السبت، 15 يونيو 2013

Cinta Sang Yatim

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai kelas tafaqquh, bersama sahabat2 seangkatan berjalan menuju ke asrama MARA, pagi nanti ada qiamullail berjemaah yang dianjurkan oleh persatuan. Musim2 panas begini, rasa sangat berat untuk bangun jika bersendirian, mungkin disebabkan subuh yang terlalu awal dan iman di dada yang masih tercungap2..

'Kita takkan mampu menundukkan nafsu dengan menurut dan menunaikan segala kehendaknya.. Sebaliknya untuk menundukkan nafsu durjana, ia perlukan mujahadah yang tinggi..lawanlah ia, insyaAllah lama2 ia sendiri akan melemah..' Teringat kata2 Ustaz Jamil beberapa bulan lepas, ya nafsu itu perlu ditundukkan dengan kemahuan diri sendiri, tidak boleh terlalu dimanjakan sangat..

Sampai di asrama, duduk berbincang seketika dengan pimpinan2 persatuan tentang seminar yang akan diadakan hujung tahun nanti. Sambil minum horlicks, tiba2 topik beralih kepada cerita2 hantu, disebabkan seminar yang bertemakan sihir, black magic dan darul syifa'. Lalu bermulalah satu persatu kisah diceritakan, dari 5 orang bertambah menjadi 10.


Setelah itu, semua naik ke tingkat 3 asrama MARA bersiap2 untuk tidur. Bila lampu ditutup, dalam keadaan bergelap cerita hantu dimulakan lagi. Huhu jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih, waktu subuh pula akan masuk kurang dari 3 jam lagi. Seram sejuk juga jadinya, terutama apabila seorang sahabat memainkan lagu 'One Miss Call' yang dikatakan ringtone berpuaka yang mempunyai sumpahan tersendiri.

Apalagi, ada yang beralih tempat tidur, masing2 taknak tidur di kawasan paling tepi. Haha terserlah sifat mana2 yang penakut, sedangkan yang ada dalam bilik tu kebanyakannya mempunyai jawatan tinggi dalam persatuan, pendek kata majoritinya 'orang2 besar' di Alex. Akhirnya hanya sempat terlelap beberapa minit sahaja, dah kena bangun untuk naik ke sutuh (bumbung) bagi memulakan qiamullail. 

Seronok juga sebenarnya, dah lama tak jadi tak matang macam ni (cewah macam la sekarang ni matang sangat), 3 jam bercerita hantu sampai tak tidur, huhu nasib baik esok harinya cuti. (harap sangat ni kali terakhir buat macam ni, sangat membazir masa!) Kesannya, bila selepas subuh ada pentazkirah yang menceritakan tentang ibrah dari israk mikraj, masing2 yang tak tidur tadi terus jadi pak angguk, huhu tertewas! 


Pulang ke rumah, masih ada 4 jam sebelum masuk waktu jumaat, alhamdulillah masa yang cukup untuk balas dendam. Selepas jumaat kena berkumpul di nafa' Camp Shezar bagi mengunjungi rumah anak2 yatim, menziarahi dan menyerahkan sumbangan ikhlas dari sahabat2 tahun 4.

Lebih kurang pukul 230 petang, tramco2 mula bergerak ke beberapa rumah anak yatim yang telah dipilih lebih awal. Bila sampai di sana, selepas menyerahkan barang2 keperluan kepada pengurus yang menjaga, terus 'menyerang' budak2 kecik yang comel, huhu mereka sangat aktif dan suka bergurau. Akhirnya kami yang menjadi mangsa buli, ada yang dipaksa menyanyi, ada yang kena dukung sampai 2-3 orang, dan ada yang diajak bercerita serta bermain bola.

Bila tiba waktu makan, masa ni masing2 mengambil peluang untuk berbual lebih dekat dengan anak2 yatim. Maklumlah, mereka merupakan insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah. Perlahan2, hati menjadi sayu mendengar kisah mereka. Majoriti yang  berada di situ tidak pernah kenal dengan ibu bapa masing2, lantaran mereka mula masuk menghuni di situ ketika masih bayi lagi.

abg miqdam dan udiey the parker, keh3.. ^_^

Apabila masuk ke satu bilik khas yang menempatkan anak2 kecil berumur 1-3 tahun, ada mata yang berkaca.. Bila mencium pipi mereka, ya Allah merasakan hati sedang basah melihat hebatnya ujian hidup yang terpampang di hadapan mata. Mereka terlalu kecil untuk memahami sunnatullah alam, bahkan aku sendiri tak terbayang seandainya ujian yang sama menimpaku di saat aku seusia mereka.

Hebat sungguh Rasullullah SAW menyantuni seorang anak yatim dalam satu kisah yang masyhur di satu pagi hari raya. Siapa sangka air mata baginda yang mulia bisa mengalir apabila mendengar seorang kanak2 perempuan bercerita kisah dukanya yang tiada pakaian dan kasut baru, tidak seperti kanak2 lain yang sedang bersuka ria. Yang diakhirnya baginda menjadikan kanak2 itu sebagai anak angkatnya..

Allahu akbar sungguh ia menjadi satu muhasabah kepada setiap individu muslim pada hari ini. Kita sendiri, bagaimana hati kita tatkala memandang kanak2 comot bermain di tepi jalan, adakah kita melakukan seperti yang Rasullullah tunjukkan, atau saat itu hati sedang memandang hina, huh kecik2 lagi dah main kotor, kesian mak bapak dia..

Mentang2 kita berpakaian bersih, ada ibu bapa yang masih mampu membiayai, tanpa sedar kita tidak lagi memiliki hati seorang hamba. Kerana seorang hamba itu, tidak ada lagi taraf yang lebih rendah berbanding dirinya..lalu menyelamatkan hatinya dari sejenis penyakit yang dinamakan takabbur...

*************

ketua batch tahun 4, naza indoro.. ^_^

Sekarang ini, bila balik dari kelas, rasa cepat letih dan haus lantaran berjalan kaki dalam cuaca yang membingit kepanasan. Sering kali cuba berpuasa sunat, dan sering kali jugaklah tertewas sendirian, balik kelas singgah di kedai makan.. Aduhai terasa lemah sungguh iman di dada. Bagaimana ni, ramadhan kurang sebulan sahaja lagi akan tiba, nafsu makan pun masih belum mampu ditundukkan..

Sedang berkira2 sendiri, susah juga ya nanti exam final dalam bulan ramadhan, malam yang singkat, siang harinya yang tersangat panas pasti mudah sahaja untuk mengundang perasaan mengantuk. Benar2 menjadi ujian yang bisa menguatkan diri andai mampu mengatasinya. InsyaAllah, azam harus dikuatkan jika benar2 ingin menjadi mahasiswa yang berjuang.

Teringat dua tahun lalu ketika di berpuasa di Makkah. Setiap hari pergi niat di miqat sebelum subuh, kembali semula ke Masjidil Haram untuk solat subuh seterusnya menyambung tawaf dan saie.. Lebih kurang jam 7 pagi, segala2nya selesai. Allah, bila pulang ke hostel rasa macam tekak sedang dibakar2, haus yang teramat sangat. Sedangkan baru bersahur tak sampai dua jam..

Tapi di sana lain, rasa seronok bila dapat melakukannya, mungkin iman yang berbeza dengan sekarang. Sungguh, tak terbayang apa akan jadi seandainya saat ini diri merasakan haus dan penat yang sama, dengan iman sekarang yang senipis bawang, aduh benar2 tak terbayang...

(Mendengar perkhabaran tidak enak dari sahabat di Malaysia, mengharapkan dia tidak kecewa berlebihan.. Tapi aku tahu dia kuat, seorang yg sentiasa positif.. Aku di sini, alhamdulillah semakin lama merasakan banyak urusan dipermudahkan.. Namun urusan seminar sedikit menggugat ketenangan itu, mohon doa dari semua ya.. Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق