الجمعة، 2 مارس 2012

'Kisah Dari Malaysia'

Aku berjalan seorang diri menyelusuri lorong itu..Di wajah terpancar kegembiraan, ingin berjumpa dengan seseorang yang baru pulang dari Malaysia..Khabarnya ada kisah yang ingin diceritakan..

Sebelum kepulangannya ke Malaysia hari tu, dia mengkhabarkan ada misi yang perlu diselesaikan 'Misi hidup atau mati'.. Ah sahabat yang ku cintai kerana Allah, sebelum ini hatinya pernah kecewa, sebelum ini dia pernah tersalah langkah..

Namun itulah, apabila hidayah membuka hati, dosa2 lalu pantas ditinggalkan..Memandangkan perjalanan hidup yang beralih dari remaja kepada seorang pemuda, membuka minda supaya lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan..Sering saja kisah lalu terungkit di fikiran, segera bibir melantunkan kalimah istighfar..

Kecik2 dah pandai romantik kucing neh!

'Andai benar sejarah lalu kita jadikan ukuran, apalah gunanya Allah ajarkan istilah taubat..'

Selesai bersalam, masing2 tersenyum ceria bertanyakan khabar..Bermacam-macam diceritakan, kisah di sini juga di sana..Lalu terkeluarlah kisah yang dinanti-nanti, perkembangan tentang ‘itu’..Ku mengharapkan ia positif, melihatkan senyuman yang tidak putus2 terukir di bibirnya..

‘Ayahnya masih berat utk membenarkan kami…’ Dia melepaskan kata2 itu bersama-sama keluhan yang berat..

********

 

Selesai lecture pertama, aku duduk bersama-sama seorang sahabat di luar dewan kuliah..Mula-mula membincangkan isu bola sepak, kemudian beralih pula kepada ‘isu’ tadi..

Namun kali ini lebih berat..Dia yang baru tiga empat hari pulang ke Mesir dari Malaysia, sambil tertunduk  menjelaskan kepulangannya kali ini tidak begitu menggembirakan..

‘Apabila orang tua sudah berkeras menetapkan jodoh utk anak mereka, maka patutkah bagi seorang anak membantahnya..’

Inilah ibaratnya kata2 ini kepada sahabat yang satu ini..Bukan sahaja tidak dibenarkan berkahwin awal, malah utk berkahwin pun tidak boleh! Sang ibu sudah memilih calon menantunya, iaitu anak kepada kawannya sendiri..Maka orang pertama yang harus terlibat dalam perjanjian itu adalah dia, sahabatku..

Lalu ku bertanya lagi, bagaimana dengan perempuan pilihannya itu, sudahkah dia tahu tentang perkara ini..
‘Dia dah tau..terus menangis…’

********

'psst..jom kahwin nak..mak I tak bagi, tapi  U punya pasal I sanggup
isytiharkan perang pd family sendiri..'

Terdiam..Cuba memahami setiap yang diceritakan..Allah kadang kala dalam hidup ini, kita harus berdepan saat2 sukar yang memeritkan..Diluah mati emak, ditelan mati ayah..maka adakah jalan di tengah2nya..Jalan yang tidak akan mengundang duka kepada semua pihak..Adakah jalan itu..adakah…….?

 ‘Biarlah ku terpaksa melupakan si dia yang ku cintai, asal saja aku tidak pernah meninggikan suara depan orang tuaku..'

Dalam hidup ini, yang dikejar pastilah redha Allah, kerana cita2 tertinggi seorang muslim ialah syurga firdausNya..Namun di sinilah akal yang waras harus berperang, nafsu durjana wajib ditundukkan..Tatkala diri ingin menyahut seruan Saidina Muhammad SAW bagi menyempurnakan separuh lagi agama, datang dugaan dari sebelah yang lain iaitu ibu bapa sendiri..

Mungkin benar, ibu bapalah yang harus memahami dalam hal ini, janganlah terlalu mengikut adat sehingga melupakan syariat..Namun atas alasan itu, masih belum cukup rasanya utk menghalalkan seorang anak menjerkah pada orang tuanya..

Pernah terbaca kata2 seorang wanita ‘Perkara pertama yang sy cari dalam diri bakal suami nanti ialah menghormati orang tuanya..Jika itu pun tidak mampu dijaganya, dan jika hanya kerana sy pun dia sudah sanggup bermasam muka dengan ibu kesayangannya, mustahil rasanya utk sy serahkan diri ini seumur hidup kepadanya..’

Wallahua'lam...

هناك 7 تعليقات:

  1. cuma ingin menambah sedikit..

    dalam soal pemilihan jodoh, ibu bapa hnya boleh mencadangkan sahaj.. bukan memaksa.. itu sahaja.. Rasulullah saw pun ada berkata, pilihlah pasangan yg kamu senangi dgnnya...

    Wallahu`alam..

    ردحذف
  2. masih ada lagi orang tua yang memilih jodoh untuk anaknya ea sekrang..

    ردحذف
  3. jazakumullah khair kathira..tapi bagaimana kalau ibu bapa masih memaksa? saat itu apa yg si anak boleh lakukan? bertnya kerana tidak tahu...asif jiddan

    ردحذف
  4. For me kalau memaksa juga
    better ikutkan saja
    kehendak ibu bapa
    Mungkin ada hikmahnya
    yang kita sendiri taktau apa yg ALLAH nak bagi
    Sbb tak semestinya apa yg kita suka,baik tuk kita
    Kita merancang, ALLAH pun merancang
    Perancangan ALLAH tu lg hebat
    Nak buat sesuatu keputusan jangan biarkan lahir dr hati yg berajakan nafsu
    Rasanya boleh slow talk dulu dgn mak ayah
    Jika dh sampai tahap mmg dah dorang xboleh terima n tetap dgn keputusan dorang
    R.E.D.H.A
    Wallahu'alam

    ردحذف
  5. salam sekadar memenuhi hajat shbt...

    Kalau calon ibubapa itu baik, dan si anak redha dengan ibubapa(khdpn ibubpa lebih islamik) lebih2 lagi si anak masih mencari2 dalam erti kata sudah bersedia rasanya xpe kot... Tetapi sekira ianya memberi kesan yg sebaliknya pada si anak, maka lebih baik ianya dihentikan.

    sbbnya bkn apa, yg hidup bersama adalah si anak bukan ibubapa.
    kalau ibubapa masih berdegil nak jgk jdikan sebahagian sbg keluarga, suruh je ibubapa jdkan calon diorg tu anak angkat
    (ni kasar sikit kot... jgn ikut)

    (tidak dinafikan juga dalam islam ayah kandung ada kuasa dalam perkahwinan si anak perempuannya.. untungla org laki)


    bgi ibubpa pula... tidak salah jika kita menilai dahulu siapakah gerangan calon yg si anak datangkan.. mana tahu, beliau sedikit sebanyak dapat memenuhi ciri yg kita hajati.

    ini je dapat dikongsi bersama, mgkn hise blh tanya kpd org yg lebih tahu n berpengalaman..

    jika ada silap mohon keampunan dari Allah
    waAllahu 3alam.

    ردحذف
  6. Alhamdulillah terima kasih sgt2 kpd sahabat2 yg sudi berkongsi..Yelah stiap org mengimpikan rumah tangga yang barakah, namun utk sampai ke situ terlalu byk dugaan mendatang utk menguatkan diri..

    Terima kasih Allah kerana mentarbiyah kami

    ردحذف
  7. Suke kata2 ni:

    'Andai benar sejarah lalu kita jadikan ukuran, apalah gunanya Allah ajarkan istilah taubat..'

    thanks so much~~

    ردحذف