الأحد، 4 نوفمبر 2012

Meniti Hari Sebagai Mahasiswa Perubatan

Usah terlalu mengharap kepada manusia dalam hidup ini, takut2 niatmu tidak lagi menyebut nama tuhan..Mengapa dibangga pada sebuah perjuangan, mengapa disebut ia di khalayak manusia, tidakkah engkau berwaspada pada syaitan yang membisik..

Aduhai sahabat, tidak perlu rasanya bandingkan dirimu dengan perjuangan Hassan al-Banna, seolah2 engkau sedang merasakan keperitan dan penderitaan yang sama. Tidak sampai seminggu keluar muhafazah atas urusan tarbiyah sudah engkau keluarkan statement seperti itu di facebook. Maafkan ya, aku rasa ia pasti lebih manis sekiranya engkau menyimpan kepenatan itu untuk tuhanmu.

Cuba koreksi diri sendiri, makin ditarbiyah makin melencong akhlak, makin lancang bicara mengata orang lain. Cuma satu pesan untuk diriku dan untukmu, cuba check balik apa tujuan asal mencari tarbiyah, kerana niat awal itu sering menentukan pengakhirannya, buktinya lihatlah golongan agamawan masa kini, yang sebahagiaannya layak digelar ulama su'(jahat).

************


Dalam meniti hari2 sebagai seorang hamba, sering kali kita terlupa tentang 'teguran-teguran' yang Allah hantar kepada kita. Kita menganggap serpihan kaca yang dipijak itu hanyalah sampah yang berlegaran di jalan raya. Selalu kita lupa setiap detik pergerakan kita dalam perhatian Allah, jadi mana mungkin semua yang berlaku atas kita adalah kebetulan dan sia2.

Namun itulah, dunia seorang pemuda sering menipu, sehingga kadang2 tanpa sedar kita berlaku angkuh kepada Sang Pencipta. Kini meniti hari di ward Hepatology, hampir setiap masa berdepan dengan patient2 yang mengalami masalah liver. Kadang kala terasa sayu melihat isteri2 mengalir air mata di hadapan suami yang tidak bermaya, sungguh air mata terasa murah di hospital!

Mungkin kami masih baru dalam dunia hospital sebenar, acap kali juga mengetap bibir terutama apabila menyaksikan prosedur2 rawatan yang menyakitkan. Pagi semalam, entah kami lemah semangat atau tidak, tapi menyaksikan paracentesis yang tidak menjadi itu membuat lutut kami menggeletar.


Bayangkan, jarum sepanjang sejengkal, ditusuk kepada perut patient yang menghidap ascites tanpa bius. Tapi air tidak keluar, lalu dikeluarkan jarum, dicucuk semula. Ah muka patient yang menahan sakit sangat jelas di mata kami, dia memegang kejap tangan sahabat kami, erat. Ya Allah dia tidak sanggup melihat perutnya kala itu.

Berulang kali keluar masuk, seorang sahabatku sudah berundur ke belakang tidak sanggup untuk meneruskan. Sehingga akhirnya, jarum itu mengeluarkan darah, dah cukup doktor kami sudah terlalu kasihan pada patient itu. Dengan wajah yang tenang sang doktor berkata 'We should do ultrasound to this patient, because he had localized ascites..'

Erm mungkin sang doktor sudah biasa dengan situasi begitu, namun bagi kami yang masih setahun jagung ini, rawatan itu sungguh menyiksakan. Aku jadi terfikir, bagaimanakah rasa sakaratulmaut itu, andai yang ini pun sudah tidak terperi. Juga bagaimana rasa ibu melahirkan anak, seolah2 tulang-temulang yang dipatahkan. Alhamdulillah dalam keadaan itu aku bersyukur Allah menciptakan diri ini seorang lelaki.

***********


Itu sedikit dalam dunia perubatan, dan aku pasti betapa kehidupan di luar sana lebih indah dan mencabar. Mencabar semangat untuk berjuang diasak kepenatan, mencabar iman yang kadang2 diuji dengan pelbagai godaan yg melemahkan. Kini segala yang dipelajari dalam kelas2 agama menuntut kepada praktikalnya.

Dalam bab aurat patient, agama mengajar hanya melihat sekadar keperluan sahaja, tidak boleh lebih, tidak boleh saja2 nak tengok walaupun ada depan mata. Tambah2 untuk aurat berat yg hanya dikhususkan untuk suami isteri, lagi2lah kena waspada. Erm pasti kamu terfikir kan, bagaimana agaknya non moslem berfikir dalam bab ini.

Sebab itu kepada doktor wanita atau bakal doktor wanita, sangat disarankan untuk mengkhususkan bidang perbidanan dan sakit puan. Jika aku seorang bakal bapa, pasti aku tidak ingin laki2 yang menjadi bidan kepada anak itu, dan aku pasti tidak boleh terima seandainya dia lelaki non moslem. Mungkin pandanganku ini salah, namun biarlah aku nyatakan saja, iman adalah benteng terbesar yang menghalang diri dari perkara2 dosa seperti ini.


Mungkin bagi non moslem, mereka belajar dalam ethics perubatan harus menjaga amanah dan rahsia patient, menjaga adab dengan patient dan sebagainya. Namun di saat mereka berseorangan dalam dewan bedah atau bilik bersalin, saat dirasakan tiada manusia yang memerhatikannya, adakah pelajaran ethics itu masih melekat di hati?

Kerana aku pernah mendengar cerita dari seorang sahabat Nigeria yang juga belajar perubatan di sini, tentang keadaan Nigeria yang meruncing. Katanya dia belajar kerana jihad. Di sana doktor non moslem membunuh baby2 yang baru dilahirkan, mereka merancang mengurangkan populasi penduduk Islam!

Itulah yang berlaku di dunia sana yang ditutup terus dari media antarabangsa. Bahkan media negara kita sendiri tidak kurang kepincangan dan penipuan. Biarlah, kerana yang pastinya Dia Yang Esa sedang memerhatikan setiap perancangan licik mereka, semoga Allah memenangkan kebenaran di atas setiap kezaliman...ameen..

(Kadang2 apa yang dirancang itu dirasakan sudah terbaik, namun takdir mengatakan rancanganmu tidak sama dengan rancangan Yang Esa. Maka saat itu kembalilah padaNya, mohon maaf atas segala khilaf dan jangan merasa sombong..Saat hati harus memilih, pilihlah jawapan yang memenangkan Allah, bukan nafsu..Semoga Dia menukar segala kepayahan menjadi keindahan.. Wallahua'lam)

هناك 3 تعليقات:

  1. cuba muhasabah diri...
    terima kasih catatan peringatan ini...

    ردحذف
  2. Assalamaualaikum.
    Alhamdulillah,
    syukran jiddan di ats prkongsiannya.
    :)
    moga Allah redha.

    ردحذف
  3. waalaikum salam wbt..
    terima kasih kpd Allah atas segalanya..
    dan syukran atas doanya, semoga Allah redha

    ردحذف