustaz2 muda bagi menghentam orang2 yang
menentangnya, tapi untuk segala kelakuan maksiat yang mereka anjurkan,
shhh...jangan cakap apa2 naa...
Maka ramailah anak2 muda yang dilanda kerosakan akhlak yang maha
teruk. Cuba perhatikan, berapa lama negara kita dijajah? Lebih kurang 500 tahun
kan..maka dalam tempoh itu, berapakah bilangan orang Islam yang dilaporkan
murtad? Sangat sedikit, atau hampir tidak kedengaran.
Namun selepas merdeka, selepas undang2 sekular diperkenalkan,
selepas hiburan2 yang melalaikan dibawa masuk dari barat, dalam tempoh 50
tahun, tahukah kamu berapa bilangan umat Islam yang dilaporkan murtad di
Malaysia? Yang pastinya, bilangan itu tidak kurang dari ratusan ribu..
Atas alasan itu, wajiblah pemuda2 kini menggalas tugas memulihkan
kembali segala2nya, memikul amanah dalam memartabatkan Islam ke tempat yang
paling atas. Ini tidak, di kalangan pemuda2 yang faham Islam pun masih
bertelagah untuk satu2 isu, masih tidak mahu bersatu. Diuar-uarkan bahawa
tarbiyahnya hebat, ukhwahnya mantap namun ukuran hebat itu dari segi apa?
Tidak menghormati orang lain malah diserangnya jemaah Islam lain
dengan tuduhan yang tidak berasas, menghalang ahli jemaah dari mengetahui
peristiwa sebenar, menyembunyikan dalil2 yang 'memukul' kepala sendiri, maka
sempurnakah tarbiyah seperti itu?
*****************
Kadangkala hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya...
-quoted-
wow ainan tasneem kemain ag..
ردحذف