السبت، 8 يونيو، 2013

Kisah Encik Forensic

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai imtihan, bersama sahabat2 yang lain menuju ke asrama MARA di Sesostress, masing2 dalam keadaan kebulur. Huhu boleh tahan exam forensic, berpeluh juga dibuatnya. Bila pulang ke rumah selepas makan, perasaan berat mula menguasai, otak yang kepenatan ditambah pula cuaca panas yang kian membahang akhir-akhir ini.

Mula-mula nak baring terus, maklumlah malam tadi tak berapa lena tidur, jadi insomnia di malam exam. Tengok jam, ada 10 minit lagi sebelum asar, erm kalau tidur juga alamatnya tak bangun la azan nanti, tunggu la sat. Tidak lama kemudian azan asar berkumandang, pergi siap2 ambil wudhuk. Bila melangkah ke masjid, sampai di depan pintu, berhenti melangkah ; 'Macam lambat lagi je nak iqamah, ke nak pergi solat masjid satu lagi ek...'

Tiba-tiba, satu bongkah batu besar jatuh betul2 di depanku, kurang satu meter dari tempat aku berdiri. Ya Allah rupa2nya ada construction di tingkat atas, bangunan tu memang tinggi bangat.. Lepas tu barulah pekerja arab jerit2, datang dekat aku minta maaf sangat2, dia pergi ke belakang kejap dan tak perasan kerja pengagihan batu besar sedang berjalan.


Sungguh, aku jadi diam seribu bahasa, tidak marah atau pun melenting, mungkin trauma akibat peristiwa yang berlaku terlalu pantas itu. Arab2 yang lalu-lalang turut datang memegang bahuku 'Khalli balak ya ustaz..(hati2)' Apabila masuk ke dalam masjid, ada jemaah yang menegur ; 'Bertenang2..' Aku masih terdiam dan hanya tersenyum lemah pada mereka..

Allahu Allah, peringatan apa yang sedang Dia ingin hantar padaku.. Adakah kerana ketidaksabaran diri ini yang terus ingin bersolat di masjid lain lantaran tidak sanggup menunggu iqamah dilaungkan.. Atau boleh jadi sepanjang tempoh imtihan ini aku sendiri yang kurang mengingat Allah.. Tidak terbayang apa akan jadi sekiranya saat itu aku tidak berhenti melangkah seketika..

Batu sebesar itu, jika terjatuh dari tingkat 8 ke atas kepala manusia, boleh menyebabkan instantaneous death. Alhamdulillah, ternyata Dia masih memberi peluang untuk diri ini bertaubat.. Takut sebenarnya kalau2 hati ketika itu meninggal dalam keadaan tidak ingat Dia, dalam keadaan tidak bersyukur dengan nikmat2Nya yang terlalu menimbun.. astaghfirullah..

************


Di tengah2 lebuh raya, orang ramai sedang mengerumuni satu kawasan penemuan mayat yang sudah reput, menandakan sudah berhari2 ia terbiar. Dalam kepala orang awam yang hadir, pasti sukar untuk mengetahui masa sebenar pembunuhan itu berlaku, seolah2 sudah tiada apa2 bahan bukti yang mampu memberikan jawapan kepada persoalan itu.

Pasukan forensic baru tiba di tempat kejadian. Mereka tenang sahaja mengambil sample serangga2 dan larva yang terdapat pada badan si mati. Rupa2nya bagi pakar perubatan, cukup dengan mengambil sample binatang2 tersebut, seterusnya membuat kajian berapa umur mereka, mengkaji berapa lama masa diperlukan untuk binatang2 tersebut mula hinggap dan membiak sebaik sahaja circulation of blood dalam badan manusia berhenti. 

Dengan yakin mereka mengisytiharkan dengan kajian saintifik bilakah masa sebenar pembunuhan itu berlaku. (Dan ada lagi beberapa cara yang dilakukan untuk menentukan masa sebenar kematian, salah satunya adalah seperti yang di atas).. Cerita rekaan berakhir, titik!


Kalau dulu ketika di department ophthalmology, doctor2 selalu menyebutkan ; 'The eyes cannot see what the brain doesn't know..' Dan kini setelah belajar forensic, semakin memahamkan diri ini akan peri pentingnya ilmu sebelum menilai sesuatu. Begitulah dalam hidup ini, kita sering menjadi musuh kepada apa yang tidak diketahui. Kita sering menentang sesuatu yang dirasakan tidak memberi manfaat atau membawa ancaman kepada kita.

Dalam Islam, betapa ramai mereka yang tidak bersama dalam perjuangan Islam adalah sebenarnya mereka yang tidak mengerti apakah keindahan di sebalik semua kesusahan yang dihadapi. Saidina agung Rasullullah SAW ialah insan yang sangat berpandangan jauh dalam hal ini, baginda telah memahami bahawa setiap hujjah yang dibentangkan perlu diusahakan bersama2 dengan kefahaman.

Sebab itulah baginda berdoa kepada Allah agar mengampunkan dosa penduduk Thaif yang mencederakan baginda dan pembantunya Zaid Bin Harithah melalui doa baginda yang mahsyur 'Ampunkanlah mereka, sesungguhnya mereka tidak mengetahui...'

Bersempena Israk Mikraj, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 untuk mengambil ibrah secukupnya bagi menempuh saki baki kehidupan ini, atau sekurang2nya untuk menjadi bekalan menghadapi ramadhan yang akan datang lebih kurang sebulan sahaja lagi. Kalau rasa malas keluar mencari majlis ilmu yang membicarakan israk mikraj, sekurang2nya kita tidak malas untuk menekan link youtube, terlalu banyak yang telah diupload..okay!

(Kadang2 aku cemburu melihat org yg mampu bermuamalat dgn Quran, dia mampu melihat makna si sebalik setiap perkataan di dalamnya, dan bisa pula menterjemahkannya dalam kehidupan seharian.. Sering kali imannya bergetar bila sedang mentadabbur, seolah2 ayat itu sememangnya diturunkan adalah utk dirinya.. Ya Allah, kirimkanlah kami juga nikmat seperti itu.. Wallahua'lam) 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق