Bismillahirrahmanirrahim...
Malam yang sejuk memaksa aku membungkus diri. Di dalam saratoga, muhasabah perjalanan harian di ward ophthalmology (mata), dan kini round ini sudah hampir tiba ke penghujungnya. Banyak kekuasaan tuhan yang terdapat pada diri manusia, bahkan jika benar2 dikaji pada setiap inci kawasan mata, pasti tiada lagi orang kafir di dunia ini.
Oh aku teringat cerita itu, filem lama yang berpuluh2 tahun dimainkan di Malaysia. Search kejap di youtube...Alhamdulillah ada.. Huhu kalau bonda di Malaysia tahu aku menonton lagi filem ini, pasti aku diketawakan. Takpe ma, sy tengok ni untuk belajar, hehe sebab cerita ini ada kaitan dengan mata..
Tengok 20 minit terakhir cukuplah, kan tak dapat bangun awal esok.
'Barangkali anak sy pun sebesar ini juga..'
'Sebenarnya sy lebih senang hidup begini. Jika sy dapat melihat kembali pun, tidak ada ertinya bagi sy..kerana manusia yang sy puja sudah tidak ada lagi dalam dunia ini..'
Haha kamu dapat teka filem ni? Aku pernah menontonnya satu ketika dulu bersama bonda, dan kini aku mengulanginya seorang diri namun perasaannya tidak sama dengan yang kali pertama. Jalan cerita yang sama, pelakon yang sama, namun kini setelah belajar tentang agama, ada part dan dialog yang ku kira tidak wajar dituturkan.
'Kesalahan itu telah dapat ku tebus dengan memberi kembali penglihatanmu..aku rasa itu sangat adil..'
'Ku hairan, mengapakah kau diciptakan oleh Allah sebagai manusia..kan lebih baik kau menjadi haiwan..'
Kamu perasan kan ayat mana yang aku maksudkan? Siapa kita untuk berkata kita yang memberi manfaat atau keburukan kepada seseorang, dan siapa kita untuk mempersoalkan keadilan Allah mencipta apa yang dikehendaki. Mana boleh kita anggap ubat yang menyembuhkan penyakit, kerana akidah mengajar hanya Allah yang maha menyembuh, ubat hanya ikhtiar dan usaha.
Mungkin itulah dugaannya bagi seorang doktor, apabila berkali2 rawatannya berkesan sehingga sering dipuji manusia, bimbang kalau2 terbit dalam hatinya 'Kerana akulah patient itu sembuh..' Astaghfirullah..bahaya naa.. Sungguh banyak pengajaran yang bisa dikutip dari filem itu (keesokan harinya, aku tonton lagi - Ibu Mertuaku ^_^ )
****************
Handphone berdering memecah kesunyian malam, aduh beratnya mata mau angkat. Rasanya baru sahaja lelapkan mata. 'Hello assalamualaikum... ******** Ok aku pergi sekarang tunggu kat depan tram naa..' Telefon dimatikan, tengok jam sudah tengah malam rupanya. Terpaksa melawan arus kesejukan yang sangat menggigit, saratoga ketika ini umpama perisai yang mampu menahan dari ancaman sang pembunuh.
Berjalan kaki seorang diri, tengah2 malam macam ni keadaan agak bahaya sebenarnya, tapi Dia tidak pernah tidur kan utk menjaga kita (ayat utk tenangkan hati sendiri).. Bertemu 3 lagi sahabat di stesen tram kemudian berjalan ke destinasi yang dirancang. Dari jauh kelihatan 2 orang arab berbual2, kami menghampiri...
'Dah dua bulan dah, tiap2 malam lelaki tu datang ke rumah perempuan kemudian pagi esok baru balik.. Kami dah tangkap hari tu lepas tu laki nangis minta dilepaskan..'
Kami mendengar dengan teliti. Sudah banyak kali peristiwa sebegini sampai ke telingaku semenjak 4 tahun berada di Iskandariah. Perihal salah laku mahasiswa mahasiswi melayu kadang kala menjadi buah mulut orang arab di sini. Kami bukanlah orang yang diamanahkan oleh persatuan untuk menjaga hal2 sebegini, namun sekadar merasa bertanggungjawab terhadap muslim yg datang dari geografi yg sama.
Selepas melihat gambar lelaki melayu itu yang ditunjukkan, ada sahabat yang mengenali. 'Junior lagi ni...' Mungkin mereka tidak mengetahui budaya arab yang tidak suka melihat laki2 datang ke rumah anak dara.
Lagi satu yang ku bimbang sekiranya apa2 terjadi pada pemuda melayu itu. Aku pernah melihat seorang pencuri kecil yang ditangkap lalu dibelasah beramai2, ya Allah aku tidak sampai hati melihat peristiwa itu. Arab sentiasa bersatu dalam bab membanteras kemungkaran. Nasib baiklah pemuda yang kami jumpa itu baik orangnya, janggut yang kemas menunjukkan dia antara pencinta sunnah Rasullullah.
Sebab itulah pemuda itu meminta kami datang supaya dapat bercakap baik2 dengan pemuda melayu itu, jangan teruskan lagi. Kami bukan dari majlis agama atau di sini dikenali sebagai Jaksi, tidak kami bukan ingin mengambil rekod apa2, kami sekadar ingin menerangkan sebagai seorang sahabat dan senior sebelum peristiwa lebih buruk berlaku.
Malam itu pemuda itu tidak datang. Alhamdulillah semoga dia sudah insaf. Sang arab berjanji akan menghubungi lagi sekiranya pemuda itu datang.
Islam mengajar kita supaya menyembunyikan aib orang dan segala maksiat yang dilakukan, semoga akhirnya dia bertaubat pada Allah. Lihat sahajalah peristiwa nabi mengajar kita bagaimana untuk react apabila datang seorang wanita (Ghamidiyah) mengaku berzina di hadapan Rasulullah. Baginda berpaling darinya dan ada sesetengah riwayat mengatakan baginda buat2 tidak dengar, sehingga wanita itu bersungguh2 mengaku bahawa dia benar2 telah berzina dan minta dijatuhkan hukum hudud.
'Adakah engkau pegang2 sahaja?'
'Aku berzina ya Rasullullah..'
'Boleh jadi engkau bercium dan berpelukan sahaja..'
'Tidak wahai Rasullullah, aku telah berzina..'
MasyaAllah terserlah keindahan Islam yang menjadi rahmat kepada sekalian alam. Kini, dalam bulan kelahiran sang bahagia, membangkitkan keinginan untuk menziarahi baginda lagi.. Ya tuhan sampaikan kerinduan kami ini pada kekasihMu Saidina Muhammad SAW...
(Ada yang salah sangka dengan tulisanku sebelum ini, katanya ada apa2 ke yg sedang berlaku ke atas diri ini..huhu yang sebenarnya tiada apa pun, sekadar mengikut musim yang menyinggah..tambah2 bila ada sahabat2 'kemaruk' yang gatal tangan post cinta dekat wall, hai diri sendiri yang mau sebenarnya tapi sengaja dipost pada wall orang lain..kan? Wallahua'lam ^_^ )

ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق