الاثنين، 24 يونيو 2013

'Bahagiakah Jika Dia Sempurna'

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, 15 sya'ban. Dengan penuh cinta, setiap hari kita menghitung detik menanti hadirnya ramadhan. Semoga Allah mengira perasaan ini sebagai usaha untuk menjadi hamba yang dekat denganNya. Kala ini, melihat di sana sini, di sepanjang jalan, tergantungnya hiasan2 indah dan doa2 bagi menyambut kehadiran ramadhan. Alhamdulillah terima kasih Mesir kerana mengajar kami tentang itu..

Namun dalam pada itu, di banyak tempat juga dicemari dengan tulisan2 kotor 'Tamarrud 30 Jun' yang pada hari tersebut akan diadakan himpunan besar-besaran. Mereka ini adalah golongan anti-Mursi. Biarlah mereka, semoga Allah memelihara gerakan2 Islam yang ikhlas berjuang untuk memastikan kebenaran Islam tertegak di dunia ini.

Aku baru sahaja berkunjung ke rumah seorang sahabat yang akan mendirikan rumah tangga selepas raya nanti. Alhamdulillah makin terserlah seri di wajahnya kala ini, mungkin hatinya sedang gembira lalu cahayanya terbias di wajah. Aku sudah meminta kebenaran dari ayah untuk menghadiri walimah mereka nanti.


Walaupun jauh di Johor sana, namun ku rasa tidak sanggup untuk tidak menghadirkan diri lantaran hubungan kami yang rapat. Kami berpasangan menjadi naqib kepada satu usrah kecil, dan di situ kami belajar banyak perkara bersama2. Keikhlasan untuk berkorban masa, wang dan tenaga, melatih kesabaran diri, melatih untuk tersenyum di saat hati tidak tenang, dan yang paling penting memberi motivasi untuk membuka buku2 agama lantaran menyedari hakikat diri yang jahil.

Namun aku sedang berkira2, selepas berkahwin nanti adakah dia akan meninggalkanku sendirian dalam usrah ini? Maklumlah, sudah bergelar seorang suami, pasti lebih seronok menjadi naqib kepada isteri sendiri pula. Huhu tapi rasanya dia tidak akan meninggalkanku, kerana bakal isterinya berada jauh dari bumi Iskandariah, nun di Kaherah sana.

Alam rumah tangga itu, benar2 menyimpan pelbagai rahsia Allah di dalamnya. Di situ ada cinta, kasih, rindu dan bahagia.. Namun di sampingnya, tersisip juga rasa derita, air mata serta ujian2 dunia yang bisa membuat diri mengeluh. Maka untuk itu ia benar2 memerlukan persediaan jiwa yang rapi, tidak cukup sekadar semangat membara dan material semata2.


Seorang suami merupakan nakhoda dalam bahtera rumahtangga, mana mungkin kapal itu mampu berlayar dengan baik tanpa pimpinan yang bijak dari sang nakhoda. Begitulah dalam rumah tangga, seorang suami perlu bijak dalam mengurus kehidupan seharian. Tidak bermakna apabila dia seorang ketua, maka dialah yang perlu memutuskan untuk semua perkara.

Dalam banyak perkara, dia perlu bertolak ansur dan membenarkan keinginan isterinya. Terutama dalam perkara keduniaan, banyakkanlah bertolak ansur. Sebagai contoh warna cat rumah, hiasan dinding, hari ini mau makan apa, kereta model apa yang ingin dibeli, semua perkara ini kalau diserahkan pada isteri untuk memilih, sebenarnya tidak menjejaskan kewibawaan seorang suami pun.

Dalam hal akhirat pula, ya di sinilah ketegasan seorang suami diperlukan. Mana boleh sidai pakaian kat luar rumah tak pakai tudung, kan aurat tuu.. Mana boleh pakai kebaya kalau nak keluar, perintah Allah tidak membenarkan pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan terutama bagi wanita.


Kan indah di situ, mungkin pada hemah si isteri, dia merasakan si suami sentiasa mengikut kehendaknya, betapa suami menghargai pendapat dia. Di situlah masing2 merasa tenang dan bersangka baik. Kebahagiaan suami pun sebenarnya banyak bergantung pada kebahagiaan isteri, itu hakikat yang harus diterima oleh semua lelaki terutama bagi menundukkan 'ego seorang pemimpin' dalam dirinya..

Juga dalam bab menilai sifat dan akhlak pasangan, jangan terlalu merenung lama pada kekurangan si dia. Tapi itulah lumrah insan, kita sering nampak bintik hitam pada kertas putih, sedangkan 99.99% dari bahagian kertas itu masih putih dan tidak terconteng. Lalu akhirnya kita meletak kertas itu ke tepi, cuba memilih kertas lain.

Benar, manusia itu makhluk tuhan yang sentiasa mengharapkan kesempurnaan. Dan sering sekali manusia memandang kesempurnaan itu adalah pada kecantikan dan wajah yang rupawan. Sedangkan jika di ambil masa sejenak, berfikir barang seminit dua, untuk apa sebenarnya kesempurnaan itu?


Adakah kita menyangka dengan mendapat isteri yang sempurna, di situlah terletaknya segala kebahagiaan? Adakah bermakna selepas berkahwin kita tidak akan didatangkan ujian2 dunia, tidak sesekali akan merasa resah memikirkan masalah rumah tangga? Dan, benarkah kesempurnaan akan menjamin kebahagiaan sesebuah perkahwinan?

Tidak sahabat2 semua, jangan hanya mengharap indah dalam rumah tangga..ujian tetap akan datang, pasti.. Namun semuanya masih bergantung pada penerimaan kita sendiri..

'Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tidak akan menemukannya.. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah wujud, yang ada hanyalah keikhlasan hati untuk menerima kekurangan..'

(Alhamdulillah kini aku dapat merasakn diri sedang dalam perancangan rahsia Yang Esa. Walau berbeza dengan kemahuan sendiri, namun saban hari keyakinan hati semakin diteguhkan.. Kita tidak mampu memandang jauh ke hadapan, tdk mampu berkata dengan pasti kemungkinan mana yg akan berlaku..tapi aku yakin.. Bukankah mereka yang menyerahkan diri pada Allah pasti tidak akan disia-siakan? Wallahua'lam ^_^ )

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق