Manusia yang bermanfaat, sesiapa mendekati pasti akan tercuri hatinya.. Keramahannya benar-benar menjadi penyejuk hati yang sedang membara. Sekiranya orang berakhlak mulia ini tiada, maka sesiapa pun akan merasa kehilangan, akan merasa sesuatu yang kosong di rongga kalbu. Itulah insan berakhlak- seseorang yang hadirnya dinanti, perginya dirindui..
Hebatkan orang itu, aku percaya semua orang yg waras dalam hatinya ingin menjadi begitu..Siapa yg tak nak, disayangi oleh semua orang..Pernah sekali aku berjalan dengan Syeikh Mohammed Hamed, dan terlihat seorang pemuda sedang bergurau dengan anak kecil..Lalu syeikh membacakan sepotong hadis 'Kasihilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan mengasihi kalian..
Kadang2 kita perlu menyembunyikan gelisah di hati demi menghadirkan senyuman ikhlas kepada orang sekeliling.. Masalah tidak akan menemui titik noktahnya, ia akan berulang dan terus berulang..Namun saat masalah itu berkecamuk di fikiran mampukah kita menzahirkan budi pekerti yang mulia pada sahabat sekeliling..Atau di saat itu terus keluar sifat sebenar yg selama ini tertutup..bermasam muka, jawab soalan acuh tak acuh bahkan cakap tak pandang muka pun..
Mungkin benar, kadang2 dia datang time yang kita tak selesa utk menerima perbualan, tapi sahabat itu manusia kan..maka sekurang2nya biarlah layanan itu selayak yang dterima oleh seorang sahabat, bukan layanan utk seorang musuh.. Teringat masa Form 1 dulu di MRSM Kota Putra, masa tu tengah belajar tentang penjajahan melaka, macam2 strategi dirancang utk dapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis dan Belanda..
Kemudian cikgu sebut, 'Dalam hidup ni, jaga betul2 apa yang dalam genggaman kita..Sekali ia terlepas, mungkin itulah kali terakhir kita merasakannya dalam genggaman..'
Begitu juga dalam persahabatan, akhlak perlu dijaga..Kadang2 kita langsung tak kisah bila kawan terasa dengan kita, 'Ah biarlah dulu, nanti 2 3 hari datang balik cari aku..' Itulah yang selalu berlaku, dan kita terlupa hati sahabat itu ialah hati seorang insan..Andai kata, itulah kali terakhir dia mendatangi kita, itulah kali terakhir kita melihat dia menjejakkan kaki ke bilik kita, saat itu mungkin baru kita sedar betapa berharganya sebuah persahabatan..betapa mahalnya harga yg perlu dibayar untuk mengembalikan sebuah persahabatan yang terurai..
'Tak boleh la, aku memang macam ni..nak exam je jadi malas nak jumpa orang..'
'Aku dengan kau je macam ni, dengan orang lain aku baik..'
Pandai kan kita mencipta alasan, seolah2 kita bersahabat dengannya hanya untuk mengisi kesunyian.. Langsung tak menghargai persahabatan yang kononnya dibina kerana Allah.. Itu baru persahabatan, bagaimana nanti di alam rumahtangga.. Adakah kita akan menjauhkan diri daripada isteri setiap kali tibanya imtihan, nak ambil PhD contohnya..
Saat itu adakah kita akan mengatakan perkara yang sama 'Abang memang macam ni bila time exam, awak tak payah ganggu saya ye..nak dok sorang2..' Kita kena ingat, sebelum menjalani rumah tangga bahagia, terlebih dahulu kena betulkan persahabatan dengan sahabat2, housemate dan semua orang..Kerana perkahwinan itu adalah reflex kepada kehidupan masa kita bujang, awal2 perkahwinan je baik macam malaikat kemudian akan kembali seperti sediakala..
Maka nak tak nak kita kena jadikan diri kita 'baik semulajadi', baik seperti Rasullullah, bukan baik yang dibuat2.. Kerana kita manusia, kerana kita sedar kawan kita juga manusia..maka hargailah perasaan dia sebelum terlambat.. Untuk diri kita juga sebenarnya, dalam perjalanan menjadi insan yang hadirnya dinanti, perginya dirindui.. InsyaAllah, doakan semua orang..

Akhlak itu bukan lalang,
Tumbuh sendiri di tanah lapang,
Tak perlu baja tak perlu dijaga,
Naik sendiri tumbuhnya melata..
-Ustaz Hasrizal-

Insya ALLAh ...semoga kita menjadi seseorang yang hadirnya dinanti, perginya dirindui..
ردحذفameen..dan sebaik2 ikutan utk itu ialah baginda Rasullullah SAW..
ردحذفjazakallah khair
jika tertulis saya ditinggalkan sahabat tanpa diketahui apa silap saya, saya rela undur diri.. tetapi ikhlas dari hati saya, saya tidak pernah membenci dia
ردحذف