“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).
Erm..terfikir..sampai begini sekali Allah menjaga aib orang Islam..Tapi kita, sudah berapa kali kita membocorkan maksiat kita kepada org lain, sudah berapa kali agaknya kita mempamerkan perbuatan dosa kepada org ramai..
Junjungan besar bersabda “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Cuba tengok balik diri kita.. Check facebook kita.. Gambar-gambar yang kita letak, gambar kita pergi melancong, rehlah dan sebagainya..luluskah gambar itu di sisi Allah.. Adakah gambar yang kita pamerkan itu semuanya dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna..
Ada yang mempamerkan gambar keluarga dan teman istimewa masing-masing.. Tidak kurang gambar sahabat handai, kawan serumah.. Namun adakah kita bertanya terlebih dahulu sebelum memasukkan gambarnya ke dalam facebook.. Adakah kita mengambil berat tentang perkara ini.. Mungkin sahaja dia tidak selesa dengan perbuatan kita itu..
Sebagai contoh, sahabat kita seorang perokok atau kaki ‘shisha’.. Dan kita dengan selamba menyebarkan gambarnya ke dalam facebook.. Ya mungkin kita sendiri tidak kisah org tahu kita penggemar 'shisha'. Tapi bagaimana dengan sahabat kita itu.. Adakah dia redha seluruh dunia melihatnya menghisap/menghirup ‘shisha’..
(terukkan kita ni..elok2 Allah dah sembunyikan dosa kita,alih2 kita sendiri yang 'baik hati' bagitau org lain......kita mengaku diri hamba Allah, tapi sayang, perlakuan kita jauh berbeza dgn pengakuan itu.....semoga Allah ampunkan kita)
أزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفBiiznillah.. tolong doakan sy dan kawan-kawan disini..kami sedang hadapi final exam sem 4
ردحذفDalam fatrah imtihan begini, sering kali hati terusik, demi melihatkan ayat-ayat Allah..semoga mampu diri ini istiqamah dlm menjaga hati
terima kasih ise..
ردحذفkadang2 kite selalu terlupa bab menjaga aib ni
lagi sedih bila bangga sangat dengan maksiat yang kita buat..
minta share, smoga terus kuat berdakwah
jazakallah kheir
ya, kita ni selalu lupa dan jrg sgt2 bersyukur dengan nikmat yg Allah tlh berikan. Allah dh cukup baik, mlah teramat baik dan maha baik, jaga aib kita, tp kita senang2 je nk dedahkan kat orang. jazakallah kheir atas perkongsian, dan peringatan tuk diri yang sering lupa.
ردحذفassalamualaikum..izinkan untuk share artikel yang sgt bermanfaat ni ye...andai ada keizinan dr tuan blog...
ردحذفSilakan..insyaAllah tiada halangan dari pihak di sini...Asal sahaja ia bermanfaat utk ummah..wallahualam
ردحذفSyukran atas peringatan ini.
ردحذفnak kongsi satu cerita kat korang semua..
ردحذفsila ke link ini
link ini bkn spammer..
http://www.facebook.com/notes/hasyimi-matnoor/40-tahun-dalam-kemaksiatan/406489012727056