Bismillahirrahmanirrahim...
Selesai meeting petang itu, menunaikan solat maghrib berjemaah di tingkat 4, seterusnya bergegas menuju ke sutuh untuk menghadiri satu program tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Syafiq Sahimi, susuk yang ku kagumi kepetahannya menyentuh hati insan menerusi lisan pemberian Allah.
'Negara mana di dunia hari ini yang mengamalkan cara pemerintahan Islam seluruhnya?' Soal Ustaz Syafiq kepada semua yang hadir.
'Arab Saudi!' Jawab seorang hadirin.
'Betul jawapan tu, tapi Saudi hanya mengambil sejuzuk dari undang2 Islam yang sebenar. Di sana hudud dan qisas hanya dikenakan kepada rakyat biasa yang tidak mempunyai jawatan penting dalam negara.. Dan jika kesalahan dilakukan oleh para pembesar dan menteri, mereka akan dikenakan hukuman lain yang lebih ringan..'
Oh macam tu ke, aku tidak tahu fakta itu sebelum ni..
'Sebenarnya perkara ini telah pun berlaku di zaman Rasullullah SAW. Seorang perempuan bangsawan telah menghantar wakil kepada nabi meminta supaya hukum hudud tidak dikenakan pada golongan atasan.. Lalu merah padam muka baginda, lantas berdiri dan bersabda 'Demi Allah, seandainya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.'
'Itulah salah satu keadilan Islam yang tidak akan mampu ditandingi oleh mana2 ideologi untuk sepanjang zaman. Kalau dulu manusia menyembah berhala, maka zaman sekarang manusia menyembah ideologi2 yang datang dari berhala pula. Sekularisme, liberalisme, pluralisme dan berbagai2 lagi ideologi yang sangat menyesatkan insan jauh dari kehidupan mengesakan Allah.'
Bahkan kalau dinilai secara terperinci, ideologi ini sudah menyerap hampir ke dalam setiap sendi umat Islam. Sebab itulah ketika zaman permulaan Ikhwan Muslimin, as-Syahid Imam Hassan al Banna terpaksa membawa dan memperkenalkan Islam sebagai sebuah ideologi akibat hebatnya serangan sesat yang telah berakar umbi itu.
Sedangkan kita tahu, Islam bukanlah satu ideologi sebaliknya merupakan cara hidup terbaik bagi memandu insan menuju ke negeri yang kekal abadi.
Kemudian, aku jadi tersentap apabila Ustaz Syafiq menceritakan pula perihal kematian, antara perbandingan nilai dunia dan akhirat. Ustaz menyebutkan seharusnya setiap mahasiswa perubatan itu menjadi sangat takut kepada Allah lantaran peringatan2Nya yang sentiasa terzahir di hadapan mata. Apabila masuk ke lab anatomy, memegang mayat2 insan yang sudah kaku, tidak pernah terlintaskah di hati bagaimana sekiranya diri sendiri yang berada di tempat itu suatu masa nanti..
Allah, tertunduk seketika.. Benar, tiada peringatan yang lebih baik dari kematian itu sendiri. Kadang2 hidup ini terasa begitu asyik dan menyeronokkan. Apabila bergembira bersama teman2 sekepala, menuju ke Green Plaza, bermain kad dan bergurau mesra, kadang2 kita lupa untuk mengingatkan hati bahawa sememangnya kematian itu sangat dekat..
Tak terbayang kan, andai Allah menarik nyawa kita ketika baru sahaja pulang dari menonton wayang. Ya mungkin pada ilmu kita, kita tidak melakukan apa2 dosa, pergi pula bersama rakan sejantina, tidak berhimpit2 dengan wanita, namun di situ pasti hati tidak seronok untuk bertemu Allah dalam keadaan diri langsung tidak mengingatiNya.
Tak terbayang kan, andai Allah menarik nyawa kita ketika baru sahaja pulang dari menonton wayang. Ya mungkin pada ilmu kita, kita tidak melakukan apa2 dosa, pergi pula bersama rakan sejantina, tidak berhimpit2 dengan wanita, namun di situ pasti hati tidak seronok untuk bertemu Allah dalam keadaan diri langsung tidak mengingatiNya.
Sekurang2nya, kita sangat berharap agar Allah mencabut nyawa kita dalam keadaan kita benar2 bersedia, kita meninggal dalam keadaan berwudhuk serta bibir sedang beristighfar memohon keampunan..insyaAllah, jangan berhenti berdoa untuk husnul khatimah..
Di akhir tazkirah, ustaz membuat satu lagi persoalan ; 'Andai kata kita berada di tengah2 masyarakat yang telah rosak dan tidak mengamalkan gaya hidup Islam, maka saat itu adakah kita akan berpaling dan meninggalkan mereka seterusnya menuju ke tempat lain yang lebih islamik?'
Erm ok juga macam tu, baik aku tinggal di tempat yang aman dan jauh dari gangguan mat2 rempit.. Pasti lebih tenang kan, nak buat usrah pun pasti lebih mudah bila bersama dengan orang2 yang sudah faham..
'Tidak sahabat2, jangan begitu..sifat mukmin yang berjuang ialah mereka mengasingkan diri secara perasaan dan bukannya tubuh badan. Biarlah tubuh badan kita bersama mereka, hidup dengan mereka, bekerja bersama namun dalam masa yang sama kita tidak pernah berhenti berusaha mengajak hati mereka pada Allah.'
'Tidak sahabat2, jangan begitu..sifat mukmin yang berjuang ialah mereka mengasingkan diri secara perasaan dan bukannya tubuh badan. Biarlah tubuh badan kita bersama mereka, hidup dengan mereka, bekerja bersama namun dalam masa yang sama kita tidak pernah berhenti berusaha mengajak hati mereka pada Allah.'
Mungkin kadang2, kita jadi tidak selesa apabila bersama dengan orang2 yang melakukan maksiat kerana lumrah orang beriman hatinya tidak pernah redha dengan perbuatan dosa. Tuhan tahu betapa kita tidak mahu berada di tempat itu, perasaan kita sedang berperang, namun atas alasan dakwah, kita teruskan juga dan tidak pernah berganjak.. InsyaAllah, saat itu redha Allah sedang mengiringi..
'Rasullullah SAW tidak pernah didustai disebabkan akhlak baginda...sebaliknya yang mereka dustakan ialah seruan nabi dan ayat2 Allah Taala..'
(Sedang cuba mengatur langkah sebaiknya, merancang masa depan selagi terdaya.. Kelihatannya ramadhan semakin hampir, bermakna tarikh untuk pulang ke Malaysia juga semakin hampir. Alhamdulillah tahun ini Allah izin utk menjalani ramadhan lebih lama di sini, disebabkan imtihan yg habis lambat. Sehari sebelum raya barulah sampai ke kelantan.. Selepas raya pula banyak program yang sedang dirancang, jadi kpd sahabat2 yang ingin menjemput, ha silalah maklum awal2 naa.. ^_^ Wallahua'lam)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق