الأحد، 22 يوليو 2012

Ramadhan Itu Perjuangan

Seolah2 sedang melalui terowong masa yang mencepatkan, berlalu pantas meninggalkan insan yang terleka. Namun begitulah lumrah insaniah di dunia, segala2 tidak akan sedari sehinggalah sesuatu yg berharga itu beransur pergi.

Tanpa disedari, kini sudah separuh jalan telah dijalani dalam perjalanan mengejar cita2 bergelar seorang doctor.

Harapan yang tergalas di bahu masing2 yang suatu ketika dahulu dirasakan terlalu berat, kini secara tidak sedar ia telah pun dijalani. Mengenangkan zaman kanak2 dan remaja dulu, Allah terasa jauh dengan dunia kini.

Zaman kanak2 yang penuh lumpur dan mandi sungai, masuk hutan kadang kala, kemudian Allah asingkan dunia itu dengan memasukkan diri ke asrama penuh seterusnya ke Mesir. Perjalanan iman itu terlalu panjang, bermacam2 peristiwa Allah hadirkan di depan mata lalu menzahirkan antara kebenaran dan kebatilan, kezaliman dan keadilan.

Pejuang Pembebasan Syria sedang menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa di Syria yang jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai. Walaupun sekadar kurma dan air sejuk,ia sudah memadai. Kita perjuang Islam disini???

Tarbiyah yang hebat bukan sekadar diperoleh melalui usrah2 berpanjangan melainkan ia juga menuntut perjuangan menentang kezaliman, perjuangan meninggikan kalimah Allah di muka bumi.

Sangat rugi kan kita hanya melihat dari jauh orang2 bermandi peluh dan mengalirkan air mata darah tatkala berjuang demi menegakkan Islam dan keadilan, tanpa kita turut serta dalam perjuangan itu. Apa, selepas Islam menang barulah kita ingin datang menyahut seruan Islam untuk berjuang? Ruginya kita saat itu, kerugian yang bersangatan..

Kini berada di rumah ayahanda tercinta di Kota Bharu, terlalu banyak perubahan sedang berlaku, perubahan positif dan negative. Seronok melihat di masjid dan surau yang semakin ramai dihadiri orang2 muda. Tidak sangka masjid yang dahulunya hanya dipenuhi dengan orang2 tua, kini tidak terbilang lagi muka2 baru turut memenuhinya.

Beberapa jam sebelum azan maghrib pertama dalam bulan ramadhan, masih ramai yang berpeleseran memakai seluar pendek dan bersuka ria. Hati lelah untuk bersangka baik, mereka semua suami isteri ni, semua da kawen neh. 

'Kalau tak rasa sesuatu di hati, tak rasa berdebar ataupun bergembira dengan kedatangan ramadhan, check balik hati tu..dah kotor sangat dah tu..’
-khatib solat jumaah-

nikmat air setitik..

Satu lagi perkembangan positif yg ku kira akan menguntungkan ummah untuk suatu jangka masa panjang ialah ramainya kanak2 yang memenuhi masjid biarpun mereka berlari berkejaran. Aku ingin negara ini menjadi seperti Mesir yang walaupun ekonominya biasa2, namun ibadah mereka sgt menggetarkan hati kita orang Malaysia.

Dan ku kira antara asbab kepada kehebatan ibadah itu ialah kerana pada waktu kecil mereka selalu mendampingi masjid2 yang sangat banyak di Mesir. Mereka juga main2, tapi ibu bapa mereka tidak pula marah, hanya mengisyaratkan dengan jari supaya diam. Itulah kenapa jiwa mereka rapat dengan masjid dan kesannya dapat dilihat apabila bila mereka dewasa, masjid tetap menjadi kunjungan walau masing2 memakai jeans dan baju ketat2.

Apabila membuka internet melihat dunia luar, sungguh hati ingin menangis melihat setiap image2 terpapar. Kenapa mereka terlalu zalim terhadap umat Islam, mungkinkah mereka adalah syaitan bertopeng manusia yang ingin menghancurkan terus kalimah Allah di muka bumi..syaitan yang sebenar2 syaitan, kami mengisytiharkan perang terhadapmu!

Dan kita orang muda di Malaysia masih terlena dibuai kenikmatan hidup yang menyesatkan. Ketika dalam flight pulang ke Malaysia dari Doha, ditakdirkan duduk bersebelahan satu keluarga melayu yang bekerja di Doha. Bersama2 anak2 yg masih kecil, banyak bercerita tentang itu ini. Kemewahan keluarganya terpamer apabila si cilik yang hanya berumur setahun lebih sudah mempunyai iPad sendiri.

tak tau kenapa rasa kucing ni macho sgt..

MasyaAllah diri yang sudah berumur lebih 20 tahun ini pun tidak mampu memilikinya, barangkali kewangan keluarganya begitu hebat. Namun kemewahan itu dibayar dengan harga yang cukup mahal apabila melihatkan kondisi keluarganya, sang ibu yang tidak menutup aurat, anak lelaki berumur 14 tahun yang hanya berseluar pendek sepanjang perjalanan, bercakap melayu pun pelat.

Hati beristighfar beberapa kali menyaksikan senario itu. Takut, berdebar. Mampukah suatu hari nanti aku memimpin keluarga menuju jannahNya yang terlalu indah itu, atau mungkinkah aku juga kan tertewas dengan kenikmatan dunia ini, nauzubillahi min zalik.

Sungguh segalanya memerlukan perancangan dan usaha2 agama yang bersungguh2. Walau pundak berat menanggung, akan ku cuba sedaya demi memastikan keindahan Islam tersemat kemas di dada isteri dan anak2.

Syurga Allah itu terlalu indah kan, maka ia juga menuntut mujahadah setinggi langit seteguh gunung. Ingin sekali aku menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf, segala kemewahan dunia yang dimilikinya justeru digunakan sebaik mungkin demi menggapai redha Yang Esa.

(Perjuangan tidak akan berakhir di sini, demi Allah ia tidak akan berhenti sehinggalah nyawa berpisah dari jasad. Kini bergelar seorang mahasiswa, andai segalanya berjalan lancar insyaAllah tiga tahun lagi akan menggalas cabaran sebagai seorang doktor pula.. Tapi melihatkan dunia Malaysia, semakin berkobar2 rasa di hati, perjuangan memulihkan ummah akan diteruskan! )

هناك تعليقان (2):

  1. assalam.. nak tanya sikit bagaimana pembahagian masa untuk khatam satu al-quran bulan ramadhan ni?? banyak nk study dan tulis kerja.. hari biasa pun smpt baca quran berapa page je..huhu. minta perkongsian pbahagian masa jzkk

    ردحذف
  2. ‎1 juzuk al-Quran 20 muka surat. Sehari lepas atau sebelum solat 5 waktu baca 4-5 muka surat. Kalau istiqomah, insyaAllah ^_^ 30 hari boleh khatam. Jom baca Quran

    ردحذف