الثلاثاء، 22 يناير 2013

Cinta Sang Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi menyaksikan dia bersolat sendirian, tanpa sedar ada air mata yang menitik. Ya Allah besar sungguh ujian ini padanya, namun kemampuan dia menghadapi semua ini dengan penuh tenang membuktikan Engkau lebih mengenali hamba-hambaNya. Saat-saat musim imtihan menjengah mahasiswa perubatan di Iskandariah, ada yang diduga dengan ujian kesihatan.

Dia tidak pernah ponteng kuliah jika tiada hal yang menghalang, sangat komited dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah, namun ujian yang baru ini memaksa diri untuk terperuk di rumah berhari-hari. Dia mendapat virus infection, satu penyakit yang dimulai prodromal stage iaitu simptom tidak specific seperti demam dan headache yang membuatkan dia tidak menghadiri dua hari terakhir kuliah.

Badannya lemah, dia terpaksa solat fardhu di rumah. Selepas 3 hari, wajah mula menampakkan kesan sebenar jangkitan itu, bibir membengkak dengan sangat teruk. Bila berjumpa doktor, barulah tahu dia dijangkiti Herpes Simplex Virus 1. Allah syeikh, sekarang exam makin dekat dan dia hanya berehat sepanjang masa dalam saratoga lantaran tubuhnya letih dan kesejukan.


Diri yang menyaksikan, terbit satu pertanyaan halus dari dalam, adakah aku sekuat itu andai berada di tempatnya? Ujian sebegitu andai didatangkan kepada jiwa yang imannya senipis bawang, pasti keluhan demi keluhan akan meniti di bibir..

Dia terpaksa menghantar surat kepada profesor kerana tidak akan mengambil exam osce, namun dalam masa yang sama kebimbangan tetap menguasai kerana dia akan mengambil exam itu pada module yang akan datang. Bagaimana ya mahu menjawab dua ujian sekaligus kerana sememangnya exam perubatan sangat susah... Untuk mcq exam, walau sebenarnya sangat tidak bersedia namun digagahkan juga untuk menghadiri kerana jika ditunda, kemungkinan besar result pasti lebih teruk..

Benar2 ini merupakan satu tamparan kepada mahasiswa2 yang selalu ponteng kuliyah, sekadar berada di rumah menggoyang kaki, tidur dalam kenikmatan saratoga.. Kita datang dari jauh menggunakan wang yang tidak sedikit, meninggalkan bonda tercinta yang sangat menantikan kepulangan kita, semua itu semata2 untuk kita kembali dengan segulung ijazah. Allah, tidak terbayang betapa kecewanya mereka andai kita gagal menunaikan amanah itu lantaran diri sendiri yang malas belajar...


Sahabat ini Allah hadirkan di hadapan mata, untuk mengingatkan diri bahawa iman dalam dirimu sangatlah nipis. Aduhai malu dengan Allah lantaran sering mengeluh tatkala diri diuji, bagaimana ni mahu jadi pejuang agama Allah.. Itulah insan, ketika diuji terasa kitalah yang paling berat ujiannya, langsung tak terfikir bahawa ujian itu jika dibandingkan dengan orang lain, hanyalah ibarat setitits air yang jatuh di dedaun keladi...muhasabah #

Bila bersendirian, cuba renung seketika apakah ujian yang Allah berikan pada kita..sebesar apakah ujian itu? Internet slow, ada kawan bermasam muka, pak cik teksi minta bayar lebih, baju kotor tapi nak basuh hujan selalu turun.. Jika dengan perkara2 sebegini pun sudah membuat kita mengeluh, nampaknya jauh lagilah kita untuk merasa secebis dari ujian para rasul..

Duhai insan, milikilah jiwa besar yang takkan mudah lesu pada perkara remeh. Pandanglah setiap perkara itu dengan pandangan penuh hikmah, yang akan tetap membuat kita tersenyum dalam apa jua keadaan.. Benar kita insan lemah, tidak mampu untuk berhadapan dengan dunia seorang diri, namun dunia yang besar itu apabila diri dibantu Allah, kamu pasti melihat keajaiban demi keajaiban menjelma di hadapan mata..

Usah berdoa di facebook, takut2 hati itu tidak sepenuhnya mengharap pada Allah.. Di luar kita berjiwa besar bagi menumpaskan segala jahiliyah moden, namun di sebalik itu jangan lupa untuk menilai hati supaya sentiasa tunduk pada Sang Pencipta...

**************


Maulidur rasul datang lagi, kini tengok banyak di facebook orang mengingatkan tentang kerinduan pada kekasih sempurna Saidina Muhammad SAW. Alhamdulillah, ternyata dalam diri pemuda-pemuda Islam masih tidak melupakan insan agung ini dari nurani yang paling dalam. Dan semoga kita tidak pernah berhenti berazam untuk memiliki akhlak semulia baginda..

Bicara tentang cinta rasul, bolehkah kamu khabarkan padaku tentang insan lain yang lebih mencintai Rasullulllah SAW melebihi cinta Saidina Abu Bakar? Bahkan jika kita sendiri pun hidup pada zaman Rasullullah, pasti kita tidak mampu untuk menandingi cinta sebesar itu.

Ada satu kisah benar yang diajarkan kepada kita tentang erti cinta oleh Saidina Abu Bakar, dan sekiranya mampu, bandingkanlah cinta itu dengan cinta kita.. Tatkala Saidina Abu Bakar membawa ayahandanya yang masih belum Islam bertemu dengan Rasullullah bagi melafazkan dua kalimah syahadah, apabila berada di hadapan nabi, tiba2 Abu Bakar menangis..

'Mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar?' tanya Rasullullah..

Maka dengarkanlah jawapan yang sangat menggetarkan hati, keluar dari hati suci yang benar2 cinta..

'Ya Rasullullah, seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tangan bapaku sekarang, sehingga engkau pun gembira atas pengislamannya, lebihlah aku suka berbanding bapaku sendiri memeluk Islam...'

Saja nak share, karya pertamaku dalam hidup ini.. ^_^ 

MasyaAllah.. Ada lagi ke manifestasi cinta manusia yang lebih hebat dari ini.. Abu Bakar tahu Rasullullah tidak gembira dengan beberapa perkara dalam hidup baginda, dan salah satunya ialah Abu Talib meninggal dalam keadaan tidak Islam..

Cuba refleks diri sendiri, andai bersendirian dalam bilik kemudian tiba2 terdengar pintu rumah diketuk. Apabila dibuka ternyata Rasullullah sedang tersenyum pada kita. Kita persilakan baginda masuk, saat itu adakah kita pasti Rasullullah masih lagi akan tersenyum selepas melihat keadaan rumah kita, yang dindingnya dipenuhi dengan gambar dan hiasan yang langsung tidak membangkitkan kerinduan pada baginda, bahkan lebih mengagungkan kehebatan diri sendiri seperti gambar menerima anugerah dan melancong ke merata tempat..

Masuk pula ke dalam bilik, adakah kita berani untuk berfacebook seperti biasa, sambil diperhatikan oleh baginda Rasullullah SAW.. Mungkin sekali air mata baginda yang mulia bisa menitis melihat umatnya begitu leka dalam kesenangan dunia, langsung tidak memikirkan bagaimana untuk meninggikan syiar Islam.. Itulah sunnah yang kian dilupakan...

(Dalam hidup ini, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang, kerana hati setiap insan itu berbeza.. Cukuplah kita puaskan kehendak Allah serta mendengar pada bisikan hati.. Kerana nabi ada sebut hati itu tenang pada perkara yang baik dan gelisah pada maksiat.. Allah pemegang hati manusia, semoga Dia menukarkan hati semua orang agar mengasihi dan meredhai segala perbuatan kita.. Wallahua'lam ^_^ )

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق