Sebetulnya kami seperti tidak percaya dengan peristiwa sebentar tadi. Ya, segala-galanya berlaku terlalu pantas. Dapat bertemu dan berbincang dengan Tok Guru Nik Aziz secara berdepan merupakan satu kesempatan dan rahmat dari Allah, tanpa gangguan sedikitpun dari orang ramai dan tanpa pengawal peribadi.
Melihat pula suasana di luar masjid, di dalam kawasan maahad ada sekumpulan remaja sedang bermain futsal. 'Wah hebatnya, walaupun puasa tapi mereka tidak diajar untuk tidur selepas subuh.' Tak macam kita kan, setiap kali cuti mesti aktiviti pagi akan dikosongkan demi melayan karenah mata yang ingin beradu. Tapi tidak untuk pelajar2 di maahad tok guru, mungkin inilah antara sebab lahirnya permata2 agama dari bumi serambi mekah ini.
Tirai ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Allah, sehingga kini masih belum terasa nikmat ramadhan yang sebenar-benarnya, lantaran iman yang kian melemah.
'Amat rugi bagi mereka yang hanya beribadat pada malam ganjil..kerana ganjil atau tidak satu2 malam itu, ianya bergantung pada ilmu Allah..Cuba kita fikir, dengan logik akal pun sudah cukup menjelaskan ayat itu. Di Mesir puasanya bermula awal sehari berbanding Malaysia, maka saat Mesir mencapai malam yang ke 27, di Malaysia baru malam ke 26..'
Pagi itu usai solat subuh, aku membawa kawan2 yg datang dari Kuala Lumpur bersiar2 di sekitar Kota Bharu. Kemudian tiba2 hati terasa ingin menziarahi Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Suasana tenang yang menyelubungi pagi hari, dipenuhi dengan pelajar2 tahfiz sedang menghafaz Al Quran.
'Tok Guru ada kat dalam..'
Kami gementar, berdebar pun ada.
'Dik, takpe ke kami jumpa Tok Guru sekarang, ke Tok Guru tengah berehat?'
Kami datang merendah diri menyalami Tok Guru, Allah segan rasanya bertemu empat mata dengan ulama yang kuat perjuangannya. 'Kami belajar di Iskandariah, tahun tiga medic..' Pertemuan berlangsung hampir 10 minit, sambil menadah telinga memohon nasihat yang mengesankan hati.
Kalian lihatkah suasana qiam pagi itu? Sungguh aku merasa kerdil..bukan kerana ramainya orang yang datang tapi kerana aku dikelilingi PEMUDA-PEMUDA yg berserban dan berjubah putih..Allahuakbar! |
Keluar dari masjid, melihat rumah Tok Guru di belakang masjid, 'Sungguh zuhud menteri besar ini..walau sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, namun banglo sahabatku di Ketereh mungkin lebih besar dan cantik dari kediaman ini..'
Melihat pula suasana di luar masjid, di dalam kawasan maahad ada sekumpulan remaja sedang bermain futsal. 'Wah hebatnya, walaupun puasa tapi mereka tidak diajar untuk tidur selepas subuh.' Tak macam kita kan, setiap kali cuti mesti aktiviti pagi akan dikosongkan demi melayan karenah mata yang ingin beradu. Tapi tidak untuk pelajar2 di maahad tok guru, mungkin inilah antara sebab lahirnya permata2 agama dari bumi serambi mekah ini.
***********
Tirai ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Allah, sehingga kini masih belum terasa nikmat ramadhan yang sebenar-benarnya, lantaran iman yang kian melemah.
'Amat rugi bagi mereka yang hanya beribadat pada malam ganjil..kerana ganjil atau tidak satu2 malam itu, ianya bergantung pada ilmu Allah..Cuba kita fikir, dengan logik akal pun sudah cukup menjelaskan ayat itu. Di Mesir puasanya bermula awal sehari berbanding Malaysia, maka saat Mesir mencapai malam yang ke 27, di Malaysia baru malam ke 26..'
************
Apakah perasaan itu? Bagaimanakah agaknya rasa apabila membahagi-bahagikan kad jemputan walimatul urus kepada sahabat handai, lalu menerima usikan2 nakal yang pastinya mengundang gelak tawa yang membahagiakan. Demi Allah aku melihat seribu cahaya di wajahnya pagi itu, lantaran kegembiraan yang memenuhi relung hati sehingga terpancar di wajah nan suci.
Allahuakbar! Hening pagi menyaksikan tangan ini menyambut sekeping kad undangan perkahwinan, yang pertama kali aku terimanya dalam hidup ini. Kalau sebelum ini, tak rasa apa pun bila tengok kad jemputan berlonggok di atas meja di rumah. Tapi sekarang bila dapat kad tersebut dari seorang sahabat, masyaAllah hati sendiri pun rasa berbunga-bunga menumpang kebahagiaan tersebut.
Seolah-olah ingin mengucapkan sesuatu yang paling indah, bukan sekadar ucapan tahniah bahkan lebih lagi! Kewangian kad itu sudah cukup bagi menggambarkan keharuman taman syurga yang sedang mekar dalam hati mereka kala ini.
Dan apabila sekumpulan lelaki membicarakan tentang taqdim dan perkahwinan, keluarlah pendapat2 yang matang lagi berkesan. Apabila cinta sudah bersarang, mana2 hati pun pasti tidak mahu melihat cintanya dibawa pergi begitu sahaja. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Di saat diri terasa belum bersedia, dalam hati pula ada cinta, perlukah langkah pertama dimulakan?
'Potensi untuk terlepas sangat tinggi, huhu ramai lelaki baik suka dia..susah nak cari yang kuat perjuangan macam dia..'
Entahlah sahabat, aku takut untuk mengeluarkan pendapat sendiri, bimbang kalau2 tersalah langkah engkau pula yang jadi mangsanya. Janganlah memalaskan dirimu untuk beristikharah, meminta pendapat Yang Esa..namun jangan pula terlalu melebih2kan istikharah, menunggu mimpi2 indah untuk bertamu..
Walau apa terjadi, perjuangan harus diteruskan. Jangan terlalu melayan perasaan cinta sehingga terbuai2 ke alam tinggi, bimbang kalau2 terlepas engkau tersungkur jatuh kesakitan. Tanam tekad dalam hati sekuat2nya, perjuangan memartabatkan Islam dan memulihkan ummah memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit, mudah-mudahan Allah mengirimkan engkau bidadari yang mampu memimpin tanganmu saat engkau lelah dalam perjuangan itu.
Wallahua'lam
jauh di sudut hati kakak cemburu pada mereka yg berpeluang bertentang mata dgn TGNA. Seronoknya... sungguh kakak punya cita-cita itu juga. Hari itu beliau ke Johor tapi kami hanya berpelung lihat dari jauh.
ردحذفSoal dipertemukan yg baik mengapa takut, mulakanlah dan lakukan solat istikharah utk mencari yg terbaik.
datang la ke kelate, insyaAllah boleh jumpa TGNA..takde prosedur2 yang memenatkan..
ردحذفtentang itu, perjalanan masih panjang..doakan kami Kakzakie