الثلاثاء، 6 سبتمبر 2011

Aidilfitri di Makkah al Mukarramah

Inilah kali pertama beraya kat tempat asing, jauh dari keluarga, kuih raya bahkan baju melayu pun takde.. Sehari sebelum raya, telefon org tua di kampung, luahkan segala2 yg tersimpan.. Nasib baiklah orang tak ramai sangat masa tu kat Masjidil Haram..Segan jugak kalau org tengok..

Dan ini pun pertama kali dalam hidup, pergi solat subuh pada hari raya, dah siap2 pakai baju raya..Rupa2nya kat sini, lepas solat subuh terus diadakan takbir raya sehinggalah solat sunat Aidilfitri, takde masa dah nak balik dulu, makan2 pastu baru datang solat raya..Boleh je nak buat camtu, tapi alamatnya kena solat subuh kat luarlah, atas jalan..

Dari pandangan inilah sy ternampak beberapa ekor burung putih terbang
di atas Kaabah dan para makmum hanya utk beberapa saat..Ketika itu sedang solat qiam..

Selesai solat, ramai2 jalan kaki pergi ziarah perkuburan Ma'la..Ziarah makam isteri Rasullullah, sahabat baginda yg mulia dan wali2 Allah..Kagum sungguh mendengar kisah2 para sahabat, yg mana cinta mereka kepada Islam merupakan cinta teragung sepanjang zaman..Orang2 hebat seperti Asma' binti Abu Bakar dan Abdullah ibnu Zubair, mereka semua telah berjaya dalam hidup. Ya, mereka telah memuliakan diri mereka dengan menyerahkan hidup semata2 kerana Allah, kejayaan terbesar bagi umat manusia..

Ternyata setiap jemaah yg hadir tidak dapat menahan air mata tatkala sampai ke makam Saidatina Khadijah..Beliaulah isteri paling hebat pernah dilahirkan dalam sejarah manusia..Menjadi kesayangan Rasullullah dengan akhlak peribadinya yg menakjubkan, sehinggakan isteri2 baginda yg lain cemburu melihat Rasulullah sering menyebut nama Saidatina Khadijah walau setelah kewafatan baginda..


Kami datang kepadamu wahai Khadijah,
Sungguh kami bangga menziarahimu, 
Seandainya engkau melihat kami sekarang,
Pasti engkau tersenyum puas..
Melihat kemenangan yg dicapai suamimu,
Betapa ramai umat baginda..
Betapa suamimu dicintai seluruh penduduk langit dan bumi..

Walau di saat kewafatanmu,
Engkau tidak melihat semua ini...

(Hari ini result sem keluar..Ambil handphone, call mak 'Alhamdulillah, jangan lupa sujud syukur dan sedekah' Itulah azimat bonda yg selalu meniti di bibir setiap kali sy mengkhabarkan result..InsyaAllah ma, sy takkan lupa utk belajar bersungguh2, sy tahu sy berhutang kepada seluruh rakyat Malaysia..)

هناك 3 تعليقات:

  1. Assalamualaikum wbt

    Semoga Istiqamah dalam penulisan ini, wallahu`alam

    ردحذف
  2. alhamdulillah :) semoga kejayaan terus bersama awk. lame tak dgr khabar. selamat hari raya :)

    ردحذف
  3. tahniah orang hebat atas result yang gempak. alhamdulillah.

    ردحذف