Bismillahirrahmanirrahim...
Nun jauh di sana, kedegilan kaum yang dilaknat itu makin menjadi-jadi, semakin menggila tambahan pula apabila disokong polis jahat Amerika Syarikat. Mereka zalim, membunuh tanpa belas kasihan sehingga membuat hati-hati insan yang lembut dan mudah tersentuh pasti mengalirkan air mata. Namun, ku kira ada satu perkara yang mampu mengubat kepedihan itu, kalamullah yang maha benar-
'Karena itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan ( Ibrahim : 47 )'
Allah, seolah2 dibasahi air sejuk yang meresap ke dasar hati yang paling dalam, mana mungkin Dia berpaling dari sang hamba yang sedang merintih memohon pertolongan. Takpe cik israel, sekarang cubalah enjoy selama mana engkau mahu tapi ingat ia tidak akan kekal, itu yang pasti!
Di dunia kami ditindas, dihina dan disembelih. Namun itu bukan masalah bagi kami, kerana kami tahu di akhirat nanti kalianlah yang paling hina, diazab siksaan yang maha dahsyat...
Entah kenapa, aku dapat merasakan ini strategi Allah yang paling terancang. Di Syria, mujahidin2 sedang bertempur hebat bagi menjatuhkan kerajaan haram Basyar Assad. Hari demi hari kemaraan mereka makin terserlah dan ini terbukti apabila semakin ramai tentera elit dari luar iaitu Iran dan Lubnan dibawa masuk bagi melindungi Basyar terkutuk.
InsyaAllah, kemenangan itu dekat.. Mujahidin2 itulah yang akan berangkat menuju ke Palestin setelah 'membersihkan' bumi Syria dan merekalah tentera Allah yang akan melenyapkan negara haram Israel dari muka bumi. Aku yakin, hari itu akan berlaku!
*************
sentap seketika mendengar ungkapan ini, kalam ikhlas yang terbit dari hati nan bersih.. |
Tempoh hari dalam usrah bersama sahabat seperjuangan, apabila dinilai amalan masing2 tentang solat jemaah, bacaan Al-Quran dan qiamullail, masyaAllah akhirnya dikeluarkan satu titik temu kenapa pemuda zaman sekarang tidak sekuat pemuda2 dahulu di zaman sahabat bersama Rasullullah SAW.
Rupa-rupanya di sebalik hati merasa berat untuk bangun qiamullail di musim sejuk yang mencengkam, tersingkap satu rahsia iaitu bagaimana engkau mengawal diri daripada melakukan dosa. Benar, orangnya kelihatan tsiqah di pandangan manusia, jalannya bertaqwa namun apabila keseorangan, adakah dia masih orang yang sama...
Bukankah Saidina Ali pernah berpesan : 'Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu...'
terima kasih kpd yang membuat ini dan poster2 lain...jzkk |
Itu baru dikira dari sudut pandangan mata. Belum lagi sentuh masalah hati iaitu penyakit yang paling sukar dirawat. Memandang hina kepada orang di jalanan, hati berasa ujub tatkala dipuji, bahkan menambah2 amalan apabila bersama manusia. Susah bangat syeikh apabila melibatkan hati, patutlah seorang ulama mengambil masa 9 tahun untuk membuang sifat riyak..
Itulah, betapa berhajatnya kita kepada seseorang yang mampu mengingatkan setiap kali diri terlupa atau lalai. Kalau masih rasa diri tidak mempunyai sahabat seperti Syeikh Shamsudin al-Wali kepada Sultan Mohammad al-Fateh, jangan berhenti untuk mencari. Carilah sahabat seperti itu, yang akan menegur saat diri berasa lemah, saat diuji dan ketika kamu berada di 'atas' : 'Sahabat, kini kamu berada di puncak kejayaan, manusia memandangmu sebagai orang hebat..namun jangan engkau lupa hakikat itu, bahawa kamu masih seorang hamba...'
***********
Kepada sahabat yang tinggal tidak jauh dari rumahku, nampaknya kini engkau diuji lagi, dengan ujian yang hampir serupa. Masalah jodoh tidak juga selesai ya, alhamdulillah Dia masih menyembunyikan yang terbaik itu darimu.
Bukan bermaksud engkau tidak baik, bahkan engkau seorang yang soleh..namun mungkin si dia lebih sesuai untuk si soleh yang lain..
Jangan terlalu cepat untuk mengakhiri semua ini, jalanilah satu persatu sambil menghayati setiap yang Allah hadirkan untukmu. Dalam perjalanan menjadi hamba sehebat Rasullullah SAW, kurangkan menjadi fitnah atau beban kepada orang lain. Sebaliknya biarlah kita yang menjadi penyembuh luka orang sekeliling, menjadi asbab kepada senyuman sahabat handai.
Yang paling penting, tidak sekali2 melakukannya untuk mengejar title si soleh atau mengejar sahabat yang ramai, tidak bukan itu tujuannya. Ramai manusia yang mampu menjaga diri dalam memelihara akhlak mulia, namun tidak ramai yang mampu menjaga hati hanya untuk Yang Esa.
Katamu, terkadang engkau merasa bersyukur dalam sedih, sehingga mengalir air mata sendirian. Wahai sahabat, itulah sebaik2 air mata iaitu saat engkau hadirkan kepada tuhanmu di pertiga malam. Alangkah indah saat itu, engkau mengadu segala kesusahan betapa engkau tidak berdaya sedikitpun lantaran lemahnya seorang hamba, saat itu aku pasti, Dia sedang merencanakan sesuatu untukmu...
(Alhamdulillah nampaknya segala2 sedang kembali pulih. Aku tidak mampu memuaskan hati semua orang, setiap orang ada pandangan masing2.. Cukuplah dilunaskan segala kehendak Allah, cukuplah hati mencapai ketenangan dengan itu, aku tidak perlukan apa2 lagi. Dan apa2 yang bakal berlaku selepas ini, semoga Allah masih mengizinkan aku untuk tetap memohon bantuan dariNya.. Bukankah kemanisan berjuang itu ada pada pengorbanan? Wallahua'lam...)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق