الثلاثاء، 26 يوليو 2011

Destinasi masih jauh

Alhamdulillah selesai sudah paper respiratory system..Kurang dua hari lagi akan berakhirlah tahun dua, insyaAllah tahun tiga menanti tentunya dengan cabaran yang lebih besar..Cepat sungguh masa berlalu..sedar tak sedar sudah hampir dua tahun menuntut ilmu perubatan di bumi Mesir..Semoga bertambahnya tahun pengajian juga seiring dengan ilmu yang dipelajari..Dan semoga Allah memelihara diri daripada ilmu yang tidak bermanfaat..


Tapi dalam keributan mengejar cita-cita, ada sahaja cerita-cerita yang kurang enak sampai di telinga..Tambah menyedihkan bila ia berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat kita, dalam kalangan pelajar perubatan Iskandariah.. Sedih jugak sebenarnya bila mendengar ada pelajar melayu berdua-duaan lelaki dan perempuan di sutuh(bumbung) pada pukul 6 pagi..



Kisah ini diceritakan oleh seorang kawan arab, dan kisah ini baru sahaja berlaku lebih kurang seminggu sebelum exam Epidemiology..Sebak rasanya mendengar kisah-kisah seperti ini, hanya menjatuhkan nama baik pelajar Malaysia di sini sahaja.. Tidak kisahlah siapa dia, tahun berapakah dia..yang penting dia adalah seorang Islam, pelajar perubatan,dan bakal bergelar 'doktor'.


Terfikir jugakkan, kalau macam ni lah akhlak bakal seorang doktor apa akan jadi agaknya negara kita masa akan datang..Seorang doktor sememangnya sangat dipercayai dalam sesebuah masyarakat.. Bahkan kalau seorang doktor mengatakan kamu hanya ada 3 bulan sahaja lagi utk hidup, pasti itu menyebabkan pesakit itu tidak tidur lena,tidak berselera makan,memikirkan saki baki hidup.. Walaupun itu hanyalah satu andaian..



Memang, kita ada ilmu kedoktoran, ilmu utk mengubat dan merawat orang tapi itu sahaja tidak cukup..Ada lagi yang jauh lebih mahal dari itu,akhlak kita..Seseorang itu tidak hanya dihormati dengan ilmunya semata-mata.. Sanggup ke kita serahkan anak kita, atau mak kita sendiri utk dirawat oleh doktor yang rosak akhlaknya.. Sanggup ke kita biarkan isteri kita bersalin dengan disambut oleh doktor yang langsung tidak mementingkan halal haram..Kalaulah maruahnya sendiri dia tidak jaga, masihkah kita percaya dia boleh menjaga maruah orang lain..wallahualam


"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai. Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)



الأربعاء، 20 يوليو 2011

Menyembunyikan maksiat


“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).

Erm..terfikir..sampai begini sekali Allah menjaga aib orang Islam..Tapi kita, sudah berapa kali kita membocorkan maksiat kita kepada org lain, sudah berapa kali agaknya kita mempamerkan perbuatan dosa kepada org ramai..

Junjungan besar bersabda  “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Cuba tengok balik diri kita.. Check facebook kita.. Gambar-gambar yang kita letak, gambar kita pergi melancong, rehlah dan sebagainya..luluskah gambar itu di sisi Allah.. Adakah gambar yang kita pamerkan itu semuanya dalam keadaan menutup aurat dengan sempurna..

Ada yang mempamerkan gambar keluarga dan teman istimewa masing-masing.. Tidak kurang gambar sahabat handai, kawan serumah.. Namun adakah kita bertanya terlebih dahulu sebelum memasukkan gambarnya ke dalam facebook.. Adakah kita mengambil berat tentang perkara ini.. Mungkin sahaja dia tidak selesa dengan perbuatan kita itu..

Sebagai contoh, sahabat kita seorang perokok atau kaki ‘shisha’.. Dan kita dengan selamba menyebarkan gambarnya ke dalam facebook.. Ya mungkin kita sendiri tidak kisah org tahu kita penggemar 'shisha'. Tapi bagaimana dengan sahabat kita itu.. Adakah dia redha seluruh dunia melihatnya menghisap/menghirup ‘shisha’..


Renung-renungkanlah.. Sudah cukup kita membuka pekung di dada, dan sudah sampai masanya kita sedar akan perkara ini.. Ada dalam satu hadis Rasullullah mengingatkan umatnya "Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)


(terukkan kita ni..elok2 Allah dah sembunyikan dosa kita,alih2 kita sendiri yang 'baik hati' bagitau org lain......kita mengaku diri hamba Allah, tapi sayang, perlakuan kita jauh berbeza dgn pengakuan itu.....semoga Allah ampunkan kita)

السبت، 16 يوليو 2011

Coretan untukmu sahabat

Wahai sahabatku,sekarang kamu sedang berjuang dalam menuntut ilmu Allah.Harus kamu sedar,seorang penuntut itu tidak pernah sunyi dari ujian yg maha hebat,yg bakal melemahkan jiwa dan imanmu.Maka carilah sahabat yg tidak akan  pernah meninggalkanmu sendirian di malam yg gelap.Carilah dia yg tidak sanggup melihatmu terus alpa dengan dunia .

Percayalah teman,kamu tidak akan mampu menghadapi semuanya sendirian yg mana akhirnya kamu akan kecundang di pertengahan jalan.

Pantai Cahaya Bulan,Kelantan.

Wahai sahabatku,sekiranya ada antara kawanmu yg tidak faham dalam pelajaran lalu bertanya kepada guru,maka hendaklah kamu turut sama mendengarkannya.Ya mungkin kamu sudah mengetahuinya namun rendahkanlah dirimu,duduklah sama-sama dengannya..kerana itulah yg diajar Saidina Umar,iaitu jangan pernah meninggi diri dgn ilmu.Janganlah pula menampakkan riak muka yg meremehkannya.

Di sinilah akan menampakkan keikhlasanmu dalam bersahabat,dan dalam menuntut imu.Ada diceritakan tentang Imam Abu Hanifah ketika beliau ditanya apa sebabnya beliau mempunyai ilmu yg luas dan dalam,beliau menjawab 'Aku tidak pernah bosan mengajar dan belajar'.

Pantai Irama,Bachok Kelantan.

Wahai sahabatku,apabila tiba waktu malam,janganlah kamu mengulangkaji dengan suara yg kuat sehingga mengganggu tidur kawanmu. Siapa tahu dia berniat utk bgn bertahajjud pd Allah,namun tindakanmu mengganggu tidurnya itu mungkin sahaja menghalang pertemuannya dengan Sang Pencipta..Tidakkah kamu merasa berdosa kepada Allah..

Ya benar ia berguna utk kamu namun percayalah anakku,kamu tidak akan tenang dgn perbuatanmu itu.Apabila terbit fajar,bersegeralah tinggalkan tempat tidurmu.Bangunkanlah kawan-kawan yg masih tidur dgn cara yg lemah lembut. Janganlah sekali-kali tinggikan suara dengannya..

Ingatlah kamu sendiri tidak akan suka ditengking seseorang ketika sedang tidur.Kemudian solatlah kamu bersama-sama berjemaah di masjid.
Sesungguhnya hanya amal soleh inilah yg akan kamu persembahkan utk tuhanmu..

Pantai Iskandariah,Mesir.


*Untuk sahabat-sahabatku,aku sangat mengasihi kalian..Sungguh aku tidak akan mampu bertahan di bumi Iskandariah ini utk 6 tahun yg akan datang tanpa kehadiran kalian yg sgt menghiburkan hati..Sehingga membuat aku lupa akan segala kesakitan dan kepahitan sepanjang perjalanan menuju ke penghujung destinasi..

الخميس، 14 يوليو 2011

Kisah sang burung


 “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Inilah jawapan seekor burung ketika ditanya burung-burung yg lain mengapa ia begitu bersungguh-sungguh  mencari dan membawa air utk memadamkan api marak yg sedang membakar Nabi Ibrahim..


Hebat sungguh keyakinannya pada Penciptanya.Ia tahu apalah sangat usahanya itu dgn membawa sedikit air dalam paruh,dari perjalanan yg jauh,pastilah hanya tinggal beberapa titis sahaja yg dapat diturunkan utk Nabi Ibrahim.
Kisah ini bukanlah kisah dongeng biasa yg kita dengar,kita bercerita kat org lain dan berakhir di situ sahaja..Demi Allah,kisah ini jauh lebih besar dan lebih hebat dari itu..Ia hadir utk mengajar kita bahawa hidup ini bukanlah akan berakhir setakat dunia ini sahaja. Inilah akidah Islam,meyakini bahawa setiap yg hidup pasti akan menemui ajal.Dan kita akan dibangkitkan kembali di padang mahsyar,lalu dibentangkan segala buruk baik amalan kita..


Sahabat sekalian, tidakkah terdetik sesuatu di hati kita demi mendengarkan keilkhlasan jawapan dari sang burung..Terlalu keraskah hati kita utk mengalirkan air mata membandingkan betapa jauhnya keikhlasan sang burung mengalahkan kita. Ya,sesiapa pun pasti berasa takjub dgn jawapan sang burung,yg sgt luar biasa keyakinan dan ketaatannya pd Allah.
Sedarkan diri,ingatkan diri..kita tidak akan pernah selamat sehinggalah Allah meredhai kita.Jangan pernah merasa cukup dgn segala amalan diri..Sesungguhnya org berdosa yg bertaubat itu lebih baik daripada sang abid (ahli ibadat) yg riak. Jagalah akhlak seorang pemuda Islam, beramallah dengan amalan pemuda syurga.. Dan jadilah org yg mana Rasullullah S.A.W. bersabda ‘Orang Islam ialah mereka yg sejahtera sekalian org Islam daripada (bahaya) lidahnya dan tangannya.’(riwayat Bukhari,Muslim dan Tirmidzi).


الثلاثاء، 12 يوليو 2011

Peristiwa aneh di Masjid Nurul Islam


 Ketika itu solat jumaat..Sebaik sahaja imam selesai berkhutbah,iqamah dilaungkan bilal..Solat jumaat diteruskan,diimami imam muda yg bersuara merdu dan bagiku begitu merendah diri dgn akhlaknya..Ketika sdg qiam,tba2 seorg makmum yg berada di sebelahku terjatuh dalam keadaan yg sgt menyakitkan..
Bayangkan,ketika sedang berdiri lurus dia terjatuh dalam keadaan mukanya terhempap dulu ke lantai masjid..Aku kaget.ya Allah perlukah aku menolong,terlintas di fikiran yg mana lebih afdhal samaada meneruskan solat atau membantu org itu yg agak berumur..

Masjid Nurul Islam.Masjid ini sentiasa penuh dengan jemaah tiap2 waktu solat.

Dalam kepayahan,sang makmum mencuba utk berdiri dan meneruskan solatnya..(di mesir,adalah kebiasaan bg para imam membaca surah2 yg panjang ketika mengimamkan solat). Ah mungkin di fikiranku sakitnya tidaklah terlalu serius..Selesai imam memberi salam,ramai jemaah dtg mengerumuninya...Ya Allah saat itu aku melihat dgn mata kepalaku sendiri,hidungnya senget dan berdarah dgn pendarahan yg agak banyak.Aku dapat melihat betapa sukar dia bernafas..Berbelas-belas tisu bahkan mungkin berpuluh2 dihulurkan kepadanya,namun darah tidak henti mengalir..Patahkah hidungnya,tidakkah dia merasa sakit..Demi Allah pada saat itu ada

Kehadiran Syeikh Ibrahim Kattani ke mana2 masjid pasti mengundang seribu jemaah
ada sepasang mata mengalirkan air mata melihatkan peristiwa tersebut..Sungguh di hati ini terbit perasaan takjub..Iman tahap apakah yg berada dalam hatinya kala ini..Bagaimana dia masih tega menghabiskan solatnya dalam keadaan kepayahan begitu..Teringat kisah para sahabat Rasullullah..Saidina Ali
yg mencabut panah ketika solat tanpa sedikitpun merasa sakit..terbayang di mata bagaimana seorang sahabat meneruskan solat walau masjid tempat dia solat runtuh di sekelilingnya..Jika inilah kualiti solat yg diterima maka aku kalah ya Allah..Sungguh aku jauh dari solat seperti ini..Sang makmum itu bukanlah seorang
pemuda yg gagah kudratnya,bukanlah seorang mujahidin yg sedang berjuang..Dari luaran dia hanyalah seorang yg biasa,berpakaian seperti kebanyakan org ramai.
Jami' Ibrahim..masjid yg menyimpan  rahsia tsaurah(revolusi) Mesir 
Namun hatinya,imannya masyaAllah..Dia malu utk menghentikan solatnya ketika sedang berhadapan dengan Allah walhal keperitan yg ditanggungnya kala itu tidak terperi..Saat itu aku terfikir,adakah Allah menerima segala ibadahku selama ini..ketika aku membaca Al Quran,adakah tumpuanku sepenuhnya kepada
Allah..Ketika solat,adakah khusyukku mencapai tahap minima yg ditetapkan Allah..Jika tidak,bagaimana aku harus berhadapan dgn Mu ya tuhan di mahsyar nanti,tidakku sanggup utk berdiri menjawab soalan-soalanMu dgn diri tidak membawa secebis amalanpun..Ampuniku ya tuhan...

“Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri) seraya berkata: “Ya Rabb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83)

الأحد، 10 يوليو 2011

Seorang perantau

Perantau di bumi kinanah...Entah kenapa setiap kali mendengar perkataan ini,seolah2 ku mendapat suntikan baru..Semangat berkobar2 menguasai diri..
Ya,aku perlu mendapatkan sesuatu di sini,sesuatu utkku bawa pulang ke malaysia..Sememangnya bumi mesir ini mula menjadi sebutan di bibir semenjak aku form 4.
Dan selepas habis spm,aku semakin bersemangat dalam doa,seandainya mesir adalah tempat terbaik utk ku meneruskan pembelajaran,Engkau mudahkanlah ya Allah..
Aku akui memang banyak halangan sebelum menjejakkan kaki ke sini,bahkan sebelum mendapat tawaran lagi..Aku pernah tertinggal resume utk interview mara,
sedangkan aku datang jauh dr Kota Bharu..Hanya Allah yg tahu betapa kalutnya aku ketika itu,masa hanya ada 2-3 jam sahaja sebelum interview..
.Syeikh Ibrahim Kattani,seorang ulama hadis yg sangat terkenal di Mesir,berketurunan Rasullullah

Aku pernah tersalah isi borang,yg nyaris2 menyebabkan aku tidak sampai ke mesir..Banyak lagi dugaan yg datang mengujiku namun di setiap ujian aku dapat merasakan 'tangan2 ghaib' membantuku dan setiap kali itulah aku merasa sgt bertuah,sgt beruntung dan sangat bersyukur mengesakan Tuhan yg satu. Terima kasih Allah..
Puncak kebingunganku berakhir ketika aku bermimpi bertemu dgn ustazku yg sudah lama aku tidak bertemu.dalam mimpi,aku bersalam dan memeluk ustaz itu yg sgt aku rindukan..tiba2 ustaz menyatakan,'kamu pilihlah mesir..'

Semoga mimpi itu adalah petunjuk dariNya..Aku mendapat kekuatan melalui mimpi tersebut,dan  dgn yakin aku memberitahu orang tuaku,mesir adalah destinasi pilihan..Dan kini sudah dua tahun aku merantau di mesir,bumi yg banyak melakar sejarah kenabian dan menyimpan seribu satu rahsia agung yg mana disebut namanya dalam kitab yg maha mulia,Al Quran..

..Masjid Nurul Islam,Camp Caesar
*Ustaz yg aku maksudkan di atas ialah Ustaz Adzli,seorang tenaga pengajar di MRSM Kota Putra..Seorang yg tegas(agak garang) namun sifatnya yg pemaaf,rapat dengan pelajar membuatkan aku selalu menjadikannya tempat bertanya setiap kali menghadapi masalah dalam kehidupan. Dan sehingga sekarang aku masih
menghubunginya..