الخميس، 27 أكتوبر 2011

Jiwa Seorang Pejuang

Malam yang berlalu sepi tanpa sujud merendah diri padaNya..Hebat berjuang di mata manusia, belum pasti indah ia pada pandangan Yang Esa..Kadang-kadang dalam kesibukan perjuangan, hati lupa dijaga, lalu menjadilah ia debu berterbangan..



Terkesan dengan kata-kata Dr Fathi dalam kelas fiqh semalam, betapa kita sering kali terlupa mengingatkan hati sendiri..Saat diuji, kita merasakan kitalah yang paling banyak menerima ujian, konon-kononnya ujian kitalah yang paling berat..

Minggu ini sudah menerima dua berita kematian ayahanda kepada sahabat di sini..Sudah pasti ujian kehilangan merupakan antara ujian terbesar yang harus dialami oleh setiap yang bergelar insan..Rasullullah sendiri menangis ketika menerima berita kematian anak baginda, Ibrahim..Semoga mereka yang diuji dikuatkan hati, kerana inilah antara saat-saat sukar dalam kehidupan..Namun ganjarannya masyaAllah, syurga yang kekal abadi..


Salah seorang sahabat yang baru kehilangan bapanya adalah seorang muallaf, baru memeluk Islam..Dia harus pulang ke Sarawak dalam keadaan familynya 'non muslim'..yang tidak pernah menerimanya memeluk Islam..
Itulah, berat sangat ujian baginya..Ada kemungkinan dia tidak akan dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir pun..

Sering kali melihat dalam facebook, luahan-luahan hati mereka yang 'penat' berjuang demi ummah..Sehingga kadang-kadang terlupa bahawa kita ada Allah sebagai tempat mengadu..Semua kepenatan sudah diluahkan, semua keluhan telah dinyatakan maka apakah lagi yang tinggal untuk Allah..Tiada lagi kemanisannya dalam munajat di dua pertiga malam, yang ada hanya luahan  di facebook yang seterusnya menerima komen dan like dari orang sekeliling..


Wahai pejuang Islam adakah semurah itu perjuanganmu? Puaskah hatimu sekadar menerima kata-kata semangat dari orang sekeliling dan orang yang engkau harapkan...'Teruskan berjuang..Perjuanganmu diperlukan utk ummah..' Wahai pejuang Allah adakah benar semua komen ini mampu memberi kesan pada perjuanganmu? Lupakah engkau pada sabda baginda Rasullullah tentang bahana riak..


Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul asghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya : ‘Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?’
Baginda menjawab: Riak
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Keikhlasan hati mengukir bahagia..Alangkah tidak tenangnya mereka, alangkah ruginya mereka yang mana amalan mereka kerana manusia..Ya tuhan jadikanlah kami hamba yang ikhlas kepadaMu..


هناك تعليق واحد:

  1. insyaallah .. moga tiap hati yang membacanya bakal

    ^_^ beroleh sesuatu dari sinar yg diredhai

    ردحذف