Bismillahirrahmanirrahim...
Waktu
maghrib itu, ada air mata yang mengalir. Kala bersujud pada Yang Esa, terasa
redup seketika perasaan gundah di hati. Waktu di Mesir lewat 6 jam berbanding
Malaysia, dan result PRU 13 baru sahaja diumumkan. Ya Allah kenapa keputusan
ini begitu memeritkan hati. Mungkin tidak keterlaluan aku katakan, inilah kali
pertama air mata menitis pabila menerima keputusan pilihanraya.
‘Sori ya,
kita kena habiskan meeting ni secepat mungkin, ada 2 jam lebih sahaja lagi
sebelum result PRU..3 kali yassin tak habis baca lagi hari ni.. kita doakan
semoga parti yang memperjuangkan Islam diberi kemenangan.. (Kalau UMNO yang
perjuangkan Islam, maka kita doakan kemenangan untuknya..dan begitulah
sebaliknya..)' Aku faham politik persatuan di sini, tidak boleh mengisytiharkan
secara terang apatah lagi di dalam meeting program persatuan seperti ini,
takut2 akan menjadi fitnah kepada persatuan..harap2 mereka faham..
Selepas
masuk waktu zohor, meeting ditamatkan dan aku bersama seorang lagi sahabat
terus bergegas menuju ke rumah Naza selepas mendapat perkhabaran di rumah itu
dipasang screen besar bagi menayangkan keputusan PRU secara live. Bila sampai,
tengok2 orang dah ramai, ruang tamu dah penuh.
Semua
menunggu dengan sabar, ya Allah kenapa slow sangat ni...hati terus merintih
sambil tidak berhenti doa dipanjatkan. Tambahan pula apabila melihat post2 di
facebook yang menunjukkan banyak kerusi yang dimenangi PR. Namun ia tidak kekal
lama, apabila membuka link tv3, demi Allah kepala ini mula menjadi sesak..
Akhirnya
menjelang waktu maghrib, hampir semua tempat telah diumumkan. Lalu bermulalah
bibit-bibit kesedihan..Suasana dalam rumah berubah serta merta, bertukar
menjadi tidak semeriah tadi, mungkin masing-masing tenggelam dalam perasaan
sendiri.
‘Kalaulah
kita yang langsung tidak menyumbang apa2 kepada PAS ini pun rasa tak tahan dah,
bagaimana agaknya perasaan tuan guru kala ini..bagaimana dengan mereka yang
berhari2 tidak cukup tidur bagi menyebarkan risalah kebenaran..juga bagaimana
perasaan mereka yang melihat dengan mata kepala sendiri penipuan yang dilakukan
oleh SPR..’
Biarlah aku semadikan sahaja gambar ini di sini..kerana di gambar ini terzahir semangat yg ingin ku sebarkan kpd semua pemuda Islam.. |
Susahkan apabila politik tidak disertakan di dalamnya perihal dosa dan pahala. Bukan apa, kita bukan nak jatuhkan UMNO kerana bencikan dia, tidak sama sekali tidak. Tapi kerana kita kasihankan mereka. Ya Allah seandainya mereka tahu seperti apa neraka itu; orang yang sedang diseksa di dalam neraka apabila dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam api dunia, nescaya mereka akan tertidur KERANA KESEJUKAN..ya Allah adakah mereka diperingatkan dengan azabMu yang teramat pedih ini...
Pabila melihat video2 tentang penipuan pilihanraya kali ini, hati berulang kali beristighfar, ya Allah tidakkah terlintas di hati mereka akan pengadilan di mahsyar yang maha dahsyat. Apa-apa pun, jauh di sudut hati kita masih bersyukur dengan kekalahan ini yang pasti mempunyai hikmah besar di sebaliknya.
Mungkin Allah lebih tahu seandainya kali ini kita diberi kemenangan akan menyebabkan terjadinya fitnah2 hebat kepada perjuangan Islam, maka kekalahan ini adalah satu rahmat Allah yang wajib disyukuri. Lihatlah apa yang berlaku di Mesir selepas Dr Mursi memenangi pilihanraya presiden, ternyata ujian kemenangan itu lebih berat daripada sebelumnya.
****************
Semalam berziarah ke makam2 wali dan sahabat Rasullullah SAW yang mulia di Kaherah. Alhamdulillah bersyukur Allah izinkan juga ia berlaku walau sebenarnya sudah lama berada di Mesir. Melegakan seketika kepedihan hati akibat kekalahan PRU 13 yg berlaku sehari sebelum itu. Juga mengajar diri sendiri dengan melihat orang2 dahulu yg hebat berjuang sehingga makam mereka sendiri ternyata jauh dari bumi kelahiran masing2 lantaran menyedari perjuangan sememangnya menuntut kepada pengorbanan..
(Hati yg penuh sesak apabila dihadirkan kepada Allah dlm keadaan penuh berserah, ya Allah tidak mampu digambarkan betapa nikmatnya erti ujian hidup.. Di saat diri merasakan tidak mampu lagi menyusun langkah untuk meneruskan perjalanan, saat itulah kita akan melihat betapa ajaibnya sujud kepada Allah bisa melahirkan kekuatan dalaman yg luar biasa.. Wallahua'lam)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق