الأحد، 26 أغسطس 2012

Perginya Kekasihku Ramadhan

Saat ramadhan sudah tiba ke kemuncaknya, betapa ramai mata-mata yang menangisi pemergian itu. Oh kekasih, takut rasanya mengenangkan peristiwa yang bakal terjadi, benarkah hakikat itu? Saat hati baru sahaja menguntum bahagia meraikan hadirmu, kini engkau nyatakan perpisahan akan terjadi lagi, Oh kekasih, andai engkau mengetahui betapa hati ini bergolak setiap kali mengenangkan detik kesedihan yang berlaku.

Kini adakah lagi bahagian untukku wahai sang kekasih. Bimbang, takut, gugup engkau tidak akan kembali lagi padaku. Tidak, engkau akan kembali, dan pasti kembali. Namun adakah aku masih ada untuk menyambutmu saat itu. Allah tolong aku ya Allah, aku pasti merinduinya.

Saksikanlah oleh mu wahai kekasih, kerosakan pemuda pemudi Islam yang sangat membimbangkan. Pernah aku bertanya pada seorang sahabat 'Apalagi yang bisa kita lakukan untuk memulihkan segala2nya..di saat pemerintah sekarang yang semakin hari semakin menjauhkan masyarakat dari agama..'

Tahukah kamu kekasihku, ada satu peristiwa yang berlaku dalam ramadhan ini, yang kedengarannya seperti lucu namun sebenarnya satu bahana kepada masyarakat. Dan semua ini berlaku atas satu alasan iaitu KEJAHILAN.


Ianya berlaku pada waktu Zohor, masa tu ada beberapa orang tua dan pemuda. Selesai iqamah, makmum saling memandang antara satu sama lain, tidak tahu siapakah yg harus ke depan. Yang muda berharap orang tualah yang lebih mengimamkan solat jemaah, manakala mereka menolak2 orang muda.

Di situ ada seorang pemuda yang berumur lebih kurang 20an, dan orang tempatan yang mengenali meminta dia menjadi imam. Kemudian seorang yang tua berkata 'Takkan dia nak jadi imam, dia tak pakai kain pelikat..pakai seluar je tu..'

Aku yang kebetulan berada di situ, huhu tercuit hati seketika. Terfikir2 sampai sekarang apakah salahnya memakai seluar?

'Boleh ke pegang Quran masa solat terawih? Tak batal ke..'
'Kau mana boleh pakai jubah, tak pernah pergi Makkah..Dia takpe la, dah banyak kali buat umrah..'

Oh kekasihku masyarakat sekarang sudah tidak pandai membezakan yang manakah rukun dan sunat, ibadah dan adat. Andai perkara asas pun masih terkial2, patutlah anak2 kecil makin jahil agama. Ermm sekali lagi, terfikir..susah juga jadi bapa ye..

Agak-agak faham tak maksud ayat kat atas???

Belum lagi mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan, terlebih dahulu terpaksa mengucapkannya kepada imam muda Masjid Chekok yang pernah ku ceritakan sebelum ini, perihal kehebatan perjuangan pemuda itu. Dalam diam hati ini mengaguminya, dan saat diumumkan dia akan berangkat pulang ke Indonesia keesokan harinya, entah kenapa hati seolah-olah tak mengizinkan ia berlaku.

Bagiku dia terlalu hebat, keikhlasannya terpamer di setiap baris kata-kata yang disusun elok dan penuh pengajaran. Suara emas yang digunakan untuk mengalunkan kalamullah, masyaAllah sangat mengetuk hati-hati lalu menangis di hadapan Allah di saat insan lain sedang beradu lena.

'Setiap duit yang didermakan padanya, kesemuanya disedekahkan kepada maahad tahfiz di sana..tidak diambil walau satu rupiah untuk kegunaan dia dan isteri..'

Bukan hanya aku, bahkan ayah dan abang turut merasakan pemergian pejuang agama itu. Ayah berulang kali mengingatkan untuk bangun qiamullail, kerana mungkin itulah qiamullail terakhir kami bersama dengan Syeikh Ibnu Khaldun. Mungkin juga tidak keterlaluan aku katakan itulah kali pertama aku berasa begitu tersentuh saat melepaskan seorang imam terawih di masjid kampung ini.

*********

Pemandangan paling indah di dunia hanyalah di sini..dan perasaan paling indah ialah
saat mengucup hajar aswad, terasa hilang segala kesesakan dunia..

Tahukah kalian apa itu bomoh? Pernahkah kalian mendatangi bomoh? Sungguh, perkara syirik itu masih berleluasa dalam masyarakat kini. Aku didatangi seorang pak cik bersama isterinya, membawa dua botol air. 'Dik, tolong buat solat hajat untuk anak pak cik, dua orang menagih dadah..' Allah, bahana itu lagi..Ya insyaAllah sy akan buat tapi kenapa bawa air sekali, sy bukan bomoh, tak pandai nak buat air tawar.

'Sebelum ni dah banyak kali jumpa bomoh, di Ganu la banyak, Kelantan ada jugak. Bomoh cakap ada jin dalam badan isteri pak cik ni, hari tu dia nampak taring bila tengok gambar isteri pak cik..' Allah hati ini mula berburuk sangka kepada bomoh itu. Teringat sabda kekasih agung Saidina Muhammad “Barang siapa yang mendatangi Al-’Arraf (dukun), lalu dia bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu kemudian dia membenarkannya, maka tidak akan diterima solat orang tersebut selama 40 hari” 

Demi mendengarkan kisah hidup pak cik itu, mana-mana hati nan waras pasti basah, betapa getir hidup sepasang insan tua. Mungkin anak itu selayaknya digelar anak derhaka. Bertahun-tahun lamanya mereka hidup dalam ketakutan, takut kepada anak kandung sendiri! Mana tidaknya, setiap hari hanya makian yang diterima, meminta wang malah segala harta telah dijual. Motor dan kereta telah digadai, tiada lagi yang tinggal dalam rumah melainkan barang2 yang tidak laku.


Allahuakbar, hati ini bergetar 'Dia pernah terajang mak dia sebab minta rantai yang sedang dipakai, pernah mengeluarkan pisau..' Cukup pak cik, kalau diteruskan lagi mungkin lebih banyak mata yang akan menangis. Mungkin inilah sebabnya, penderitaan dahsyat yang dialaminya telah menjadikan segala pendiriannya berubah, membuatkan dia senang percaya kepada cakap orang.

Sebetulnya aku kenal pak cik itu sejak kecil. Dahulu cakapnya berlapikkan agama, kata2 nasihat selalu meniti di bibir tua itu. Namun kini, aku memohon kepada Allah, semoga Allah ampunkan khilafnya. Sahabat2, aku tidak kenal rapat pak cik itu, namun aku kasih kepadanya, setiap kali keseorangan pasti aku mendoakan anak2 dan keluarganya. Tolonglah dia, tolong sama2 berdoa kepada Allah. Mana tahu Allah kasihkan kalian, lalu menerima doa itu. Jazakumullah khairan kathira.

(Berapa lama blog tidak ter'update' lantaran kelalaian sendiri yang meninggalkan laptop nun jauh dari rumah. Hati ingin menulis, ya menulis apa sahaja. Tempoh ini mengajarku sesuatu, yang tidak ku sedari sebelum ini, aku suka menulis. Walaupun tidak pandai tapi biarlah, ada kepuasan di hujungnya, semoga Allah menerima ini sebagai amal soleh. Kita tidak tahukan amal mana yang Allah akan terima dari kita...Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق