الجمعة، 6 يناير 2012

Bisikan Malaikat

Allah, sejuknya….’ Tiba-tiba tersedar dari tidur, pintu beranda terbuka sendiri..Tengok jam, pukul 3 pagi.. Kuat sungguh angin..Isk beku bilik aku pasni..

Dengan perasaan berat dalam kesejukan yang amat sangat, bangun pelan-pelan tutup pintu..’Patutlah, hujan rupanya kat luar’

Teringat kata-kata Syeikh Rohimuddin tempoh hari, ‘Mungkinkah ini bisikan malaikat, mengejut untuk bangun tahajjud’

Tapi tak tahanlah, sejuk sangat ni..saratoga pulak nampak macam bidadari yang melambai-lambai memanggil..Akhirnya, tertewas..
***


Ada yang bertanya kepada Syeikh Rohimuddin dalam kelas tafaqquh di Iskandariah, ‘Bagaimanakah utk membezakan bisikan syaitan dan bisikan nafsu’

Maka jawab tuan syeikh, bisikan syaitan ialah bisikan yang bersifat sementara dan akan sirna(hilang) apabila kita mujahadah melawannya..Contohnya, syaitan suruh kita sentuh perempuan, tapi bila kita cakap ‘Tak nak, ia haram’ maka syaitan akan beralih kepada yang lain, ‘Kalau gitu buatlah perkara yang makruh’

Pastu kita cakap ‘Taknak’ kemudian syaitan akan beralih lagi kepada perkara yang lebih ringan, ‘Tinggalkanlah solat sunat, alah sunat je pun’ Begitulah seterusnya, sehingga akhirnya bila dia dah tak mampu lagi, ketika itulah dia akan minta bantuan nafsu dan bergabung dengannya..

Manakala bisikan nafsu ialah bisikan berterusan ke arah kejahatan..Contohnya kalau nafsu minta perut kita dikenyangkan dengan makanan-makanan mewah dan banyak..Dan walau kita lawan sekalipun, cakap aku takde duitlah, nak simpan utk kahwin..Perasaan itu tetap akan datang selagi ia tidak dipenuhi..


Soalan lain ialah bagaimana nak lawan bisikan syaitan. Lalu Syeikh Rohimuddin memberikan satu analogy, tentang daging dan anjing..Kalau dalam kawasan kita ada daging, dan ada seekor anjing selalu datang nak makannya..Tak kiralah kita halau macam manapun, anjing tu akan datang balik..Kita halau dengan marah, ia pergi sekejap, kemudian datang balik..Kita halau dengan kayu, pergi lama sikit, kemudian datang balik..Maka cara yang terbaik ialah buang daging itu dari situ, pasti anjing itu tidak ada alasan lagi untuk datang..

Samalah, sepertinya anjing itu ialah syaitan, manakala daging itu ialah nafsu..’Tundukkan dulu nafsu, insyaAllah syaitan tidak akan mempunyai jalan lagi menghampiri kita’

***
*Bisikan ke arah kebaikan ialah bisikan dari Allah dan malaikat..

Bisikan Allah..Ini ialah bisikan hidayah yang mana kalau Allah telah berbisik kepada seseorang itu, tidak ada yang dapat menahan hatinya lagi..Lihatlah orang kafir yang diberiNya hidayah memeluk Islam, tak akan sekali-kali kembali kpd kekufuran..Sebab itulah bila kita tengok orang yang baru masuk Islam, walau hanya sekali mengucap syahadah, dan mungkin sekali tidak pernah mempunyai apa2 pengetahuan tentang Islam, namun jika dipaksa dengan apa-apa paksaan sekalipun, dia tidak akan kembali lagi..Bisikan ini ialah bisikan yang paling indah dan hebat, sungguh bertuah sesiapa yg menerima kelebihan ini..

Bisikan malaikat..Ini ialah bisikan ke arah kebaikan..Menurut syeikh, hanya orang Islam akan menerima bisikan ini, kerana malaikat tidak akan pernah berbisik kepada orang-orang musyrik..Contoh  yang paling biasa ialah apabila kita tiba-tiba terjaga di tengah malam dan terlintas utk bangun tahajjud, itulah bisikan malaikat..Namun yang ramai orang buat ialah masuk balik dalam selimut, tidur balik..Sambung syeikh lagi, bisikan ini tidak datang selalu dan jika kita tidak penuhi ajakan itu, malaikat akan ‘merajuk’..makanya lambat lagilah ia akan datang berbisik lagi..


هناك تعليقان (2):