الاثنين، 7 يناير 2013

Wahai Diri Buatlah Yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ini ku rasakan begitu sunyi, berbeza dari malam2 yang lain. Walhal housemate semua ada di rumah tiada yg keluar, rumah pun bising dengan usik mengusik seperti biasa. Tapi kenapa ya, aku masih merasa asing, seolah2 diri sedang berada di alam lain. Atau Sang Pencipta sedang memenjarakan perasaanku lantaran dosa yang menimbun..ya tuhan ampuni daku..

Kala ini, aku ingin kembali ke sana lagi, tempat yang paling indah di atas muka bumi, Dua Tanah Haram, Haramain. Tiga bulan lalu, ada sahabat mengajak untuk menunaikan umrah pada ramadhan tahun ini, awalnya aku bersetuju. Namun setelah mendapat tarikh final exam, aduhai kenapa lewat sangat naa, tiga hari sebelum raya baru imtihan selesai.

Mungkinkah tahun ini aku akan beraya di Mesir, atau pulang ke Malaysia pada hari raya pertama, wah itu bisa jadi kejutan yang membahagiakan! Sejujurnya inilah tahun yang membuatkan aku tersangat ingin pulang ke Malaysia, rasa teruja ingin bersama keluarga seterusnya membina usrah yang paling indah atas muka bumi.


Ya, aku jadi teringat kisah cuti tempoh 3 bulan lalu apabila kadang kala mengadakan solat hajat berjemaah di rumah, semua orang pulang bercuti, mendengar tazkirah dan berbincang tentang azab akhirat, persoalan tentang kaifiat solat jama' qasar, jauh dari ingat dunia, ah saat itu terlalu indah!

Berjauhan dengan keluarga sedikit mematangkan diri, mendidik bagaimana untuk membentuk keluarga sakinah. Apabila mendengar nasihat seorang sahabat ; 'Kita sendirilah yang membentuk keluarga sendiri menjadi bagaimana yang dikehendaki..jika bosan cara kita, maka bosanlah keluarga itu.. Jika sekarang kita tidak membiasakan aktiviti tazkirah bersama housemate, mungkin agak susah untuk kita memulakannya apabila sudah berkeluarga nanti..'

Sudah resam kehidupan, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk datang dalam hidup, namun mengapa tidak diri sendiri menjadi yg terbaik? Kita mengharap apabila berkahwin nanti sang isteri mengejut untuk bangun qiamullail, huhu sedang yang sepatutnya berlaku ialah suami yang membangunkan keluarganya..

Mengapa ya, kita tidak 'memaksa' diri sendiri untuk melakukannya terlebih dahulu.. Dalam bab qiam, kalau tidak dibuat berjemaah maka jawabnya tiadalah qiam kita. Memang benar itu bisa jadi penguat namun ia bukanlah pergantungan sepenuhnya.


Kini musim sejuk mula menjelma, menyerang fizikal dan mendera iman. Teringat perbualan dengan sahabat dalam perjalanan pulang dari Mat'am Hosny ; 'Kalau kau sanggup terjun ke dalam laut sekarang utk seminit, nah kad bank aku and no pin jadi milik kau...haha' Amboi tawaran yg lumayan namun bila memandang ke luar tingkap, laut yang bergelora, waktu tengah malam diiringi pula hujan yang sedang menitik, huhu takpe la aku simpan tawaran kau ni untuk musim panas tahun depan..

Aku sering terfikir sendirian, bagaimana agaknya jika Allah menukarkan Malaysia menjadi negara 4 musim seperti ni, yang tergambar di fikiranku pastinya tiada lagi saf jemaah yang panjang pada waktu subuh di musim sejuk. Kerana jika dijadikan mahasiswa2 di sini sebagai pengukur, jelas dapat melihat perbezaan ketara antara solat subuh pada musim sejuk dan musim panas.

Dalam bab ini orang arab mengatasi kita, malu pada orang2 tua yang datang ke masjid dalam keadaan bertongkat, bahkan aku pernah melihat seorang buta datang ke masjid pada waktu subuh. MasyaAllah memberi tamparan hebat kepada syabab2 yang berjuang!


Minggu lepas ketika sedang mengambil history taking seorang patient perempuan yang berumur, Allah mengajarkan sesuatu. Kedua2 matanya sudah sangat kabur, ditambah lagi dia seorang yang pekak, maka susah bangat mau ambil data darinya. Suamilah yang menerangkan segalanya, medication yang diambil semua dalam ingatannya, ubat sebelum dan selepas pembedahan, menunjukkan bahawa selama ini dialah yang menguruskan serba serbi tentang isterinya.

Allah, mungkin itulah bukti cinta sejati, segala kekurangan ternyata tidak mencacatkan cinta mereka. Walau bertahun2 susah dalam komunikasi, nak cakap kena kuat, seolah2 kena jerkah dekat telinga, mata pun tak nampak, sang suami masih tidak jemu menjaga malah tidak malu untuk berpegang tangan tatkala berjalan beriringan, sweet sekali!

Nah kepada kamu yg sudah berpunya dan belum berkahwin, jika setelah 10 tahun menikah dia menjadi pekak, buta atau sebagainya masihkah kamu menerima dia seadanya? Saat itu mampukah kamu berjanji tidak akan tinggalkan dia dan mencari yang lain?

Ingat, jangan cari kelebihan yg ada padanya sebagai sebab perkahwinan kerana setelah nikah kamu hanya akan nampak keburukannya - Ustaz Hasrizal 

Minggu depan kami imtihan, tolong doakan kami ya..kami harap kami mampu menjadi doktor terbaik yg menyumbang kepada ummah. Kami bukan belajar kerana exam, tapi Rasullullah ada sebut kan ; 'Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di antara kalian yang apabila dia melakukan sesuatu, ia menyempurnakannya..'

Sebab itu janganlah sindir orang yang rajin belajar, takut2 kita sedang memperkecilkan orang yang sedang mempraktikkan pesanan nabiNya... 

(Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merangkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta - quoted ^_^ ...Wallahua'lam)

هناك تعليق واحد: