الأحد، 25 نوفمبر 2012

Tatkala Pilihan Itu Berbeza Dengan Orang Tua

Bismillahirrahmanirrahim...

'Takkan meluahkan perasaan selagi belum menjadi yang halal
- Amir Mukhlis of Warkah Cinta Berbau Syurga -

Satu novel yang mendidik jiwa pemuda pemudi Islam, kisah seorang pemuda yang menjaga kesucian cinta agar terpelihara hanya untuk yang halal. Mungkin ini novel terbaik yang pernah menjadi santapanku, dihasilkan oleh seorang hafiz quran penuntut azhar. Sekarang novel ini difilemkan, alhamdulillah semoga lebih ramai yang menyedari betapa indahnya pengertian 'menjaga' itu.

Dunia ini sentiasa berputar pada paksinya, maka adakah resmi kehidupan juga harus begitu? Kalau dulu di zaman persekolahan, masa tu dah rasa itulah kehidupan sebenar. Kawan2 ramai yang pelbagai karenah, yang baik agamanya, yang sedikit nakal dan macam2 lagi. Ya kita rasakan itulah kehidupan aku, kamu dan mereka.

Masa tu tak terlintas pun di fikiran, 2 3 tahun akan datang separuh dari apa yang ada sekarang akan berubah secara total. Namun kini itulah yang sedang berlaku, kebetulan housemateku semuanya dari 4 negeri berbeza dan 4 sekolah berbeza. Persoalan yang sama, kenapa dahulunya dia ajk kerohanian namun sekarang seolah2 telah hilang segala tsiqah itu. Dan yang yang dahulunya tampak lagha, suka main2 kini dialah yang paling semangat berjuang.


Mungkin ini agaknya kenapa Allah ajarkan kita doa, 'Wahai Tuhan yang membalik2kan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu serta dalam mentaatiMu..' 

Dia nak ajar kita, jangan sombong dengan Dia, jangan rasa iman tu dah kuat sehingga tidak minta tolong Dia pun saat diuji. Ingat balik Nabi Ibrahim yang begitu kuat pegangan akidah, seorang rasul namun baginda masih memohon agar dipelihara dari syirik. Allah, malu sangatlah kita yang iman senipis bawang ni kalau tak nak angkat tangan minta bantuanNya...

Kita takkan pernah tahu bagaimana kita di masa hadapan. Mungkin dengan iman di hati sekarang kita mampu menangkis godaan nafsu yang menggoda, namun andai kata di tempat baru dengan ujian iman yg berbeza, saat itu barulah kita sedar kekuatan itu datang dari Allah, bukannya dari diri sendiri..

************


Kalian, aku ingin bertanya, bolehkah kita tentukan kerjaya anak kita untuk masa hadapan? Ini pertanyaan untuk mengetahui, bukan menguji atau menghukum. Rasanya, tidak salahkan? Ada orang mengharap anaknya menjadi seorang doctor, engineer dan arkitek. Masyarakat tidak akan memandang itu sesuatu yang salah bukan?

Lalu bagaimana pula sekiranya anak itu tidak mahu, katanya dia mahu menjadi seorang agamawan, seorang ustaz yang mengajarIni persoalan yang aku temui pada seorang remaja di Pondok Gual Dalam, Rantau Panjang ketika bercuti di Malaysia dua bulan lalu. 

Umurnya sekarang 17 tahun, berasal dari Pahang. Wajahnya masyaAllah, bersih dan bercahaya, sejuk mata memandang. Namun itulah, kedukaan jelas terpacar di wajahnya kini kerana hampir keseluruhan keluarganya menentang keberadaannya di pondok itu. Katanya, semua itu masih mampu dihadapi selepas lebih kurang 5 tahun menetap di situ..


Namun cabaran besar yang bakal menantinya ialah setahun selepas ini tatkala ingin melanjutkan pengajian agama di Pondok Pattani, Thailand. Allah syeikh, ku lihat dia merenung jauh kala menceritakan itu. Pasti berat kan perasaan itu, seolah2 bakal tercetus perang besar dalam keluarga sendiri, dan dia sendirian dalam perang itu.

Mendengar bicara itu, aku yang ketika itu sedang bertugas mengambil history taking dalam program medical check up terasa membahang di pipi sendiri. Besar cintanya pada agama membuat aku tertunduk malu pada Allah. Kalau remaja muda sepertinya sudah nampak laluan perjuangan Islam kita bagaimana pula, jauh bangat...

Ketika menulis ini, sedang dalam kesejukan setelah semalaman hujan merintik di Iskandariah. Ketika iqamah berkumandang di masjid depan rumah subuh tadi, seolah2 itulah dugaan paling besar, susah sekali mau angkat selimut untuk menuju ke rumah Allah. Aduhai andai dengan selimut pun sudah teragak-agak, bagaimana pula ingin berbicara tentang pembebasan Aqsa.


Di luar, kelihatannya kitalah yang paling lantang bersuara, facebooknya menjadi perhatian orang lantaran 'kerasnya' menentang Yahudi. Namun di bilik, membaca Al-Quran pun malas2, qiamullail tiga kali setahun itu pun jika ada program persatuan atau usrah, solat berjemaah tiga kali sehari tidak cukup. Sedangkan kita lupa, amal fardhi adalah tunjang kekuatan individu untuk berdiri menghadapi segala durjana dunia.

Mungkin inilah jawapannya kenapa perjuangan umat kini hanya berpasang surut tatkala musim hujan melanda, lantaran hubungannya dengan Allah langsung tidak dijaga...


*************

Ketika Palestin sedang menghadapi dugaan peperangan, nampaknya Mesir juga sedang merasai bahang itu. Tidak mudah untuk membuang duri yang sudah berdarah daging, begitu juga untuk penyokong2 Mubarak. Setiap hari menimbulkan kekecohan, seolah2 ingin menunjukkan kepada dunia bahawa Dr Mursi ialah pilihan yang salah..

Akhbar Mesir tidak ubah seperti akhbar Malaysia, fitnah menjadi perkara hiburan bagi mereka, lalu khabar angin itu tersebar dengan pantasnya ke seluruh Mesir. Misr al Youm menggunakan istilah MURSI DIKTATOR 'SEMENTARA' bagi mengundang spekulasi murahan.

Berniat jahat sungguh El-Baradaei,pimpinan pro Mubarak(mantan pro revolusi)...Tindakan ElBaradaei yg membuat sidang media dpn media Reuters,AP dll. Beliau mengharapkan Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam politik Mesir. Inikah sikap ElBaradei yang mendoakan supaya USA campur tangan,apakah niat ElBaradei...Selama ini Elbaradei bersikap neutral,kali ini sudah nampak belang sebenar..

Kelmarin, seorang bekas ahli parlimen, Abul 'Izz Hariri yang bertanding untuk Presiden Mesir pada pusingan pertama ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah. Semalam ada lagi, seorang pemuda Ikhwan Muslimin terbunuh ketika mempertahankan pejabat IM di Damanhor.

Namun itulah, mereka merancang Allah juga merancang. Di setiap berlakunya kekacauan, di tempat lain juga berlaku himpunan sama bahkan jauh lebih ramai, yang menunjukkan sokongan kepada Dr Mursi.

Pemimpin yang dipilih rakyat pasti dibantu Allah...Di Malaysia juga ku harap akan berlaku perkara serupa. Sekurang2nya, adilkanlah dan teluskanlah pilihanraya itu, agar dunia dapat melihat sendiri siapa sebenarnya pemimpin pilihan rakyat.

(Saat ini, setiap ketika menanti mesej dan panggilan dari Malaysia. Kawan2 tolong doakan ya, kakakku mengalami masalah ketika melahirkan anak pertamanya, sehingga kini sudah dua kali dibedah lantaran pendarahan yang banyak. Baby juga mengalami respiratory distress atau lemas. Allah, betapa cemasnya keluargaku ketika ini, ingin rasanya terbang pulang untuk sama2 merasakannya...)

الاثنين، 19 نوفمبر 2012

Tatkala Merasakan Air Mata Tiada Nilainya

Bismillahirrahmanirrahim...

Nun jauh di sana, kedegilan kaum yang dilaknat itu makin menjadi-jadi, semakin menggila tambahan pula apabila disokong polis jahat Amerika Syarikat. Mereka zalim, membunuh tanpa belas kasihan sehingga membuat hati-hati insan yang lembut dan mudah tersentuh pasti mengalirkan air mata. Namun, ku kira ada satu perkara yang mampu mengubat kepedihan itu, kalamullah yang maha benar- 

'Karena itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan ( Ibrahim : 47 )'

Allah, seolah2 dibasahi air sejuk yang meresap ke dasar hati yang paling dalam, mana mungkin Dia berpaling dari sang hamba yang sedang merintih memohon pertolongan. Takpe cik israel, sekarang cubalah enjoy selama mana engkau mahu tapi ingat ia tidak akan kekal, itu yang pasti!

Di dunia kami ditindas, dihina dan disembelih. Namun itu bukan masalah bagi kami, kerana kami tahu di akhirat nanti kalianlah yang paling hina, diazab siksaan yang maha dahsyat...

Entah kenapa, aku dapat merasakan ini strategi Allah yang paling terancang. Di Syria, mujahidin2 sedang bertempur hebat bagi menjatuhkan kerajaan haram Basyar Assad. Hari demi hari kemaraan mereka makin terserlah dan ini terbukti apabila semakin ramai tentera elit dari luar iaitu Iran dan Lubnan dibawa masuk bagi melindungi Basyar terkutuk.

InsyaAllah, kemenangan itu dekat.. Mujahidin2 itulah yang akan berangkat menuju ke Palestin setelah 'membersihkan' bumi Syria dan merekalah tentera Allah yang akan melenyapkan negara haram Israel dari muka bumi. Aku yakin, hari itu akan berlaku!

*************

sentap seketika mendengar ungkapan ini, kalam ikhlas yang terbit dari hati nan bersih.. 

Tempoh hari dalam usrah bersama sahabat seperjuangan, apabila dinilai amalan masing2 tentang solat jemaah, bacaan Al-Quran dan qiamullail, masyaAllah akhirnya dikeluarkan satu titik temu kenapa pemuda zaman sekarang tidak sekuat pemuda2 dahulu di zaman sahabat bersama Rasullullah SAW.

Rupa-rupanya di sebalik hati merasa berat untuk bangun qiamullail di musim sejuk yang mencengkam, tersingkap satu rahsia iaitu bagaimana engkau mengawal diri daripada melakukan dosa. Benar, orangnya kelihatan tsiqah di pandangan manusia, jalannya bertaqwa namun apabila keseorangan, adakah dia masih orang yang sama...

Bukankah Saidina Ali pernah berpesan : 'Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu...'

terima kasih kpd yang membuat ini dan poster2 lain...jzkk
Dalam usrah itu, masing2 menundukkan kepala menginsafi, betapa kadang2 kita memandang rendah kepada perbuatan dosa. Di luar sana mungkin pandangannya menunduk, namun di dalam bilik dialah 'raja stalker'. Di alam maya imannya tertewas, mungkin kerana hati merasa aman dari manusia yang memandang.

Itu baru dikira dari sudut pandangan mata. Belum lagi sentuh masalah hati iaitu penyakit yang paling sukar dirawat. Memandang hina kepada orang di jalanan, hati berasa ujub tatkala dipuji, bahkan menambah2 amalan apabila bersama manusia. Susah bangat syeikh apabila melibatkan hati, patutlah seorang ulama mengambil masa 9 tahun untuk membuang sifat riyak..

Itulah, betapa berhajatnya kita kepada seseorang yang mampu mengingatkan setiap kali diri terlupa atau lalai. Kalau masih rasa diri tidak mempunyai sahabat seperti Syeikh Shamsudin al-Wali kepada Sultan Mohammad al-Fateh, jangan berhenti untuk mencari. Carilah sahabat seperti itu, yang akan menegur saat diri berasa lemah, saat diuji dan ketika kamu berada di 'atas' : 'Sahabat, kini kamu berada di puncak kejayaan, manusia memandangmu sebagai orang hebat..namun jangan engkau lupa hakikat itu, bahawa kamu masih seorang hamba...'


***********


Kepada sahabat yang tinggal tidak jauh dari rumahku, nampaknya kini engkau diuji lagi, dengan ujian yang hampir serupa. Masalah jodoh tidak juga selesai ya, alhamdulillah Dia masih menyembunyikan yang terbaik itu darimu. 

Bukan bermaksud engkau tidak baik, bahkan engkau seorang yang soleh..namun mungkin si dia lebih sesuai untuk si soleh yang lain..

Jangan terlalu cepat untuk mengakhiri semua ini, jalanilah satu persatu sambil menghayati setiap yang Allah hadirkan untukmu. Dalam perjalanan menjadi hamba sehebat Rasullullah SAW, kurangkan menjadi fitnah atau beban kepada orang lain. Sebaliknya biarlah kita yang menjadi penyembuh luka orang sekeliling, menjadi asbab kepada senyuman sahabat handai.


Yang paling penting, tidak sekali2 melakukannya untuk mengejar title si soleh atau mengejar sahabat yang ramai, tidak bukan itu tujuannya. Ramai manusia yang mampu menjaga diri dalam memelihara akhlak mulia, namun tidak ramai yang mampu  menjaga hati hanya untuk Yang Esa. 

Katamu, terkadang engkau merasa bersyukur dalam sedih, sehingga mengalir air mata sendirian. Wahai sahabat, itulah sebaik2 air mata iaitu saat engkau hadirkan kepada tuhanmu di pertiga malam. Alangkah indah saat itu, engkau mengadu segala kesusahan betapa engkau tidak berdaya sedikitpun lantaran lemahnya seorang hamba, saat itu aku pasti, Dia sedang merencanakan sesuatu untukmu...

(Alhamdulillah nampaknya segala2 sedang kembali pulih. Aku tidak mampu memuaskan hati semua orang, setiap orang ada pandangan masing2.. Cukuplah dilunaskan segala kehendak Allah, cukuplah hati mencapai ketenangan dengan itu, aku tidak perlukan apa2 lagi. Dan apa2 yang bakal berlaku selepas ini, semoga Allah masih mengizinkan aku untuk tetap memohon bantuan dariNya.. Bukankah kemanisan berjuang itu ada pada pengorbanan? Wallahua'lam...)

الأحد، 11 نوفمبر 2012

Si Kecil Yang Mengajarku

Bismillahirrahmanirrahim..

Dalam hidup, kita sering merasakan apa yang dalam genggaman adalah milik kita. Walau ilmu di dada masing2 mengakui segalanya hanya pinjaman sementara, namun yang berlaku menunjukkan sebaliknya. Kawan pinjam selipar sekejap dah bermasam muka, housemate guna sabun tanpa minta izin pun dah terbakar hati.

'Oh alangkah indahnya andai setiap insan menyedari hakikat diri seorang hamba, pasti kita tidak akan berkira-kira dalam menabur kebaikan..'

Namun itulah, dunia yang terlalu indah sangat menggoda hati supaya berpaling dari memandang ukhrawi. Melihat setiap kejadian yang berlaku dari hati yang maha bersih, dari kaca mata seorang pendakwah. Lihatlah bagaimana sang bahagia, Rasullullah SAW menjalani kehidupan sehari-hari, perhatikan akhlak terbaik itu dan cubalah berakhlak sepertinya.

Nescaya kamu akan terpana betapa manusia sekeliling memandangmu sebagai insan separa malaikat..

*********


Tersentuh benar hati ini tatkala Allah menghadirkan satu peristiwa di depan mata. Melihat semangat seorang kanak2 perempuan yang masih terlalu kecil demi mencari sesuap nasi. Tuhan dia terlalu muda untuk memahami sunnatullah alam. Ku ternampak kelibat si kecil melintas jalan raya, laju sekali langkahnya. Oh ada dua orang pelajar melayu di sana, si kecil ingin minta sedekah barangkali.

Semoga Allah merahmati kedua mahasiswa tersebut, kelihatannya masing2 menyerahkan duit kepada kanak2 arab itu. Wajah tersenyum ceria menerima, lantas si kecil berlari menuju pada ibunya di seberang sana. Tiba-tiba, datang sebuah teksi kuning meluncur laju...Allah syeikh, bagaimana aku ingin tuliskan, kanak2 itu dilanggar tepat di kepalanya, jatuh terduduk di situ juga.

Teksi itu sempat menekan brek, namun terlalu lambat untuk menghalang bonet depan dari menyentuh kepala si kecil. Namun sebenarnya bukan itu yang menyentuh hatiku, bahkan yang lebih membuat aku muhasabah diri ialah peristiwa setelah itu, tatkala si kecil yang jatuh terus bangun mengutip duit2 syiling yang berteraburan di atas jalan raya.


Tanpa menghiraukan kesakitan di kepala, tanpa keluar setitis pun air mata, dia terus mengutip duit2 itu lalu berlari mendakap ibu yang sedang berlari ke arahnya. Oh tuhan hati mana yang tidak tersentuh melihat peristiwa itu. Di dalam dakapan sang ibu si kecil menangis sepuas hati lantaran kesakitan yang tidak terperi.

Hatiku tertanya sendiri, mengapa dia tidak terus menangis apabila dilanggar, mengapa disimpan dahulu air mata itu. Aku tahu dia sakit, kerana perlanggaran itu kedengaran jelas di telingaku walau kedudukanku agak jauh. Namun setelah melihat sang ibu yang juga peminta sedekah, barangkali itulah jawapannya.

Dua geneh yang baru sahaja diterima mana mungkin dibiar hilang begitu sahaja..Ya Allah aku terasa perit di hati, merasakan Allah sengaja menghantarnya untuk menegur diri ini. Kadang2, diri hanya memandang kosong pada nilai yang kita anggap rendah itu, namun bagi mereka yang memerlukan, itulah 'nyawa' mereka. Oh Allah ampunilah kami atas keangkuhan ini...

*****************


Kelihatannya musim sejuk mula melabuhkan tirai, titisan2 hujan kerap kali membasahi ardhul kinanah kebelakangan ini. Musim yang bakal menguji iman di hati masing2, sekuat manakah diri menundukkan nafsu terutama apabila tiba waktu muazzin memanggil untuk berjemaah di masjid. 

Untuk teman di sana, bersabarlah dan teruskan mujahadah. Jaga hatimu untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini. Aku tahu ia pahit, sering kali membuat hati mengeluh resah namun percayalah dalam hatimu bahawa itulah jalan seorang pejuang. Ummah di sana memerlukanmu untuk hadir memulihkan kerosakan akhlak yang berleluasa.

Usah diharap kemewahan dalam perjuangan kerana sunnatullah orang berjuang pasti merasai kepedihan yang memberatkan hati..

Dan untuk kamu yang di sana pula, andai kini engkau merasa tenang dalam setiap gerak kerjamu, tiada datangnya dugaan yang membuat hatimu merintih kepada Yang Esa, harapnya sudilah engkau muhasabah kembali adakah engkau berada di perjuangan yang benar. Tanya fatwa hatimu, adakah engkau merasa tenang dengan perjuangan seperti itu.

Tidakkah engkau ingin merasakan kemanisan pengorbanan yang berlaku kepada para sahabat dan ulama terdahulu tatkala ingin meninggikan syiar Islam. Dan seandainya engkau menyedari pincangnya perjuanganmu, berhenti seketika dan tanyalah Allah, semoga Dia mengeluarkan engkau dari segala kemelut dunia...

(Saat hati harus memilih, pilihlah jawapan yang memenangkan Allah, bukan nafsu..namun bagaimana pula seandainya jawapan itu semuanya memenangkan Allah, saat itu yang mana jawapan yang terbaik.. Ada orang kata, pilihlah jawapan yang paling kurang mudharatnya atau jawapan yang paling menenangkan..Ya, di bibir senang sekali melafazkan ayat itu namun di dunia nyata, ia tidak semudah yang disangka.. Wallahua'lam)

الأحد، 4 نوفمبر 2012

Meniti Hari Sebagai Mahasiswa Perubatan

Usah terlalu mengharap kepada manusia dalam hidup ini, takut2 niatmu tidak lagi menyebut nama tuhan..Mengapa dibangga pada sebuah perjuangan, mengapa disebut ia di khalayak manusia, tidakkah engkau berwaspada pada syaitan yang membisik..

Aduhai sahabat, tidak perlu rasanya bandingkan dirimu dengan perjuangan Hassan al-Banna, seolah2 engkau sedang merasakan keperitan dan penderitaan yang sama. Tidak sampai seminggu keluar muhafazah atas urusan tarbiyah sudah engkau keluarkan statement seperti itu di facebook. Maafkan ya, aku rasa ia pasti lebih manis sekiranya engkau menyimpan kepenatan itu untuk tuhanmu.

Cuba koreksi diri sendiri, makin ditarbiyah makin melencong akhlak, makin lancang bicara mengata orang lain. Cuma satu pesan untuk diriku dan untukmu, cuba check balik apa tujuan asal mencari tarbiyah, kerana niat awal itu sering menentukan pengakhirannya, buktinya lihatlah golongan agamawan masa kini, yang sebahagiaannya layak digelar ulama su'(jahat).

************


Dalam meniti hari2 sebagai seorang hamba, sering kali kita terlupa tentang 'teguran-teguran' yang Allah hantar kepada kita. Kita menganggap serpihan kaca yang dipijak itu hanyalah sampah yang berlegaran di jalan raya. Selalu kita lupa setiap detik pergerakan kita dalam perhatian Allah, jadi mana mungkin semua yang berlaku atas kita adalah kebetulan dan sia2.

Namun itulah, dunia seorang pemuda sering menipu, sehingga kadang2 tanpa sedar kita berlaku angkuh kepada Sang Pencipta. Kini meniti hari di ward Hepatology, hampir setiap masa berdepan dengan patient2 yang mengalami masalah liver. Kadang kala terasa sayu melihat isteri2 mengalir air mata di hadapan suami yang tidak bermaya, sungguh air mata terasa murah di hospital!

Mungkin kami masih baru dalam dunia hospital sebenar, acap kali juga mengetap bibir terutama apabila menyaksikan prosedur2 rawatan yang menyakitkan. Pagi semalam, entah kami lemah semangat atau tidak, tapi menyaksikan paracentesis yang tidak menjadi itu membuat lutut kami menggeletar.


Bayangkan, jarum sepanjang sejengkal, ditusuk kepada perut patient yang menghidap ascites tanpa bius. Tapi air tidak keluar, lalu dikeluarkan jarum, dicucuk semula. Ah muka patient yang menahan sakit sangat jelas di mata kami, dia memegang kejap tangan sahabat kami, erat. Ya Allah dia tidak sanggup melihat perutnya kala itu.

Berulang kali keluar masuk, seorang sahabatku sudah berundur ke belakang tidak sanggup untuk meneruskan. Sehingga akhirnya, jarum itu mengeluarkan darah, dah cukup doktor kami sudah terlalu kasihan pada patient itu. Dengan wajah yang tenang sang doktor berkata 'We should do ultrasound to this patient, because he had localized ascites..'

Erm mungkin sang doktor sudah biasa dengan situasi begitu, namun bagi kami yang masih setahun jagung ini, rawatan itu sungguh menyiksakan. Aku jadi terfikir, bagaimanakah rasa sakaratulmaut itu, andai yang ini pun sudah tidak terperi. Juga bagaimana rasa ibu melahirkan anak, seolah2 tulang-temulang yang dipatahkan. Alhamdulillah dalam keadaan itu aku bersyukur Allah menciptakan diri ini seorang lelaki.

***********


Itu sedikit dalam dunia perubatan, dan aku pasti betapa kehidupan di luar sana lebih indah dan mencabar. Mencabar semangat untuk berjuang diasak kepenatan, mencabar iman yang kadang2 diuji dengan pelbagai godaan yg melemahkan. Kini segala yang dipelajari dalam kelas2 agama menuntut kepada praktikalnya.

Dalam bab aurat patient, agama mengajar hanya melihat sekadar keperluan sahaja, tidak boleh lebih, tidak boleh saja2 nak tengok walaupun ada depan mata. Tambah2 untuk aurat berat yg hanya dikhususkan untuk suami isteri, lagi2lah kena waspada. Erm pasti kamu terfikir kan, bagaimana agaknya non moslem berfikir dalam bab ini.

Sebab itu kepada doktor wanita atau bakal doktor wanita, sangat disarankan untuk mengkhususkan bidang perbidanan dan sakit puan. Jika aku seorang bakal bapa, pasti aku tidak ingin laki2 yang menjadi bidan kepada anak itu, dan aku pasti tidak boleh terima seandainya dia lelaki non moslem. Mungkin pandanganku ini salah, namun biarlah aku nyatakan saja, iman adalah benteng terbesar yang menghalang diri dari perkara2 dosa seperti ini.


Mungkin bagi non moslem, mereka belajar dalam ethics perubatan harus menjaga amanah dan rahsia patient, menjaga adab dengan patient dan sebagainya. Namun di saat mereka berseorangan dalam dewan bedah atau bilik bersalin, saat dirasakan tiada manusia yang memerhatikannya, adakah pelajaran ethics itu masih melekat di hati?

Kerana aku pernah mendengar cerita dari seorang sahabat Nigeria yang juga belajar perubatan di sini, tentang keadaan Nigeria yang meruncing. Katanya dia belajar kerana jihad. Di sana doktor non moslem membunuh baby2 yang baru dilahirkan, mereka merancang mengurangkan populasi penduduk Islam!

Itulah yang berlaku di dunia sana yang ditutup terus dari media antarabangsa. Bahkan media negara kita sendiri tidak kurang kepincangan dan penipuan. Biarlah, kerana yang pastinya Dia Yang Esa sedang memerhatikan setiap perancangan licik mereka, semoga Allah memenangkan kebenaran di atas setiap kezaliman...ameen..

(Kadang2 apa yang dirancang itu dirasakan sudah terbaik, namun takdir mengatakan rancanganmu tidak sama dengan rancangan Yang Esa. Maka saat itu kembalilah padaNya, mohon maaf atas segala khilaf dan jangan merasa sombong..Saat hati harus memilih, pilihlah jawapan yang memenangkan Allah, bukan nafsu..Semoga Dia menukar segala kepayahan menjadi keindahan.. Wallahua'lam)