السبت، 28 يوليو 2012

Perjuangan Seorang Pemuda

Ketenangan yang luar biasa terasa tatkala berada di rumah, dekat dengan orang tua. Alhamdulillah perasaan hebat yang sukar digambarkan apabila dapat berjemaah maghrib ramai2 bersama keluarga, adik beradik semua balik berbuka di rumah ayah, rasa terharu pun ada, 'Ini suatu nikmat dari Allah..yang satu ketika dulu sangat susah untuk dilaksanakan walau sekali..'


Beberapa hari lepas, Allah izinkan bersolat terawih di masjid besar di kampung, Masjid Mukim Chekok. Usai 4 rakaat dijamu pula dengan tazkirah ramadhan, semoga berguna untuk makanan rohani. Bangunlah sang imam, seorang imam muda yang tak pernah ku lihat tahun2 sebelum ini.


Redup wajahnya, persis suaranya yang mempunyai aura tersendiri, suara serak2 basah. 'Imam jemputan dari sekolah tahfiz barangkali, mungkin lebih muda daripadaku..' Hati berbisik sendiri.


'Assalamualaikum tuan2 dan puan2...'


Oh dari Indonesia rupanya, semua makmum kelihatan mengangkat2 kepala demi melihat sang penceramah.


'Hari ini mungkin sedikit sahaja tazkirahnya, 10 minit sahaja mungkin...'


Lalu ditadabbur surah Al-Asr, ayat satu hingga tiga. Mungkin disebabkan bahasa Indonesia yang digunakannya, yang selalu sahaja menghiasi kaca2 televisyen masa kini, hati seolah2 terkesan dengan setiap bait2 yang dituturkan. Demi Allah dia memiliki suara yang begitu merdu, terutama apabila suara itu digunakan untuk membaca kalamullah, terasa ayat itu dekat dengan hati.


Sebelum menutup kalam bicaranya malam itu, beliau mengkhabarkan dirinya datang dari Maahad Lambung, maahad untuk kanak2 menghafaz Al Quran. Rupanya beliau adalah salah seorang pendidik di maahad tersebut, bukan pelajar seperti yang ku sangka sebelum ini.

'Datang jauh dari sana, adalah satu perjuangan..Memasak sendiri seorang diri di sini, adalah satu perjuangan..Saya baru sahaja menikah pada 16.7 lalu, seterusnya meninggalkan isteri di sana, juga merupakan satu perjuangan..'

Para makmum kelihatan tertanya2, aku sendiri terkejut sebenarnya dengan kenyataan itu..'Masakan dia sudah berkahwin? Yang sebetulnya berapa umur beliau? Bermacam2 soalan bermain di fikiran, maknanya tak sampai seminggu kahwin dah tinggal isteri datang ke Malaysia untuk jadi imam? Andai benar begitu, masyaAllah hebat sungguh pemuda ini..

'Umurnya baru mencecah 24..Makanan berbuka semuanya dimasak sendiri..hulurlah ayam panggang pun, dia hanya menggeleng kepala, dan tetap dengan masakannya iaitu nasi berlaukkan tempe cicah budu..'

Subhanallah, hati bertasbih seketika mendengarkan kisah tentang imam muda itu yang diceritakan oleh imam Masjid Chekok. Wajahnya yang bercahaya dan begitu menenangkan bagi setiap yang memandang, menimbulkan kekaguman tersendiri.


Aku sendiri tidak pasti sekuat itukah aku untuk berjuang di jalan Allah, dalam membebaskan jahiliyah moden yang sedang membelenggu anak2 muda masa kini. Meninggalkan isteri dalam usia perkahwinan yang tidak sampai seminggu itu adalah satu anugerah Allah yang hanya diberi kepada mereka yang terpilih.

Ya beliau datang jauh dari seberang sana, demi mencari peruntukan untuk membesarkan maahad tahfiznya, lalu kepulangannya dinantikan oleh anak2 Indonesia. Anak2 yang bakal bergelar hafiz dan hafizah, seterusnya menyinari ummah dengan nur Al-Quran yang memberkati. 

*********

Cuti kali ini penuh dengan kelainan, berbeza dari yang biasa. Alhamdulillah syukur bagi Allah, sungguh aku dapat merasakan kebahagiaan tatkala menemui mereka2 yang hebat itu. Kalau sebelum ini di Mesir muamalat ku banyak bersama mahasiswa dan ustaz2, walau mereka semuanya pemimpin2 pelajar namun masih lagi bergelar mahasiswa.

Dan kini muamalat dengan golongan berbeza banyak mengajar pengalaman2 yang mengesankan. Bertemu dan bermensyuarat dengan pakar2 perubatan, wakil2 rakyat, ketua2 kampung dan ajk2 masjid rupanya satu pembelajaran yang ku kira satu nikmat dari Allah. Cara bercakapnya lain, mereka juga bergurau tapi bergurau cara orang tua.


Ada yang ku lihat akhlaknya sangat baik, begitu pemurah. Seorang ajk masjid, sudah berumur sanggup menanggung perbelanjaan berbuka puasa bagi mahasiswa perubatan di Mesir yang seramai 120 orang. Apabila ku khabarkan pada ayahanda, lalu ayah memuji sifat pemurahnya itu. Benar, mugkin dia orang kaya, tapi ramai mana orang kaya sekarang yang sanggup bersedekah RM50 kepada masjid, bagi orang2 bakhil jumlah itu terlalu besar.

Penting jugak sebenarnya pengaruh isteri dalam hal ini. Andai isteri jenis yang berkira, ku kira untuk membuat kebajikan dengan cara bersedekah begini pasti mendapat sedikit 'tentangan'. Alangkah indahnya rumah tangga itu, bila mana suami mahu melakukan amal jariyah, si isteri lalu menyatakan 'Awak, tambahlah lagi..kalau tak cukup kita kurangkan perbelanjaan bulan ni, kita kurangkan jalan2, yang penting masjid tu perlu dibesarkan dengan kadar segera..'
Wallahua'lam...


الأحد، 22 يوليو 2012

Ramadhan Itu Perjuangan

Seolah2 sedang melalui terowong masa yang mencepatkan, berlalu pantas meninggalkan insan yang terleka. Namun begitulah lumrah insaniah di dunia, segala2 tidak akan sedari sehinggalah sesuatu yg berharga itu beransur pergi.

Tanpa disedari, kini sudah separuh jalan telah dijalani dalam perjalanan mengejar cita2 bergelar seorang doctor.

Harapan yang tergalas di bahu masing2 yang suatu ketika dahulu dirasakan terlalu berat, kini secara tidak sedar ia telah pun dijalani. Mengenangkan zaman kanak2 dan remaja dulu, Allah terasa jauh dengan dunia kini.

Zaman kanak2 yang penuh lumpur dan mandi sungai, masuk hutan kadang kala, kemudian Allah asingkan dunia itu dengan memasukkan diri ke asrama penuh seterusnya ke Mesir. Perjalanan iman itu terlalu panjang, bermacam2 peristiwa Allah hadirkan di depan mata lalu menzahirkan antara kebenaran dan kebatilan, kezaliman dan keadilan.

Pejuang Pembebasan Syria sedang menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama puasa di Syria yang jatuh pada hari Jumaat, 20 Julai. Walaupun sekadar kurma dan air sejuk,ia sudah memadai. Kita perjuang Islam disini???

Tarbiyah yang hebat bukan sekadar diperoleh melalui usrah2 berpanjangan melainkan ia juga menuntut perjuangan menentang kezaliman, perjuangan meninggikan kalimah Allah di muka bumi.

Sangat rugi kan kita hanya melihat dari jauh orang2 bermandi peluh dan mengalirkan air mata darah tatkala berjuang demi menegakkan Islam dan keadilan, tanpa kita turut serta dalam perjuangan itu. Apa, selepas Islam menang barulah kita ingin datang menyahut seruan Islam untuk berjuang? Ruginya kita saat itu, kerugian yang bersangatan..

Kini berada di rumah ayahanda tercinta di Kota Bharu, terlalu banyak perubahan sedang berlaku, perubahan positif dan negative. Seronok melihat di masjid dan surau yang semakin ramai dihadiri orang2 muda. Tidak sangka masjid yang dahulunya hanya dipenuhi dengan orang2 tua, kini tidak terbilang lagi muka2 baru turut memenuhinya.

Beberapa jam sebelum azan maghrib pertama dalam bulan ramadhan, masih ramai yang berpeleseran memakai seluar pendek dan bersuka ria. Hati lelah untuk bersangka baik, mereka semua suami isteri ni, semua da kawen neh. 

'Kalau tak rasa sesuatu di hati, tak rasa berdebar ataupun bergembira dengan kedatangan ramadhan, check balik hati tu..dah kotor sangat dah tu..’
-khatib solat jumaah-

nikmat air setitik..

Satu lagi perkembangan positif yg ku kira akan menguntungkan ummah untuk suatu jangka masa panjang ialah ramainya kanak2 yang memenuhi masjid biarpun mereka berlari berkejaran. Aku ingin negara ini menjadi seperti Mesir yang walaupun ekonominya biasa2, namun ibadah mereka sgt menggetarkan hati kita orang Malaysia.

Dan ku kira antara asbab kepada kehebatan ibadah itu ialah kerana pada waktu kecil mereka selalu mendampingi masjid2 yang sangat banyak di Mesir. Mereka juga main2, tapi ibu bapa mereka tidak pula marah, hanya mengisyaratkan dengan jari supaya diam. Itulah kenapa jiwa mereka rapat dengan masjid dan kesannya dapat dilihat apabila bila mereka dewasa, masjid tetap menjadi kunjungan walau masing2 memakai jeans dan baju ketat2.

Apabila membuka internet melihat dunia luar, sungguh hati ingin menangis melihat setiap image2 terpapar. Kenapa mereka terlalu zalim terhadap umat Islam, mungkinkah mereka adalah syaitan bertopeng manusia yang ingin menghancurkan terus kalimah Allah di muka bumi..syaitan yang sebenar2 syaitan, kami mengisytiharkan perang terhadapmu!

Dan kita orang muda di Malaysia masih terlena dibuai kenikmatan hidup yang menyesatkan. Ketika dalam flight pulang ke Malaysia dari Doha, ditakdirkan duduk bersebelahan satu keluarga melayu yang bekerja di Doha. Bersama2 anak2 yg masih kecil, banyak bercerita tentang itu ini. Kemewahan keluarganya terpamer apabila si cilik yang hanya berumur setahun lebih sudah mempunyai iPad sendiri.

tak tau kenapa rasa kucing ni macho sgt..

MasyaAllah diri yang sudah berumur lebih 20 tahun ini pun tidak mampu memilikinya, barangkali kewangan keluarganya begitu hebat. Namun kemewahan itu dibayar dengan harga yang cukup mahal apabila melihatkan kondisi keluarganya, sang ibu yang tidak menutup aurat, anak lelaki berumur 14 tahun yang hanya berseluar pendek sepanjang perjalanan, bercakap melayu pun pelat.

Hati beristighfar beberapa kali menyaksikan senario itu. Takut, berdebar. Mampukah suatu hari nanti aku memimpin keluarga menuju jannahNya yang terlalu indah itu, atau mungkinkah aku juga kan tertewas dengan kenikmatan dunia ini, nauzubillahi min zalik.

Sungguh segalanya memerlukan perancangan dan usaha2 agama yang bersungguh2. Walau pundak berat menanggung, akan ku cuba sedaya demi memastikan keindahan Islam tersemat kemas di dada isteri dan anak2.

Syurga Allah itu terlalu indah kan, maka ia juga menuntut mujahadah setinggi langit seteguh gunung. Ingin sekali aku menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf, segala kemewahan dunia yang dimilikinya justeru digunakan sebaik mungkin demi menggapai redha Yang Esa.

(Perjuangan tidak akan berakhir di sini, demi Allah ia tidak akan berhenti sehinggalah nyawa berpisah dari jasad. Kini bergelar seorang mahasiswa, andai segalanya berjalan lancar insyaAllah tiga tahun lagi akan menggalas cabaran sebagai seorang doktor pula.. Tapi melihatkan dunia Malaysia, semakin berkobar2 rasa di hati, perjuangan memulihkan ummah akan diteruskan! )

الاثنين، 9 يوليو 2012

Hadirnya Dinanti Perginya Dirindui

Manusia yang bermanfaat, sesiapa mendekati pasti akan tercuri hatinya.. Keramahannya benar-benar menjadi penyejuk hati yang sedang membara. Sekiranya orang berakhlak mulia ini tiada, maka sesiapa pun akan merasa kehilangan, akan merasa sesuatu yang kosong di rongga kalbu. Itulah insan berakhlak- seseorang yang hadirnya dinanti, perginya dirindui..

Hebatkan orang itu, aku percaya semua orang yg waras dalam hatinya ingin menjadi begitu..Siapa yg tak nak, disayangi oleh semua orang..Pernah sekali aku berjalan dengan Syeikh Mohammed Hamed, dan terlihat seorang pemuda sedang bergurau dengan anak kecil..Lalu syeikh membacakan sepotong hadis 'Kasihilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan mengasihi kalian..


Akhlak itu bukan lalang,
Tumbuh sendiri di tanah lapang,
Tak perlu baja tak perlu dijaga,
Naik sendiri tumbuhnya melata..
-Ustaz Hasrizal-


Kadang2 kita perlu menyembunyikan gelisah di hati demi menghadirkan senyuman ikhlas kepada orang sekeliling.. Masalah tidak akan menemui titik noktahnya, ia akan berulang dan terus berulang..Namun saat masalah itu berkecamuk di fikiran mampukah kita menzahirkan budi pekerti yang mulia pada sahabat sekeliling..Atau di saat itu terus keluar sifat sebenar yg selama ini tertutup..bermasam muka, jawab soalan acuh tak acuh bahkan cakap tak pandang muka pun..




Mungkin benar, kadang2 dia datang time yang kita tak selesa utk menerima perbualan, tapi sahabat itu manusia kan..maka sekurang2nya biarlah layanan itu selayak yang dterima oleh seorang sahabat, bukan layanan utk seorang musuh.. Teringat masa Form 1 dulu di MRSM Kota Putra, masa tu tengah belajar tentang penjajahan melaka, macam2 strategi dirancang utk dapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis dan Belanda..

Kemudian cikgu sebut, 'Dalam hidup ni, jaga betul2 apa yang dalam genggaman kita..Sekali ia terlepas, mungkin itulah kali terakhir kita merasakannya dalam genggaman..'

Begitu juga dalam persahabatan, akhlak perlu dijaga..Kadang2 kita langsung tak kisah bila kawan terasa dengan kita, 'Ah biarlah dulu, nanti 2 3 hari datang balik cari aku..' Itulah yang selalu berlaku, dan kita terlupa hati sahabat itu ialah hati seorang insan..Andai kata, itulah kali terakhir dia mendatangi kita, itulah kali terakhir kita melihat dia menjejakkan kaki ke bilik kita, saat itu mungkin baru kita sedar betapa berharganya sebuah persahabatan..betapa mahalnya harga yg perlu dibayar untuk mengembalikan sebuah persahabatan yang terurai..



'Tak boleh la, aku memang macam ni..nak exam je jadi malas nak jumpa orang..' 


'Aku dengan kau je macam ni, dengan orang lain aku baik..'

Pandai kan kita mencipta alasan, seolah2 kita bersahabat dengannya hanya untuk mengisi kesunyian.. Langsung tak menghargai persahabatan yang kononnya dibina kerana Allah.. Itu baru persahabatan, bagaimana nanti di alam rumahtangga.. Adakah kita akan menjauhkan diri daripada isteri setiap kali tibanya imtihan, nak ambil PhD contohnya..

Saat itu adakah kita akan mengatakan perkara yang sama 'Abang memang macam ni bila time exam, awak tak payah ganggu saya ye..nak dok sorang2..' Kita kena ingat, sebelum menjalani rumah tangga bahagia, terlebih dahulu kena betulkan persahabatan dengan sahabat2, housemate dan semua orang..Kerana perkahwinan itu adalah reflex kepada kehidupan masa kita bujang, awal2 perkahwinan je baik macam malaikat kemudian akan kembali seperti sediakala..

Maka nak tak nak kita kena jadikan diri kita 'baik semulajadi', baik seperti Rasullullah, bukan baik yang dibuat2.. Kerana kita manusia, kerana kita sedar kawan kita juga manusia..maka hargailah perasaan dia sebelum terlambat.. Untuk diri kita juga sebenarnya, dalam perjalanan menjadi insan yang hadirnya dinanti, perginya dirindui.. InsyaAllah, doakan semua orang..

الاثنين، 2 يوليو 2012

Menanti Kehadiran Ramadhan

Dalam menghitung hari utk pulang ke Malaysia, terselit sedikit kesayuan di hati.. Bagaikan tak sanggup meninggalkan Mesir walaupun untuk seketika..Demi Allah semakin hari cinta kepada bumi anbiya' ini semakin mekar..Apatah kini setelah naiknya pemimpin baru Mesir Dr Mursi, perasaan cinta itu semakin membesar..

Kalau dulu kami takut untuk menyebut perkataan 'Palestin' pun (kerana undang2 darurat), kini kami sudah berani berdebat depan2 betapa Palestin akan dibebaskan tidak lama lagi..bahawa Israel akan dikalahkan sedikit masa lagi, dan pemimpin perjuangan itu adalah Dr Mursi sendiri!

Teringat masa first year dulu, masa tu solat asar di Masjid Ammar ibn Yassir..Bangkit dari sujud, duduk antara sujud, tiba2 terasa orang di sebelah tersentak, menggeletar..tapi dia masih meneruskan solat..Selesai memberi salam terus dia berlari keluar seolah2 mencari sesuatu.. Seorang demi seorang arab mengerumuninya, sambil mata melilau2 melihat sekeliling..


Patutlah dia tersentak masa tengah solat, rupa2nya handphone dan walletnya dicuri orang..Dia sedar benda tu, tapi mungkin perasaan takut kepada Allah lebih besar membuatkan dia tidak sanggup menghentikan solat fardhu itu..Kalau kita sendiri, entah2 dah berlari kejar pencuri tu..Yelah nampak kan dia mencuri, insyaAllah memang dapat la kalau kejar terus..Tapi dia tidak, dia selesaikan dulu solatnya..


Itulah yang kadang2 membuatkan diri kagum dengan orang Mesir, ibadah mereka mengagumkan.. Bak kata JKK Alex iaitu Naza Indoro 'Aplikasi ibadah yg maksimum didlm kehidupan mereka amatlah hebat..apabila mengimbau kenangan smasa 1st year, pernah di tarik oleh seorg lelaki arab yg memakai rantai di tengkuk dan menyuruh utk rapat kaki & luruskan saf.. terkesima diam seribu bahse..'


Alhamdulillah, mungkin tahun lepas Allah izinkan aku melihat sendiri bagaimana ramadhan di Mesir dan haramain (Makkah dan Madinah) supaya mengambil iktibar bagaimana sepatutnya ramadhan itu dijalani..Ia bukanlah seperti di Malaysia, setiap petang semua orang berkerumun di bazar ramadhan memburu juadah berbuka..Tidak itu semua tiada dan tidak penting pun! Di sini tiada bazar ramadhan, tiada ayam madu, kuih muih dan juadah2 yg istimewa..

Pasar hanya berjalan seperti biasa, tiada khemah2 yg baru dinaikkan..kerana mereka tidak menunggu waktu berbuka sebaliknya yg dinanti ialah solat terawih berjemaah dan membaca Al Quran sebanyaknya.. Sebab itulah lepas maghrib je mereka dah mula memenuhi masjid..

'Kita terlalu mengejar kesempurnaan ketika berbuka puasa, sedangkan rahmat Allah yg sepatutnya direbut itu kita tak ambil peduli pun..'


Menjelang 3 minggu sebelum ramadhan, kanak2 mereka sudah sibuk menghias jalan2 dengan reben2 dan hiasan yg mengindahkan.. Rumah kami sendiri sudah beberapa kali diketuk oleh kanak2 arab dan mintak duit, katanya 'zina' berulang kali..Pening aku dibuatnya apa zina ni, takkan ada orang berzina.. Tanya Mori, oh zinah ke (hiasan) Ustaz Akli pernah sebut dulu..

19 tahun di malaysia, dan 1 tahun menyambut ramadhan di Mesir, dengan penuh yakin aku mengatakan solat terawih di sini jauh lebih terasa auranya.. Bukan setakat masjid yang melimpah ke luar, solat di atas jalan2 raya, berbaris panjang sehingga banyak jalan ditutup, bahkan makmumnya sangat baik hati..mereka mengagih2kan air percuma kpd makmum di sepanjang jalan..

Imam dan makmum yang sama2 kuat penghayatan mereka terhadap makna bacaan Al-Quran.. Terutama bila sampai part doa qunut dalam rakaat terakhir, masyaAllah seolah2 bergema bumi Iskandariah dengan tangisan mereka mengaminkan doa imam dalam keadaan janggut masing2 dibasahi air mata..

(Kami dalam musim imtihan, tolong doakan kami..Kalau Allah izinkan, maka inilah exam final kami yg terakhir sebelum menjejak kaki ke klinikal year tahun depan..Dan dalam fatrah beginilah berita2 perkahwinan itu selalu sampai..Alhamdulillah semakin ramai yang bermotivasi untuk kahwin muda, semoga segalanya dipermudahkan dari awal hingga ke akhir..Kahwin itu menyempurnakan separuh agama, kan.. ^_^)