الاثنين، 28 مايو 2012

Apabila Tanah Air Memanggil

Menantikan keputusan pilihanraya Mesir, adalah sesuatu yang mendebarkan..Sungguh besar nikmat Allah, dapat merasakan sendiri suasana itu..Berada di tengah2 penduduk arab mesir, rupa2nya ramai juga yang inginkan Muhammad Shafiq sebagai presiden..Sebelum ini ku sangkakan yang akan sengit bersaing ialah Muhammad Mursi dan Abul Futuh..

Tapi itulah, perancangan Allah lebih rapi..Kini persaingan akan menjadi lebih tertutup namun tetap bahaya! Persaingan yg akan menentukan jatuh bangunnya Islam..Allah, tak dapat ku bayangkan apa akan berlaku seandainya Mursi tewas kali ini..

**********

Tak sabar rasanya nak balik Malaysia, rindu di hati sudah membuak2..Tak sabar nak berjumpa dengan si comel Haura, anak saudara ku yg pertama..Maklumlah, hari tu masa datang sini setahun setengah yg lepas, Haura Humaira baru sahaja dilahirkan, tak sempat kenal lagi bapa sedare dia ni..

Masih jelas di ingatan ketika hari terakhir ku di Malaysia, ku mengunjungi Haura di rumah mertua abangku, ketika itu dia sedang tidur..Ku keluarkan 5 pound egypt (geneh) dan tinggalkan di sebelah bantal Haura..Aku sendiri tidak pasti kenapa aku melakukan demikian, kerana sudah tentunya Haura masih terlalu kecil untuk mengenal kertas itu..

Tapi yg pastinya, aku menginginkan Haura melihat sesuatu di wang kertas itu, masjid..Ayahnya tersenyum melihat perbuatanku itu, senyuman penuh makna.. 'Semoga suatu hari nanti si kecil ini bakal menjadi serikandi Islam yang solehah seterusnya melahirkan generasi Al-Quran yang berakhlak terbilang..'


Juga hati ini sudah terlalu ingin bertemu dengan dia, saudara rapatku..Seseorang yang tidak pernah ku tinggal dari menyebut namanya dalam setiap tadahan doa kpd Allah..Kerana dulu dia pernah leka dengan dunia, lalu meninggalkan Allah sehingga al fatihah juga telah luput dari ingatannya..

Apalah yang aku bisa lakukan, walau hati ini terlalu ingin melihat dia bersujud pada Allah..Ya, dia saudara terdekatku yang sangat liar beberapa tahun dahulu..Kali terakhir ku melihatnya, dia dalam keadaan yang cukup naif..Namun beberapa bulan terakhir ini, aku mendapat berita dari Malaysia bahawa dia sedang berubah! 

Bahkan ibunya memberitahu dia terlalu ingin bertemu denganku dan bersama2 solat terawih, dan aku ingin mengajaknya bersolat di masjid Tok Guru Nik Aziz..Alhamdulillah, terima kasih Allah! Demi Allah ini perkhabaran yg sangat menenangkan..

Dia sudah berjinak2 dengan masjid! Walau sebelum ini dia telah melupakan terus ibadah wajib itu, puasa tidak pernah cukup, bahkan kalimah Allah tidak pernah terbit dari bibirnya..sungguh dalam hati ini tersemat dendam kesumat terhadap najis dadah..

'Setiap pembuat maksiat itu pasti ada cahaya Allah di hatinya..
dan tugas seorang daie ialah mencari dan mengeluarkan cahaya itu..'
-Ustaz Syed Ridhwan-

Aku ingin sekali bertemu dengan dia yang telah menjadi asbab kepada penghijrahan saudara ku itu..Jasanya terlalu besar..Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..Allah sudah mendengar doa dari semua..

(Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya..karena sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada,yang ada hanyalah keikhlasan hati untuk menerima kekurangan..)

الاثنين، 21 مايو 2012

Hubungan Yang Menjanjikan Bahagia

Sedang berjalan, mata terpandang dua manusia yang berpegangan tangan, si anak kecil dan ayah.. Sesekali si kecil sengaja menarik ayahnya ke arah bertentangan, dan si ayah membuat muka kononnya merajuk..huhu sweet sekali!

Aku masih mengekor dengan pandangan, memperlahankan langkah..Dan sekali lagi, tiba2 si kecil mencium tangan ayah..Si ayah memandang, lalu dipeluknya sang kecil, dan mengucup manja pipi haha dua2 tergelak bahagia..

Jarang sekali kan melihat pandangan demikian di Malaysia atau lebih tepatnya dalam kalangan melayu..Tapi di sini, entah apa yang diajarkan sang bapa, tapi anak2 kecil mereka sangat manja dengan orang tua..Selalu melihat di masjid2, ketika bapa sedang bersolat, si anak kecil menunggu dengan sabar..Sebaik sahaja imam memberi salam, terus si anak melompat ke atas ayahnya..

Dan si ayah tidak langsung marah! Malah di kucupnya pipi si anak..Kalau di Malaysia, agak2 pernah tengok tak situasi macam ni? Makin di marah adalah, kononnya mengganggu orang solat lah! Budak kecil tak boleh bermain dalam masjid, belum berkhatan katanya..



Sy sendiri pernah dirotan di surau sebab solat gurau2 dengan abang..Huhu masa tu darjah dua, memang nak main2 je la kan sepanjang masa..Tapi bila dah besar ni, belajar tentang sirah Saidina Muhammad, kadang2 merasakan didikan melayu terlalu 'keras'..


Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain (rawi hadis tidak pasti) menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:
“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.
Mungkin ini salah satu sebabnya generasi muda masa kini kurang mendekati masjid..Dalam hati tiada rasa cinta kepada rumah Allah yang sepatutnya diterapkan sejak kecil..


*********


Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA maha gagah lagi maha bijaksana. (al-Anfal, 63)


Ketika ayat ini dibacakan Abang Rahim, tertunduk memikirkan..Demi Allah, maha mendalam maksud di sebaliknya..


Penat masih bersisa selepas bermain galah panjang, baling selipar dan aktiviti kebudak-budakan! Ada lagi kena kejar anjing..Huh yang ni paling mendebarkan..Ada ke arab penjaga pantai ni sengaja lepaskan anjing dia, kejar kami yang tengah seronok2 main..Apa lagi macam kena serbu dengan tsunami la, habis semua bertepiaran lari..

Nasib baik dalam kalangan kami ketika itu ada hero malaya, Usaid! Beliau langsung tidak gentar, bahkan berani berdepan satu lawan satu dengan anjing itu..Dalam kekalutan melarikan diri, aku sempat berpaling melihat si Usaid sedang membaling dan menyepak pasir kepada sang anjing..Aku meneruskan larian bertenaga, huhu takut bah.. 

Bila berpaling lagi, ku melihat Usaid sedang mengejar anjing itu dengan sebatang kayu! Haha suasana yang gamat menjadi lucu..Tengok2, semua orang yang tadinya dekat2 pantai (lebih 50 org), ada sebahagian dah ada dekat atas, huhu laju sungguh naa depa lari..

( Bukan kami takut anjing, malas nak sertu saja bah ^_^ )

yang dah kawen pn kena baling dlm laut..
huhu teruk sungguh budak2 ni


Berbalik kepada tazkirah Abang Rahim...

'Kadang2 kita sibuk memikirkan, apa lagi yang boleh kita lakukan utk mengeratkan ukhwah sesama kita, sesama ahli usrah dan dalam ahli batch..Tapi dalam kesibukan itu, kita terlupa satu perkara, bagaimana dengan sahabat2 kita yang memang kita sudah erat dengannya....sudah terjaminkah ukhwah itu akan berkekalan?'

Kadang2 dalam tak sedar, perbuatan kita telah mengguris hati sahabat..Dia call kita, ingin meluahkan masalah hatinya tapi senang2 kita cakap call 15 minit lagi boleh tak, ada kerja la sekarang..Kita kurang mengambil berat tentangnya, walhal dia tidak meminta apa pun dari kita..Yang perlu kita lakukan hanyalah sekadar mendengar, tapi bagi dirinya sendiri akan merasakan bagai terlepas dari beban yang maha berat selepas meluahkan itu..

Kita bukan sahabat yang baik kan..

Kita selalu mengatakan 'Patutnya dia melayan aku macam ni, bukan macam tu..' 'Aku tak sangka dia buat tak tau je bila aku pergi rumah dia..'

(Itulah yang berlaku apabila kita 'terlalu mengharap' dalam persahabatan.. Benar ia tidak berdosa tapi alangkah indahnya andai kita mengamalkan 'Erti hidup pada memberi' terutama dalam hal ini.. Kita yang memulakannya, dan tidak mengharapkan orang lain melakukannya utk kita .. Akhirnya, hati sendiri akan merasakan kebahagiaan..dan dari situlah lahirnya senyuman yg ikhlas.. Wallahua'lam)


الاثنين، 14 مايو 2012

Usahlah Usaha Sesuci Itu Dihalang

Kala ini, hati ingin berbicara tentang akhlak lantaran tersentuh melihat peribadi mulia seorang sahabat secara tidak sengaja..Sebelum itu, bagaimana kita menilai seseorang itu baik atau kurang baik? Adakah dengan melihat si dia selalu menghadiri kelas agama, lalu dia dikira baik? Atau selalu terserempak dengannya dengan berjubah dan berserban, baikkah dia?

Lalu bagaimana halnya dengan seseorang yang kita tidak pernah lihatnya di kelas2 agama, adakah dia dikira kurang baik? Dia selalu memakai jeans dan baju yang macho2, adakah dia kurang baik? Sebetulnya itulah yang aku anggap sebelum ini..Namun minggu lepas ku kira pandangan itu sedang cuba bertukar..

Azan zohor sedang berkumandang.. Aku sedang study ketika itu di universiti, sorang2.. Dan tiba2 datang seorang sahabat, 'Jom la pergi solat, dah azan tu..'

'Jap ek, aku nak habiskan page ni dulu..'

Dia memandangku 'Aku rasa mustahil kau tak pernah dengar kisah tukang rumah menyusun bata..?'

Gulp! Datang rasa bersalah dalam diri.. 'Aku pernah dengar...'


********


Bagaimana sebenarnya lelaki baik itu diiktiraf? Pernah aku bersama seorang sahabat yang soleh..Namun bila masuk waktu solat, pergerakannya masih malas2, langsung tidak menunjukkan kesungguhan utk ke masjid..Walhal orangnya warak, selalu berjubah dan kemunculannya di majlis2 ilmu memang selalu dinantikan..

Setelah ditegur minggu lepas, aku langsung terfikir akan persoalan itu..Sahabat yang pertama, penampilannya biasa, pakaiannya biasa..Tapi disebabkan satu ilmu yang dia tahu, terus dipegang dan diamalkan bersungguh2..Berbeza dengan orang kedua, mungkin ilmu2 agama selalu melalui corong telinganya, tapi disebabkan itu juga dia jadi tidak endah dan kurang beramal dengan ilmu2 yang banyak..

Dan di sini, sekali lagi, manakah yang lebih baik..Ada lagi dalam perkara mencegah kemungkaran..Pernah beberapa peristiwa yang ku saksikan depan mata, orang2 yang dianggap biasa inilah yang lebih kuat nahi mungkarnya, kerana walaupun sikit, dia ada ilmu tentang itu, kerana dia tahu itu salah dan terus diperbetulkan yang salah itu..


*********
Kisah tukang rumah dan bata..

'Ada seorang tukang rumah yang soleh..Kerjanya ialah membuat rumah..Satu hari ketika sedang bekerja, azan berkumandang..Masa tu dia sedang memegang bata terakhir untuk menyiapkan rumah itu..Dan sebaik mendengar laungan 'Allahuakbar Allahuakbar!' terus dia turun utk ke masjid..Ada orang bertanya kenapa tidak dia habiskan, lagipun tinggal satu bata je lagi..

'Aku khuatir akan hilangnya keberkatan rezekiku, dan juga keberkatan rumah itu..'


********



Tinggal sehari lagi menjelangnya Hari Nakba, hari malapetaka..Dan kini, semakin mendekatnya hari pengundian pemilihan Presiden Mesir, makin bersemangat rasanya..Demi Allah, sungguh aku ingin pemimpin Islam memenangi jawatan itu, Abul Futuh atau yang lebih utama (bagiku) Muhammad Mursi..

Ku lihat ada status di Fb, mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin sengaja memainkan isu Palestin, dan lebih buruk kononnya ingin meraih undi rakyat..Astaghfirullah aku berharap agar dia tidak sengaja menulis ayat demikian..

Andainya dia tahu betapa gawatnya suasana di Palestin ketika ini..Andainya dia tahu Masjidil Aqsa dalam keadaan yang cukup kririkal..Ku ingin Allah khabarkan padanya keadaan sebenar Palestin, walau dalam bentuk mimpi sekalipun..Ilmu ku tidak banyak, lalu ku cuba mencarinya, cuba menghadiri kelas2 yang membicarakan tentang isu2 Palestin dan Syria..

Cukuplah membicarakan perkara2 khilafiah, isu tahlil, doa qunut, maulidur rasul, cukuplah! Bukalah mata mu, pandanglah dunia yang semakin ditindas..Aku hairan melihat orang2 yang 'kuat' memainkan isu khilaf sebegini..Apa, Israel sudah dihapuskan dari Palestinkah? Sudah tiadakah umat Islam yang dibunuh di mana2, di Pattani, Nigeria? Tidak tahu, atau sengaja tidak ambil tahu?




Rasa bersalah pada saudara seakidah kita di sana..Kita mengaku sayangkan Islam, tapi sabda Saidina Muhammad kita pandang sebelah mata sahaja..Lebih besarkan isu khilaf dan bangsa yang sememangnya sudah lama diselesaikan beratus tahun dahulu..

'Eh mana boleh, kita wajib tahu, ni hadis dhaif, tu hadis hasan, tu nabi tak pernah buat..' Allah, saudara kita sedang disembelih di sana, awak sedar tak? Ulama sediakan fiqh aulawiyat, mana yang lebih perlu diutamakan, pandai kita jawab, 'Eh zaman nabi takde mende2 ni...'

Saudara seakidahku, cubalah belajar sejarah..Cuba kaji balik bagaimana kerajaan besar Turki Uthmaniyah boleh jatuh..Cuba lihat balik apa faktornya Tanah Melayu lambat merdeka..Dan cuba baca peristiwa yang menyebabkan Indonesia yang hampir bersatu, namun akhirnya berpecah, seterusnya membantutkan tujuan asal iaitu menuntut kemerdekaan..

Benar, kita bukan bersumberkan sejarah sebagai sumber hukum, tapi tak salahkan mengambil setiap pengajaran yang terselit..Bukankah mereka yang tak mengenal masa lalunya, akan mengulangi kisah itu kembali?

Sibuk menghentam ulama itu ulama ini, taksub dengan pimpinanlah, sibuk beramal dengan perkara2 bid'ah lah..Itu yang kita nampak..Sedangkan isu2 Palestin dan Syria yang sentiasa dipapar di Fb, kita tak pernah tekan pun link itu..Kononnya itu berita yang sama setiap hari..




Kalau musuh Islam boleh bersatu untuk hancurkan Islam, kenapa orang Islam sendiri tidak melakukannya..Kalau orang buat maksiat, mereka bergabung..tapi orang2 yang kuat Islamnya sendiri tidak mahu bertegur sapa..Masih sibuk membid'ahkan setiap amalan yang orang lain buat..

Yang sebenarnya siapa musuh kita, maksiat yang terang terangan berlaku, atau orang Islam itu sendiri.. Kadang2 hairan, kenapa boleh jadi macam tu, kenapa makin banyak yang dipelajari makin banyak pula kesalahan2 ulama kita telanjangkan..Kita cari ilmu sebab nak bongkarkan kesalahan ulama kah?

Dan yang masih menambah kesangsian ialah yang diserang ialah ulama2 muktabar, yang telah diyakini ilmu mereka, yg akhlak mereka masyaAllah seratus peratus pure mengikut Rasullullah SAW..Ulama2 sebegini yang kita serang, dan katakan mereka bid'ah..Allah, tak terbayang bagaimana di akhirat betapa tingginya darjat mereka di sisi Allah..sedang kita seenaknya mengatakan mereka ahli neraka dengan membid'ahkan mereka..

(Hati sedikit membahang dengan pilihanraya Mesir ketika ini..Risau kalau2 calon yang menang nanti ialah Amru Musa atau Muhammad Shafiq, alamatnya berlaku revolusi kedualah..Tolonglah sahabat sekalian, doakan kemenangan Islam! Mohonlah pada Allah..Kita semua ingin bersolat di Masjidil Aqsa kan? Kita semua rindukan qiblat pertama umat Islam itu kan? Tapi sayangnya kini ia sedang dirampas oleh Israel laknatullah..Kalaupun kita tak nak al-Aqsa dibebaskan, sekurang2nya usahlah memepengaruhi orang lain untuk turut membenci usaha itu.. Wallahua'lam)

الاثنين، 7 مايو 2012

Rumah Tangga Yang Menyesakkan


Selesai satu imtihan, module Gastrointestinal System..Apa yang boleh dikatakan pasal exam tadi, susah bangat! Sambil jawab sambil picit kepala, kok sampai berdenyut..

Berapa kali entah masa jawab tu, rasa putus asa datang, lantas cuba ditepis..Ya Allah bantu aku Allah..dan berapa kali jugaklah ingatan terbang ke Malaysia, teringat kat mak ayah..Rasa bersalah, susah payah dihantar ke sini, tapi aku kurang study..Ingin berpersatuan, masa belum ada jawatan ma ayah dah pesan, jangan tinggal study, ingat tujuan asal datang ke Mesir..

Allah janganlah mereka berkecil hati keranaku..Selesai imtihan, kawan ajak balik rumah dengan motor..Tapi sungguh, otak langsung tak tenang..walau bibir mengukir senyuman, tapi gundah gulana tetap menguasai..

Sampai di rumah terus landing..Tidur dululah, ada setengah jam lagi before zohor.. Dah la semalam kurang tidur sebab study..

Pejam mata, cuba melenakan diri..Tiba2 bayangan kertas exam tadi datang menjengah, soalan2 yang memeritkan..Isk orang nak tidur ni!

Last2 sampai azan tak boleh tidur, dada masih rasa berombak2..

***************

Ramai menyangka tarbiyah hanyalah usrah dan liqa’..tapi berapa ramai yang sedar, pengurusan dalam organisasi juga adalah tarbiyah..Saat jiwa terasa lelah diasak ujian, hampir mengalir air mata kerananya, namun cuba dikuatkan diri sambil memohon bantuan Allah, tidakkah ini juga dinamakan tarbiyah..

Pernah aku bertanyakan seorang sahabat, seorang pemimpin tertinggi..Macam mana enta boleh bertahan lama macam ni..

‘Bukan sengaja nak jawatan ni, kalau diikutkan hati dah lama tolak..Apa yang dapat memanglah penat dan sakit kepala..Tapi ada sesuatu yang ada di dalamnya, yang istimewa..’

Aku tidak puas hati dengan jawapannya, jawapan itu tidak lengkap!

Biarlah, mungkin dia mahu aku sendiri merasakan itu, tarbiyah dalam perjuangan..Dan apa yang aku lihat dari dirinya, mengundang kekaguman tersendiri..Ya, sangat jarang aku melihat dia bermasam muka, kerana senyuman sering menghiasi wajahnya..walau dalam keadaan kritikal sekalipun..

Ada seorang sahabat pimpinan, ketika memperdengarkan luahan hatinya..Dia lelaki, tapi pernah air matanya mengalir kerana berat beban yang menimpa..Dia tak nak menangis, biasalah lelaki kan ego tinggi..tapi sampai satu tahap dia dah tak tahan sangat, lalu tertumpah jua air matanya di kain sejadah..Mengadu kepada Pemilik Segala Kekuatan..Dan, bukankah ini juga dinamakan tarbiyah..



Abang Din (sekarang tahun 6) pernah bagi talk kat kami masa first year dulu..Seorang doctor kena pandai pujuk diri sendiri, kena senyum sokmo..kerana senyuman ikhlas doctor itu sendiri ialah penawar bagi pesakitnya..’

Benar sekali kan kata2 itu..Kita sendiri pun, bila tanya kebanyakan sahabat, semua cakap nak isteri yang macam tu, melihatnya menyejukkan pandangan, sentiasa memaniskan muka di hadapan suami..

************

(sambungan minggu lepas)

Aku sendiri pun masih terlalu kecil ketika itu, masih belum jelas tentang halal haram..Ketika dia menyerahkan wang itu, aku dengan senang hati mengambilnya..Lalu ku kayuh basikal ke kedai runcit, membeli chikedis!

Setiap hari banyak juga yang aku dapat..dua ringgit, lima (dan pernah sepuluh ringgit!) Bermakna makin banyaklah duit mak ayahnya yang diambil..Padahal aku sendiri tak pernah minta..(Menurut seorang teman yang juga masih kecil ketika itu, mungkin jiran itu menyukaiku..) Huhu kelakar pun ada, ABC pun tak kenal lagi dah pandai cintan cintun yerk!

Biarlah, aku tidak peduli itu, yang penting hari2 dapat chikedis! Berbalik kepada kisah sang parent jiran itu..Aku sendiri tidak pasti apa puncanya yang menyebabkan hari2 mereka berperang..Yang aku tak dapat gambarkan, macam mana ‘cara pergaduhan’ itu, sebab aku dengar dengan jelas pinggan dibaling, pastu pecah..(adakah macam dalam filem2)

Jadi aku selalu letak kepala dekat dinding, semangat sungguh sebab nak dengar dengan jelas.. Biasanya selepas ibu bapa mereka bergaduh, dua2 anaknya akan datang kepadaku sambil menangis..



Sekarang ni bila aku teringat balik, rasa simpati kpd dua2 anak itu..Apa salah mereka, sehingga mereka yang merasakan derita..Tak berapa lama lepas tu, jiran itu tidak lagi datang ke rumahku.. Tiada lagi bunyi pinggan pecah, dan tiada juga chikedis free yang ku dapat..

Rupanya aku lewat mendapat berita bahawa keluarga mereka berpindah lagi..Seingatku tak sampai setahun mereka di situ, bahkan tak sampai setengah tahun pun..Menurut ibu bapaku, memang mereka sering berpindah, sejak dulu lagi..

Itulah kisahnya, yang kadang2 membuat diri termenung dan hiba..Rasanya sudah hampir 13 tahun kisah ini berlalu, atau lebih lagi..Aku khuatir, di manakah anak2 itu sekarang, kerana sudah banyak kali ku membaca di artikel2 tentang kesan pergaduhan rumah tangga kepada akhlak anak2..

Ku yakin, anak2 itu tidak berdosa, tapi mereka merasakan penderitaan sejak kecil..Walau hanya seketika aku mengenali mereka, tapi mereka senang dibentuk dan mengikut..Aku ajak mereka mengaji Al-Quran, mereka ikut..mereka cakap tak pandai, aku cuba ajar, juga mereka ikut…

(Kita tak nak anak kita derita kerana kita kan..Apa yang kita impikan dari rumahtangga itu sendiri ialah lahirnya generasi2 soleh, seterusnya membaiki ummah yang ketika ini dilanda kerosakan akhlak yang maha teruk.. Maka untuk itu kita harus mulakan dari sekarang..Jadikanlah diri mu seperti akhlak Saidina Muhammad SAW, dengan itu Allah akan mengirim kepadamu seorang isteri persis Saidatina Khadijah..Wallahua’lam)