السبت، 7 أبريل 2012

'Pertarungan Yang Maha Memeritkan'

Malam itu kami berempat, berangkat menuju ke Hospital Syatbi.. Perjalanan yang hanya dirancang bersahaja itu akhirnya bakal berlaku.. 'Ingat bawak semua barang2 wajib, kad dan lab coat..'

Menaiki tram ke Syatbi, dalam hati masing2 berdoa agar dipermudahkan segala urusan.. Sudah banyak kisah pengalaman2 menarik singgah di telinga, dan malam ini kami ingin merasakan sendiri..Melihat ibu2 bersalin secara live merupakan pengalaman pertama yang berharga..

Sampai di Syatbi, kaki dihayun laju ke hospital yang terletak bertentangan jalan..Seperti yang diberitahu senior, insyaAllah pak guard dan nurse akan membiarkan sahaja jika melihat malizi berkeliaran di situ..Masuk ke wad bersalin, kami mati langkah, tak tau hendak menuju arah mana..Last2 jalan ikut gerak hati sendiri, tengok2 sekeliling..

Hanan-si cilik yg menyebabkan hati sudah terlalu
rindu dengan Malaysia..

Kami masuk ke dalam sebuah bilik, dalamnya terdapat tiga baby yang baru lahir, dalam incubator..'Wah berbezanya saiz diorang, nampak ketara sangat..'Ingatkan sebelum ni sama je semua saiz baby yang baru lahir..Ni bila tengok baby2 ni tidur sebelah2, baru nampak..

Kami berjalan lagi, terdengar suara jeritan perempuan..Ada seorang perempuan sedang meraung, dikelilingi beberapa nurse dan doktor lelaki..Kami hanya memandang dari jauh, takut untuk mendekat..segan, malu semua bercampur baur..Tadinya berani sangat, bila dah sampai kaki tak terlangkah pulak..

Tiba2 datang seorang doktor lelaki muda, menarik tangan kami.. 'You cannot see anything from here, come with me..'

Bila mendekat, kami jadi loya, bau yang tidak menyenangkan..'Bau amniotic fluid kot..(air ketuban bahasa melayunya)'

Banyaknya darah, nasib baik kami semua tidak allergy dengan darah, cuma perasaan berdebar menguasai..Lama kami di situ, doktor muda tadi memberitahu mungkin ada masalah dengan baby ni, tapi dia sendiri tidak pasti apa masalahnya..

Doakan kami, kami ingin menyumbang kepada ummah..

Tiba2 doktor itu berbisik 'This woman has twin babies!'

Seorang doktor di situ mengambil gunting, lalu digunting..Arghhh!!! Perempuan itu menjerit dengan raungan yang maha kuat! Demi Allah kala itu aku tak tertahan lagi, ku berundur beberapa langkah..Tanpa disedari aku mengambil handphone, dail nombor bonda di Malaysia..

'Ma.....'

Mungkin di Malaysia waktu itu pukul 3 pagi, dan bonda sudah tidur..Tapi aku tak dapat menunggu lagi, seolah2 ku bayangkan ketika itu aku yang dilahirkan, Allah sakitnya..........

Aku minta maaf pada bonda, mungkin tanpa sedar pernah air matanya mengalir kerana kekhilafanku..

Aku melangkah ke hadapan semula, 'pertarungan' itu belum berakhir, ya kami mengingatkan masing2 agar terus berdoa semoga kegembiraan menanti di akhir pertarungan ini..

Tiba2, telefonku berdering.. BONDA! 'Eh Kenapa call balik, baru je habis cakap..'

Menurut doktor di situ, ada masalah dengan baby ni..
ummi dia ada hypoglycemia rasanya..

Rupa2nya bonda bimbang..Haah kan apalah aku ni, call pukul 3 pagi, kemudian tiba2 minta maaf, memang la bonda risau ada apa2 berlaku ke..tapi takpela, rasa macam romantik pulak dengan mak...

Aku sendiri tidak pasti berapa lama kami di situ, yang pasti kami bersama sehingga ke akhirnya, sehingga kedua2 baby selamat dikeluarkan..Mungkin Allah dah rencanakan, kami dapat melihat twin malam itu, yang mana menurut doktor muda, sangat jarang sebenarnya di hospital itu.. 'You know, this is first time i see twin babies since 6 months ago..You all are very lucky!'

Alhamdulillah terasa lapang dada seketika..Walau sebelum itu, hanya Allah yang tahu betapa sesaknya nafas kami menyaksikan kesakitan sang ibu berjuang mempertaruhkan nyawa..kami yang tengok ni pun dah berpeluh habis, tak tau la kalau diri yang merasakan..

*********

Itu masa kami awal tahun second year..Sekarang lepas dah dengar penjelasan ustaz2, tak bagus utk lelaki melihat proses kelahiran sebenarnya..Walaupun doktor, tapi lebih aula doktor wanita yang menyambutnya..Sebab dulu senior2 bagi galakan suruh pergi tengok, tapi sekarang kami bagitau adik2 tak perlulah pergi, banyak lagi kerja boleh buat..

Nasib baik di Malaysia sekarang para suami dibenarkan utk menemani isteri dalam bilik bersalin (kat Mesir belum lagi..) Selepas menyaksikannya, aku benar2 percaya wajiblah mana2 suami utk berada di sebelah si isteri ketika melahirkan zuriatnya - (fatwa seorang bakal doktor, insyaAllah..doa2kan..)

هناك 5 تعليقات:

  1. sedikit pembetulan, bukan umminya yg ada hypoglycemia, tapi baby itu sendiri..ummi dia ada hyperglycemic....

    syukran..doakan sy dapat bertemu dengan hanan lagi

    ردحذف
  2. ibu dia DM ke? how ank dia blh ada hypoglycemic?

    ردحذف
  3. bila umminya ada hyperglycemia (kencing manis), maka baby dlm kandungan terdedah dengan kadar gula yg tinggi..so baby akan produce insulin utk melawan kadar gula yang tinggi tu..

    masalah timbul bila bersalin..kerana sekarang kadar gula dalam bdn baby dah turun, tapi insulin masih banyak..

    so insulin akan lawan kadar gula yg ada dlm badan baby tu..jadilah hypoglycemia....

    sila betulkan kalau salah..

    ردحذف