Ketenangan yang luar biasa terasa tatkala berada di rumah, dekat dengan orang tua. Alhamdulillah perasaan hebat yang sukar digambarkan apabila dapat berjemaah maghrib ramai2 bersama keluarga, adik beradik semua balik berbuka di rumah ayah, rasa terharu pun ada, 'Ini suatu nikmat dari Allah..yang satu ketika dulu sangat susah untuk dilaksanakan walau sekali..'
Beberapa hari lepas, Allah izinkan bersolat terawih di masjid besar di kampung, Masjid Mukim Chekok. Usai 4 rakaat dijamu pula dengan tazkirah ramadhan, semoga berguna untuk makanan rohani. Bangunlah sang imam, seorang imam muda yang tak pernah ku lihat tahun2 sebelum ini.
Redup wajahnya, persis suaranya yang mempunyai aura tersendiri, suara serak2 basah. 'Imam jemputan dari sekolah tahfiz barangkali, mungkin lebih muda daripadaku..' Hati berbisik sendiri.
'Assalamualaikum tuan2 dan puan2...'
Oh dari Indonesia rupanya, semua makmum kelihatan mengangkat2 kepala demi melihat sang penceramah.
'Hari ini mungkin sedikit sahaja tazkirahnya, 10 minit sahaja mungkin...'
Lalu ditadabbur surah Al-Asr, ayat satu hingga tiga. Mungkin disebabkan bahasa Indonesia yang digunakannya, yang selalu sahaja menghiasi kaca2 televisyen masa kini, hati seolah2 terkesan dengan setiap bait2 yang dituturkan. Demi Allah dia memiliki suara yang begitu merdu, terutama apabila suara itu digunakan untuk membaca kalamullah, terasa ayat itu dekat dengan hati.
Sebelum menutup kalam bicaranya malam itu, beliau mengkhabarkan dirinya datang dari Maahad Lambung, maahad untuk kanak2 menghafaz Al Quran. Rupanya beliau adalah salah seorang pendidik di maahad tersebut, bukan pelajar seperti yang ku sangka sebelum ini.
'Datang jauh dari sana, adalah satu perjuangan..Memasak sendiri seorang diri di sini, adalah satu perjuangan..Saya baru sahaja menikah pada 16.7 lalu, seterusnya meninggalkan isteri di sana, juga merupakan satu perjuangan..'
Para makmum kelihatan tertanya2, aku sendiri terkejut sebenarnya dengan kenyataan itu..'Masakan dia sudah berkahwin? Yang sebetulnya berapa umur beliau? Bermacam2 soalan bermain di fikiran, maknanya tak sampai seminggu kahwin dah tinggal isteri datang ke Malaysia untuk jadi imam? Andai benar begitu, masyaAllah hebat sungguh pemuda ini..
'Umurnya baru mencecah 24..Makanan berbuka semuanya dimasak sendiri..hulurlah ayam panggang pun, dia hanya menggeleng kepala, dan tetap dengan masakannya iaitu nasi berlaukkan tempe cicah budu..'
Subhanallah, hati bertasbih seketika mendengarkan kisah tentang imam muda itu yang diceritakan oleh imam Masjid Chekok. Wajahnya yang bercahaya dan begitu menenangkan bagi setiap yang memandang, menimbulkan kekaguman tersendiri.
Aku sendiri tidak pasti sekuat itukah aku untuk berjuang di jalan Allah, dalam membebaskan jahiliyah moden yang sedang membelenggu anak2 muda masa kini. Meninggalkan isteri dalam usia perkahwinan yang tidak sampai seminggu itu adalah satu anugerah Allah yang hanya diberi kepada mereka yang terpilih.
Ya beliau datang jauh dari seberang sana, demi mencari peruntukan untuk membesarkan maahad tahfiznya, lalu kepulangannya dinantikan oleh anak2 Indonesia. Anak2 yang bakal bergelar hafiz dan hafizah, seterusnya menyinari ummah dengan nur Al-Quran yang memberkati.
Penting jugak sebenarnya pengaruh isteri dalam hal ini. Andai isteri jenis yang berkira, ku kira untuk membuat kebajikan dengan cara bersedekah begini pasti mendapat sedikit 'tentangan'. Alangkah indahnya rumah tangga itu, bila mana suami mahu melakukan amal jariyah, si isteri lalu menyatakan 'Awak, tambahlah lagi..kalau tak cukup kita kurangkan perbelanjaan bulan ni, kita kurangkan jalan2, yang penting masjid tu perlu dibesarkan dengan kadar segera..'
Wallahua'lam...

*********
Cuti kali ini penuh dengan kelainan, berbeza dari yang biasa. Alhamdulillah syukur bagi Allah, sungguh aku dapat merasakan kebahagiaan tatkala menemui mereka2 yang hebat itu. Kalau sebelum ini di Mesir muamalat ku banyak bersama mahasiswa dan ustaz2, walau mereka semuanya pemimpin2 pelajar namun masih lagi bergelar mahasiswa.
Dan kini muamalat dengan golongan berbeza banyak mengajar pengalaman2 yang mengesankan. Bertemu dan bermensyuarat dengan pakar2 perubatan, wakil2 rakyat, ketua2 kampung dan ajk2 masjid rupanya satu pembelajaran yang ku kira satu nikmat dari Allah. Cara bercakapnya lain, mereka juga bergurau tapi bergurau cara orang tua.
Ada yang ku lihat akhlaknya sangat baik, begitu pemurah. Seorang ajk masjid, sudah berumur sanggup menanggung perbelanjaan berbuka puasa bagi mahasiswa perubatan di Mesir yang seramai 120 orang. Apabila ku khabarkan pada ayahanda, lalu ayah memuji sifat pemurahnya itu. Benar, mugkin dia orang kaya, tapi ramai mana orang kaya sekarang yang sanggup bersedekah RM50 kepada masjid, bagi orang2 bakhil jumlah itu terlalu besar.
Penting jugak sebenarnya pengaruh isteri dalam hal ini. Andai isteri jenis yang berkira, ku kira untuk membuat kebajikan dengan cara bersedekah begini pasti mendapat sedikit 'tentangan'. Alangkah indahnya rumah tangga itu, bila mana suami mahu melakukan amal jariyah, si isteri lalu menyatakan 'Awak, tambahlah lagi..kalau tak cukup kita kurangkan perbelanjaan bulan ni, kita kurangkan jalan2, yang penting masjid tu perlu dibesarkan dengan kadar segera..'
Wallahua'lam...
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق