Saban hari diri melakukan maksiat, namun bertaubat tidak sekerap itu bahkan detik mengingat Allah sangat jarang. Kadang kala terfikir, mampukah untuk tiba ke penghujung nyawa dalam keadaan tersenyum bahagia? Tarbiyah, ya tarbiyah! Aku memerlukannya bagi menjamin istiqomah ibadahku, menjaga hati dari dimasuki debu jahiliyah. Tapi di mana harus ku cari tarbiyah? Aku berjalan ke masjid-masjid, ku lihat di dalamnya ada majlis ilmu, aku masuk dan ikut mendengar. Inikah tarbiyah?
Aku pulang ke rumah sewa, dari kejauhan aku mendengar sesuatu sedang dimainkan, kedengarannya seperti ceramah. Oh housemateku ini sangat meminati Ustaz Azhar Idrus, aku juga duduk mendengarnya. Selepas satu link, satu lagi ditekannya. Sepertinya sudah habis ceramah UAI di youtube sudah ditonton sahabatku ini. Patutlah ku lihat bahasa percakapan hariannya makin hari makin berubah, huhu nak jadi menantu UAI kot.
Aku berjalan ke bilik, seketika ku melintas bilik housemateku yang lain, dia sedang bersiap-siap untuk keluar. 'Ha pengarah takde, habis sape conduct meeting? Adoi susah la macam ni, seminar tak lama lagi, sedangkan tempat pun sampai sekarang masih takde kata putus..ok syukran syeikh, assalamualaikum..' Aku mencuri dengar perbualannya dari corong telefon.
Aku tidak menegurnya, tidak mahu mengganggu lantaran mendengar percakapan yang tergesa-gesa itu, sepertinya dia sudah terlewat. Begitulah sahabatku yang ini, hari-harinya diisi dengan meeting dan berprogram. Seorang yang busy, ingin menjadi perdana menteri barangkali huhu.
Aku tiba di bilik, termenung sendirian. Di manakah dia tarbiyah yang ku cari, aku tidak ingin begini, hidupku terasa kosong. Dahulu, aku pernah didatangi seorang senior yang kelihatannya begitu mengambil berat akan daku, kadang-kadang membelanjaku makan malam. Kemuncaknya dia mengajakku menyertai satu halaqah, bersama beberapa lagi sahabatku yang seangkatan dan sama batch.
Awalnya, kami bertaaruf dan bercerita itu ini, kemudian disudahi dengan makan-makan. Entah kenapa, aku tidak suka halaqah begini. Lalu itulah kali terakhir aku datang ke usrah itu, dan itulah juga kali terakhir senior menghubungiku. Kemudiannya setiap kali ada yang mendatangiku mengajakku menyertai usrah, 'Takpelah abang, saya ada hal la malam ni..sorry..'
Aku pasti mengelak, dan terus mengelak sehingga ke hari ini. Namun sekarang, sesuatu sedang bermain di fikiranku, adakah melalui usrah adanya tarbiyah?
Aku memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk, kerana sesungguhnya aku tahu Dia sedang memerhatikan 'kepeninganku' ini. Sehinggalah suatu hari, Dia menghantar seorang sahabat lama padaku, lalu menghuraikan satu persatu persoalan yang kian membengkak di kepalaku ini.
'Ramai orang nak sertai jemaah..tapi tidak ramai yang memilih jemaah yang benar-benar terbaik untuk dirinya..'
Oh jemaah perlu dipilih ke, bukan ke kita tunggu je orang datang cari kita, lepas tu ikut je la..
'Ketika engkau memilih calon isteri, adakah engkau hanya memilih mengikut apa yang ada di hadapanmu? Pasti tidak semudah itu kan, kerana isteri akan menemanimu sepanjang hidup. Begitu juga usrah atau jemaah, ia akan bersamamu sehingga ke alam universiti, alam pekerjaan dan alam rumahtangga. Bahkan mungkin lebih berat, kerana kadang kala usrah itu sangat mempengaruhi cara engkau berfikir dan cara memandang kepada politik..'
Biar betul mamat ni, takkan serius sampai macam tu sekali. Lagipun aku nak join usrah sebab senang nak dapatkan tarbiyah je, lepas kahwin dah ada anak isteri mesti dah lupa dah usrah2 ni. Hehe usrah bersama keluarga mesti lagi best.. Eh kejap2, apa kaitan usrah dengan cara kita berfikir, fikir apa, lagi cepat matangkah?
'Ada jemaah atau usrah yang mendidik ahlinya untuk menjadi seorang hamba Allah..Dari bangun tidur sehinggalah kita pejam mata semula, segala-galanya adalah tarbiyah untuk dirimu..Dan ada jemaah yang mendidik ahlinya untuk menjadi hamba Allah yang berjuang. Di dalam usrah, dibekalkan semangat dan pedoman lalu keluarnya mereka dari usrah, mereka menjadi hamba yang meninggikan agama Allah, menentang kezaliman yang berleluasa..'
Ermm makin banyak aku dengar makin luas pula jalan jemaah ini, tak semudah yang disangka. Kenapa sebelum ni senior2 tak pernah cerita pun mende-mende ni? Ok sekarang aku makin pening, boleh tak hang bagi jalan keluar kat aku, cakap jemaah mana yang aku kena ikut, aku nak jemaah yang paling betul.
'Engkau isktikharahlah kepada Yang Maha Mengetahui, mintak Dia tolong. Berapa ramai kawan kita yang main ikut-ikut, tak tanya Dia dulu sebelum pilih jemaah, akhirnya entah ke mana. Ingat, jangan pilih jemaah sebab kawan, jangan pilih sebab awek, or sebab jemaah tu ramai perempuan tudung labuh, jangan sekali-kali jangan.. Bila niat awal kau dah salah, insyaAllah Dia akan pertemukan kau dengan jemaah yang salah. So kesimpulannya, istikharah dulu kawan ye..'
Err, ada jugak ke jemaah yang salah?
'Untuk sesetengah orang, usrah A lebih sesuai untuknya, kerana melihatkan akhlaknya yang baru berjinak2 dengan Islam, aurat pun tak tutup betul lagi, tarbiyah usrah A lagi sesuai..Tapi untuk orang jenis lain pula, mungkin usrah B lebih sesuai. Dalam dirinya sudah ada fikrah Islam, latar belakang keluarga pula kuat Islam, melihatkan faktor2 itu maka tarbiyah usrah B lagi sesuai untuknya.. Maka nak tak nak, istikharah dulu ya, kerana Dia lebih tahu jiwamu berhak duduk di jemaah yang mana..'
Tapi macam mana dengan usrah yang aku pernah pergi sebelum ni, depa asyik dok ngata kat jemaah orang je,kata jemaah Islam tapi dok ngata itu ini, aku dah jadi buruk sangka dah kat semua.
'Bersangka baiklah..Aku sendiri ada tidak bersetuju dengan dasar sesetengah jemaah dan cara pemimpin mereka komen jemaah lain, tapi biarlah, mereka saudara kita kan..Paling tidak, anggaplah dalam hatimu bahawa semua orang yang menyertai jemaah pasti ada niat dalam hati mereka untuk menyumbang kepada Islam..So, apa yang perlu engkau pamerkan kepada mereka ialah akhlak yang baik, kerana ukhwah sesama Islam mengatasi perbezaan fikrah..'
(Cukuplah dahulu, rasanya masih banyak yang ingin ku nukilkan, tapi aku tahu kamu semua lebih berilmu dariku perihal jemaah..dan tulisan ini mungkin tulisan paling panjang yang pernah ada dalam bog ini..Ia sekadar menjawab sedikit persoalan yang ditimbulkan sahabatku ketika bertemu tempoh hari, dalam pencariannya mencari jemaah Islam..
Aku tidak menawarkan mana2 jemaah padanya, atau mempromosikan, kerana sejujurnya aku tidak bersetuju dengan sesetengah jemaah yang menarik2 orang seperti itu, cukuplah aku memperkenalkan Islam dan akhlak Islam, soal jemaah bukan soal pertama.. Ingatlah, kepuasan dan ketenangan itu milik Yang Esa, dipinjamkan kpd mana2 hati yang dipilihNya, oleh itu tanyalah kepada Dia terlebih dahulu..
Wallahua'lam)

Sedang dalam perjalanan mengkhatamkannya, seolah2 sedang membaca buku agama yang mengisahkan kehidupan, Islam dan pembelaan wanita.. |
Ermm makin banyak aku dengar makin luas pula jalan jemaah ini, tak semudah yang disangka. Kenapa sebelum ni senior2 tak pernah cerita pun mende-mende ni? Ok sekarang aku makin pening, boleh tak hang bagi jalan keluar kat aku, cakap jemaah mana yang aku kena ikut, aku nak jemaah yang paling betul.
'Engkau isktikharahlah kepada Yang Maha Mengetahui, mintak Dia tolong. Berapa ramai kawan kita yang main ikut-ikut, tak tanya Dia dulu sebelum pilih jemaah, akhirnya entah ke mana. Ingat, jangan pilih jemaah sebab kawan, jangan pilih sebab awek, or sebab jemaah tu ramai perempuan tudung labuh, jangan sekali-kali jangan.. Bila niat awal kau dah salah, insyaAllah Dia akan pertemukan kau dengan jemaah yang salah. So kesimpulannya, istikharah dulu kawan ye..'
Err, ada jugak ke jemaah yang salah?
'Untuk sesetengah orang, usrah A lebih sesuai untuknya, kerana melihatkan akhlaknya yang baru berjinak2 dengan Islam, aurat pun tak tutup betul lagi, tarbiyah usrah A lagi sesuai..Tapi untuk orang jenis lain pula, mungkin usrah B lebih sesuai. Dalam dirinya sudah ada fikrah Islam, latar belakang keluarga pula kuat Islam, melihatkan faktor2 itu maka tarbiyah usrah B lagi sesuai untuknya.. Maka nak tak nak, istikharah dulu ya, kerana Dia lebih tahu jiwamu berhak duduk di jemaah yang mana..'
Hati terbakar melihat foto ini. Kemudian disejukkan dengan janji2 Allah serta pembalasan yang paling menyakitkan di sana nanti.. |
Tapi macam mana dengan usrah yang aku pernah pergi sebelum ni, depa asyik dok ngata kat jemaah orang je,kata jemaah Islam tapi dok ngata itu ini, aku dah jadi buruk sangka dah kat semua.
'Bersangka baiklah..Aku sendiri ada tidak bersetuju dengan dasar sesetengah jemaah dan cara pemimpin mereka komen jemaah lain, tapi biarlah, mereka saudara kita kan..Paling tidak, anggaplah dalam hatimu bahawa semua orang yang menyertai jemaah pasti ada niat dalam hati mereka untuk menyumbang kepada Islam..So, apa yang perlu engkau pamerkan kepada mereka ialah akhlak yang baik, kerana ukhwah sesama Islam mengatasi perbezaan fikrah..'
(Cukuplah dahulu, rasanya masih banyak yang ingin ku nukilkan, tapi aku tahu kamu semua lebih berilmu dariku perihal jemaah..dan tulisan ini mungkin tulisan paling panjang yang pernah ada dalam bog ini..Ia sekadar menjawab sedikit persoalan yang ditimbulkan sahabatku ketika bertemu tempoh hari, dalam pencariannya mencari jemaah Islam..
Aku tidak menawarkan mana2 jemaah padanya, atau mempromosikan, kerana sejujurnya aku tidak bersetuju dengan sesetengah jemaah yang menarik2 orang seperti itu, cukuplah aku memperkenalkan Islam dan akhlak Islam, soal jemaah bukan soal pertama.. Ingatlah, kepuasan dan ketenangan itu milik Yang Esa, dipinjamkan kpd mana2 hati yang dipilihNya, oleh itu tanyalah kepada Dia terlebih dahulu..
Wallahua'lam)
teruskan :)
ردحذفcoretan yang membuka minda untuk berfikir. ana setuju, jemaah bukan soal pertama dalam dakwah, yg lebih mustahak ialah mempromosikan islam itu sendiri. may Allah guide us all the way to the right path. Ameen :)
ردحذفameen..kamu semakin matang ya adib..
ردحذفtak sabar rasanya nak jumpa orang hebat yang baru balik umrah ni ^_^