الاثنين، 2 يوليو 2012

Menanti Kehadiran Ramadhan

Dalam menghitung hari utk pulang ke Malaysia, terselit sedikit kesayuan di hati.. Bagaikan tak sanggup meninggalkan Mesir walaupun untuk seketika..Demi Allah semakin hari cinta kepada bumi anbiya' ini semakin mekar..Apatah kini setelah naiknya pemimpin baru Mesir Dr Mursi, perasaan cinta itu semakin membesar..

Kalau dulu kami takut untuk menyebut perkataan 'Palestin' pun (kerana undang2 darurat), kini kami sudah berani berdebat depan2 betapa Palestin akan dibebaskan tidak lama lagi..bahawa Israel akan dikalahkan sedikit masa lagi, dan pemimpin perjuangan itu adalah Dr Mursi sendiri!

Teringat masa first year dulu, masa tu solat asar di Masjid Ammar ibn Yassir..Bangkit dari sujud, duduk antara sujud, tiba2 terasa orang di sebelah tersentak, menggeletar..tapi dia masih meneruskan solat..Selesai memberi salam terus dia berlari keluar seolah2 mencari sesuatu.. Seorang demi seorang arab mengerumuninya, sambil mata melilau2 melihat sekeliling..


Patutlah dia tersentak masa tengah solat, rupa2nya handphone dan walletnya dicuri orang..Dia sedar benda tu, tapi mungkin perasaan takut kepada Allah lebih besar membuatkan dia tidak sanggup menghentikan solat fardhu itu..Kalau kita sendiri, entah2 dah berlari kejar pencuri tu..Yelah nampak kan dia mencuri, insyaAllah memang dapat la kalau kejar terus..Tapi dia tidak, dia selesaikan dulu solatnya..


Itulah yang kadang2 membuatkan diri kagum dengan orang Mesir, ibadah mereka mengagumkan.. Bak kata JKK Alex iaitu Naza Indoro 'Aplikasi ibadah yg maksimum didlm kehidupan mereka amatlah hebat..apabila mengimbau kenangan smasa 1st year, pernah di tarik oleh seorg lelaki arab yg memakai rantai di tengkuk dan menyuruh utk rapat kaki & luruskan saf.. terkesima diam seribu bahse..'


Alhamdulillah, mungkin tahun lepas Allah izinkan aku melihat sendiri bagaimana ramadhan di Mesir dan haramain (Makkah dan Madinah) supaya mengambil iktibar bagaimana sepatutnya ramadhan itu dijalani..Ia bukanlah seperti di Malaysia, setiap petang semua orang berkerumun di bazar ramadhan memburu juadah berbuka..Tidak itu semua tiada dan tidak penting pun! Di sini tiada bazar ramadhan, tiada ayam madu, kuih muih dan juadah2 yg istimewa..

Pasar hanya berjalan seperti biasa, tiada khemah2 yg baru dinaikkan..kerana mereka tidak menunggu waktu berbuka sebaliknya yg dinanti ialah solat terawih berjemaah dan membaca Al Quran sebanyaknya.. Sebab itulah lepas maghrib je mereka dah mula memenuhi masjid..

'Kita terlalu mengejar kesempurnaan ketika berbuka puasa, sedangkan rahmat Allah yg sepatutnya direbut itu kita tak ambil peduli pun..'


Menjelang 3 minggu sebelum ramadhan, kanak2 mereka sudah sibuk menghias jalan2 dengan reben2 dan hiasan yg mengindahkan.. Rumah kami sendiri sudah beberapa kali diketuk oleh kanak2 arab dan mintak duit, katanya 'zina' berulang kali..Pening aku dibuatnya apa zina ni, takkan ada orang berzina.. Tanya Mori, oh zinah ke (hiasan) Ustaz Akli pernah sebut dulu..

19 tahun di malaysia, dan 1 tahun menyambut ramadhan di Mesir, dengan penuh yakin aku mengatakan solat terawih di sini jauh lebih terasa auranya.. Bukan setakat masjid yang melimpah ke luar, solat di atas jalan2 raya, berbaris panjang sehingga banyak jalan ditutup, bahkan makmumnya sangat baik hati..mereka mengagih2kan air percuma kpd makmum di sepanjang jalan..

Imam dan makmum yang sama2 kuat penghayatan mereka terhadap makna bacaan Al-Quran.. Terutama bila sampai part doa qunut dalam rakaat terakhir, masyaAllah seolah2 bergema bumi Iskandariah dengan tangisan mereka mengaminkan doa imam dalam keadaan janggut masing2 dibasahi air mata..

(Kami dalam musim imtihan, tolong doakan kami..Kalau Allah izinkan, maka inilah exam final kami yg terakhir sebelum menjejak kaki ke klinikal year tahun depan..Dan dalam fatrah beginilah berita2 perkahwinan itu selalu sampai..Alhamdulillah semakin ramai yang bermotivasi untuk kahwin muda, semoga segalanya dipermudahkan dari awal hingga ke akhir..Kahwin itu menyempurnakan separuh agama, kan.. ^_^)



هناك 4 تعليقات:

  1. seronok ada pengalaman berpuasa di negara orang ye..

    ردحذف
  2. alhamdulillah besar nikmat Allah..
    smga sgla yg dipertontonkan ada manfaatnya

    ردحذف
  3. bittaufik wannajah fil imtihan :) score mumtaz ag tahun ni! aminn

    ردحذف
  4. ameen ya rabb..syukran atas doanya..
    juga doakn semua org

    ردحذف